Category: Sukan

(SUKAN) MALAYSIAN INVASION MIXED MARTIAL ARTS FIGHTING CHAMPIONSHIPS (MIMMA FC)

IMG_5121

KUALA LUMPUR 6 Feb 2013 – Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo (lima dari kiri) dan Pengurus Kanan Komersial One FC, Maja Grimnitz (enam dari kiri) bergambar bersama barisan peserta tempur semasa sidang media program realiti Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Campuran Malaysia.

KUALA LUMPUR, 6 Februari 2013 –  Perkembangan dan populariti Mixed Martial Arts (MMA) sebagai salah satu sukan arus perdana perdana di seluruh Asia dan di peringkat global telah menarik minat Tune Talk dimana hari ini pihak Tune Talk telah melancarkan satu program realiti MALAYSIAN INVASION MIXED MARTIAL ARTS FIGHTING CHAMPIONSHIPS (MIMMA FC).  Kejohanan MALAYSIAN INVASION MIXED MARTIAL ARTS FIGHTING CHAMPIONSHIPS (MIMMA FC) dianjurkan bertujuan untuk membangunkan dan mempromosikan sukan ini kalangan kelompok belia-belia di Malaysia.
Read more →

(SUKAN) Piala Negara – Negara Afrika 2013

image

 

DIBAWA SECARA EKSLUSIF KE KACA TV ANDA OLEH TV3 & TV9!

Pertama kali di stesen swasta siaran terestial, Piala Negara-Negara Afrika 2013 (Orange  Africa Cup Of Nations 2013) bakal disiarkan menerusi saluran TV3 dan TV9 bermula 19 Januari hingga 10 Februari ini. Mendapat hak istimewa sebagai penyiar TV, TV3 dan TV9 mencorakkan keistimewaan ini dengan membawa tema ‘Real Fans Real Football’ kepada peminat-peminat bola sepak tempatan. Menampilkan 16 buah negara terbaik benua Afrika dari jumlah 47 buah negara yang bertanding menerusi pusingan kelayakan. Read more →

(SUKAN) “VIEWING PARTY” THAILAND LAWAN MALAYSIA SEMPENA KEJOHANAN BOLA SEPAK ASIA TENGGARA (AFF) 2012

Seperti sedia maklum, Harimau Malaya gagal ke peringkat akhir di kejohanan bolasepak AFF 2012, namun begitu sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi menjurus kepada penganjuran “viewing party’ oleh pihak Tv3 dan TM.  Sempena kempen ‘Kami Team Malaysia’ kerjasama antara TV3 dan Telekom Malaysia Berhad (TM), “Viewing Party” Thailand lawan Malaysia telah diadakan di Restoran RASTA, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur menampilkan artis popular tanah air, antaranya, Shah Iskandar, Izzue Islam, Fezrul Khan, Alex Yanz, Zalif Sidek, Nad Zainal dan Eina Azman. Read more →

(SUKAN) F1: Vettel catat sejarah 3 kali rangkul gelaran dunia

SAO PAULO: Sebastian Vettel muncul pemandu termuda apabila merangkul gelaran dunia kali ketiga berturut-turut dalam sejarah Formula Satu awal pagi tadi walaupun sekadar menduduki tempat keenam di belakang Jenson Button yang menjuarai perlumbaan Grand Prix Brazil.  Read more →

(SUKAN) Harimau Malaya Seri Lagi ….

Harimau Malaya sekali lagi menerima kejutan besar apabila diikat 1-1 oleh Bangladesh dalam perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini. Walaupun pasukan Bangladesh bermain dengan 10 orang pemain, pasukan bimbingan Datuk K. Rajagopal ini gagal menyerap serangan balas pada saat saat akhir yang menyebabkan keputusan seri buat kali kedua selepas perlawanan dengan Hong Kong tempoh hari. Anak buah Datuk K. Rajagobal yang bakal mempertahankan Piala Suzuki AFF mulai Ahad ini, mendahului Bangladesh menerusi tandukan Khyril Muhymeen Zambri pada minit ke-22 hasil satu sepakan sudut tetapi dipadamkan oleh pasukan pelawat apabila pasukan pelawat mengejutkan tuan rumah dengan gol penyamaan selepas beroleh sepakan penalti yang disudahkan oleh Jahid Hasan pada minit ke-82 akibat kelonggaran barisan pertahanan Harimau Malaya. Read more →