Category: Hiburan

(HIBURAN) “PERJUANGAN YANG TIADA PENAMAT” Supernatural – Musim Ke-7

Supernatural 04

Kisah adik-beradik Winchester, Sam dan Dean, kehilangan ibu mereka yang dibunuh oleh kuasa ghaib misteri dan jahat. Sejak itu, bapa mereka, John membesarkan dua beradik dengan kekuatan fizikal dan mental. John membuka minda dan mata mereka mengenai wujudnya kuasa syaitan yang luar biasa serta mengajar cara untuk membunuh makhluk halus itu. Read more →

(HIBURAN) 6 SIFU MULAKAN MISI MELAHIRKAN BINTANG!

Para Anak Didik Program Bintang Mencari BintangGMO

2 Solo & 10 Kumpulan Berentap Merebut RM200,000

Petaling Jaya, 6 Mac 2013Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Kumpulan Senario (Wahid, Mazlan, Azlee), Raja Azura, Sabri Yunus dan Faizal Ismail (FBI) merupakan nama-nama besar dalam industri hiburan tempatan. Kewibawaan mereka dalam bersketsa komedi dan menyanyi ternyata tidak boleh dinafikan dan mereka ini layak bergelar Sifu. Berbekalkan pengalaman, ilmu serta bakat yang dimiliki, bermulalah peranan kesemua Sifu ini untuk memberikan tunjuk ajar serta menggilap bakat anak didik pilihan masing-masing berkaitan dengan bidang sketsa komedi dan nyanyian bagi memperlengkapkan diri sebagai penghibur versatil. Selain itu, Sifu juga bertindak sebagai idola yang memberi inspirasi kepada anak didik mereka. Sifu dan anak didik manakah yang bakal meraih gelaran juara Bintang Mencari Bintang? Read more →

(HIBURAN) “One Nite Only” bersama Lokman Aslam

IMG_7763gmo

Lagu “ Namun Engkau Tahu “ merupakan lagu hits di You Tube dan dilihat oleh lebih 97,000 pelayar internet. Lagu ini telah menjadi runut bunyi untuk telemovie “ Rebah Taubat “ sempena Maulidur Rasul pada 15 Nov 2012 di TV3. Mengenali lebih dekat penyanyi ini iaitu Lokman Aslam yang merupakan pencipta lagu , penulis lirik serta penyanyi untuk lagu ini merupakan bekas peserta yang  seangkatan dengan Faizal Tahir dan Dayang NurFaizah di dalam rancangan hiburan realiti terkenal iaitu “ One In A Million “ musim pertama. Read more →

(HIBURAN) TIKET FUTURE MUSIC FESTIVAL ASIA 2013 HAMPIR HABIS DIJUAL

IMG_4978

TIKET FUTURE MUSIC FESTIVAL ASIA 2013 HAMPIR HABIS DIJUAL

PAS VIP HABIS DIJUAL! PEMINAT DIGESA REBUT SEGERA TIKET YANG MASIH BERBAKI

KUALA LUMPUR, MALAYSIA: Kelarisan tiket-tiket ke Future Music Festival Asia 2013 yang bakal muncul sebagai festival muzik terbesar pernah beraksi di Aisa Tenggara bagaikan goreng pisang panas. Setakat ini, lebih 30,000 tiket telah dijual untuk kedua-dua hari festival tersebut yang akan berlangsung pada 15 & 16 Mac 2013 di Litar Antarabangsa Sepang. Tiket VIP telah habis dijual, dan yang masih tinggal adalah pas biasa untuk satu hari dan pas hujung minggu. Read more →

(HIBURAN) ” Konsert Nusantara ” ikatan budaya Malaysia & Indonesia

IMG_7721resizeGMO

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia & Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia Indonesia (YIRMI) telah menganjurkan Konsert Nusantara 2013 bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert ini telah dilancarkan oleh YB Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia YB Dato’ Seru Utama Dr Rais Yatim bersama wakil Bapak Menteri Kebudayaan Indonesia. Konsert ini akan berlangsung pada 7 – 9 Mac 2013, 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya. Persembahan kebudayaan dari Indonesia melibatkan suku kaum bangsa Bugis, Batak, Mandailing, Boyan dan Minangkabau dan artis popular yang turut serta ialah Elly Kassim, Rossa dan Endang S Taurina. Manakala persembahan kebudayaan dari Malaysia pula adalah Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Yusni Hamid, Dato’ M. Nasir, Ziana Zain, Hafiz, Black, Stacy, Bob Yusof dan Yazer. Read more →