Kumpulan rock ikonik tanah air, Exists, kembali dengan penuh semangat melalui pelancaran semula single klasik mereka “Alasanmu”, yang kini diberi nafas baharu dari segi susunan muzik, emosi dan penceritaan. Diterbitkan oleh syarikat rakaman prolifik, Sony Music Malaysia, lagu ini bukan sekadar satu gubahan semula, tetapi pengakuan jujur dan refleksi peribadi terhadap perjalanan penuh cabaran kumpulan ini dalam industri muzik tempatan. Read more →
Category: Hiburan
(HIBURAN) HEMBUSAN NAFAS BAHARU EXISTS DALAM “ALASANMU”
(HIBURAN) EXISTS Persembahkan EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ 4 Oktober 2025 Bakal Beri Kemewahan Peribadi Buat Peminat
EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ. Begitu nama penganjuran konsert terbaharu EXISTS — kumpulan yang dianggotai Ujang, Ajai, Musa, Along dan Ezad. Judul EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ sememangnya sesuai dengan kredibiliJ mereka. EXISTS bukan kumpulan masa kini, namun kerana kualiti dan betapa malar segar karya yang telah dicipta sejak akhir tahun 1991, kumpulan ini menjadi pemuzik dari era 90-an yang paling laris dalam pasaran penganjuran konsert masa kini. Read more →
(HIBURAN) Ruang Inspirasi Festival (RIF) 2025 tampilkan band ternama Indonesia, Juicy Luicy di Mega Star Arena Kuala Lumpur
Peminat muzik di Malaysia, khususnya generasi muda, bakal disajikan dengan pengalaman konsert yang lebih ‘happening’, inspiratif dan penuh emosi menerusi Ruang Inspirasi Festival (RIF) yang dijadual berlangsung pada 17 Ogos 2025 (Sabtu) di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Read more →
(HIBURAN) SOKONGAN TERHADAP PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA DAN GARIS PANDUAN HAK CIPTA ORGANISASI PENGURUSAN KOLEKTIF 2025 SERTA BANTAHAN TERHADAP TINDAKAN MAHKAMAH OLEH BADAN KUTIPAN ROYALTI YANG CUBA MENGHALANG PERLAKSANAANNYA
Sejarah dan Perkembangan Akta Hak Cipta Malaysia
Akta Hak Cipta 1987
Akta Hak Cipta Malaysia 1987 merupakan asas utama dalam sistem perlindungan hak cipta di negara ini. Ia memberikan hak eksklusif kepada para pencipta ke atas hasil kerja asli mereka, termasuk penulis, komposer, pelaku (performers), dan pemegang hak lain. Hak eksklusif ini direka bagi menggalakkan kreativiti dan memastikan mereka mendapat imbuhan yang adil daripada eksploitasi karya kreatif mereka. Akta ini telah beberapa kali dipinda untuk disesuaikan dengan keperluan semasa dan perkembangan industri kreatif global. Music Authors’ Copyright Protection Berhad (MACP) dan Public Performance Malaysia Sendirian Berhad (PPM – Sdn Bhd) tertubuh sejurus selepas, daripada Akta Hak Cipta 1987. Read more →


