GAYA DAN KESELAMATAN OPTIMUM: LS2 MALAYSIA BAKAL MENDAMPINGI PENUNGGANG JALAN RAYA DENGAN TIGA MODEL TOPI KELEDAR TERBARU.

Spread the love

SELANGOR, 20 MAC 2025 – LS2, jenama topi keledar keselamatan yang terkenal di peringkat global, telah melancarkan tiga model topi keledar terbaru untuk tahun 2025 sempena majlis ‘Santapan Berbuka bersama Media’ yang diadakan di Courtyard, Kuala Lumpur iaitu Verso II OF618, Dragon FF807 dan Advant II FF910. Setiap topi keledar menawarkan ciri-ciri unik untuk keselamatan dan keselesaan penunggang motosikal.

LS2 Dragon FF807 dilengkapi X-Static© Silver Liner Fabric, bahan berprestasi tinggi yang direka untuk memberikan keselesaan unggul, perlindungan antibakteria dan keupayaan menyerap kelembapan seterusnya memastikan pengalaman menunggang kekal segar walaupun dalam perjalanan jauh. Sementara itu, LS2 Verso II OF618 dan Advant II FF910 dilengkapi teknologi COOLMAX, fabrik berteknologi tinggi yang berfungsi untuk menyerap kelembapan, mengawal suhu badan dan mengeringkan peluh dengan lebih pantas. Selain itu, fabrik ini juga mudah dicuci dan cepat kering tanpa merosakkan kualitinya.

Model-model topi keledar ini boleh didapati di pengedar-pengedar sah MForce dan CFMOTO di seluruh Malaysia. Pelbagai pilihan ditawarkan dengan harga RM618 untuk versi polos (plain) dan RM629 untuk versi bercorak (design) bagi model LS2 Verso II OF618. Manakala, model LS2 Dragon FF807 ditawarkan pada harga bermula RM2,088 (polos) dan RM2,099 (bercorak). Bagi LS2 Advant II FF910, harganya bermula dari RM1,488 (polos) dan RM1,499 (bercorak).

LS2 Verso II OF618 adalah topi keledar open-face yang menggabungkan reka bentuk ringan dengan pengudaraan yang memuaskan. Dibuat daripada bahan KPA (Kinetic Polymer Alloy), topi keledar ini menawarkan ketahanan yang tinggi, ketumpatan yang ringan tetapi tetap kuat dan tahan lama.

LS2 Verso II OF618 dilengkapi dengan visor yang tahan calar, kalis UV, sistem PINLOCK MAX-VISION 70 untuk penglihatan yang jelas serta visor anti-sinar matahari yang mudah ditanggalkan seterusnya memberikan fleksibiliti untuk penunggang dalam pelbagai situasi.

Sistem ventilasi di bahagian dagu dan atas, bersama saluran Multi-Density EPS memastikan pengudaraan lebih optimum. Terdapat juga saluran berbentuk ekzos di bahagian atas untuk pengudaraan yang lebih baik dan lancar.

LS2 Verso II OF618 turut mempunyai ruang untuk memasang LS2 Intercom 4x yang membolehkan penunggang berkomunikasi dengan mudah semasa dalam perjalanan. Sistem interkom ini menyokong komunikasi antara penunggang motosikal, sambungan Bluetooth serta memberikan kualiti audio yang jelas walaupun dalam keadaan bising.

Selain itu, topi keledar ini mempunyai pelapik COOLMAX ‘hypoallergenic’ (tidak menyebabkan alahan) yang boleh dicuci dan mengawal kelembapan dalam topi keledar. Pelapik ini berupaya mengurangkan risiko kerengsaan kulit, terutamanya bagi pengguna kulit sensitif. Terdapat juga reka bentuk busa potongan laser (Laser-Cut Foam) yang sesuai dengan bentuk kepala untuk pengalaman pemakaian yang lebih baik.

Dari segi keselamatan, LS2 Verso II OF618 dilengkapi dengan sistem pelepasan kecemasan (emergency release system) yang membolehkan topi keledar dikeluarkan dengan cepat dan mudah sekiranya berlaku kemalangan.

Topi keledar ini telah mendapat pensijilan ECE 22.06, menjadikannya pilihan yang selamat dan dipercayai. Selain itu, LS2 Verso II OF618 juga dilengkapi dengan tali dagu mikrometrik untuk memastikan topi keledar kekal selamat sepanjang pemakaian. Topi keledar ini mempunyai berat sekitar 1500 ± 50g, sesuai untuk penggunaan harian dan tersedia dalam pelbagai saiz. Terdapat 3 saiz rangka luar (2XS-S, M-L dan XL-3XL), 6 saiz EPS (2XS, XS, S, M, L dan XL-3XL) , 8 saiz pelapik (2XS, XS, S, M, L, XL, 2XL dan 3X) dan 5 saiz pad pipi (2XSS, M-L, XL, 2XL, 3XL).

Seterusnya, topi keledar LS2 Dragon FF807 yang menonjolkan reka bentuk futuristik dan dibina menggunakan bahan 6K Carbon yang berkualiti tinggi. Bahan ini bukan sahaja menjadikan topi keledar lebih ringan, malah memberikan kekuatan dan ketahanan yang luar biasa, sesuai untuk pemakai yang mengutamakan prestasi dan keselamatan.

Dilengkapi dengan visor yang tahan calar, anti-sinar matahari dan kalis UV, LS2 Dragon FF807 juga menawarkan sistem PINLOCK MAX-VISION 120 yang berfungsi meningkatkan kejelasan penglihatan dalam pelbagai keadaan cuaca. Sistem ventilasi karbon di bahagian dagu dan atas, digabungkan dengan sistem saluran Multi- Density EPS turut memberikan pengudaraan yang efisien. Mekanisme kunci pada visor mudah ditutup dan dibuka demi memastikan visor kekal stabil semasa menunggang.

Topi keledar LS2 Dragon FF807 dilengkapi dengan pelapik dalaman X-Static© Silver Liner Fabric yang direka khas untuk memberikan keselesaan maksimum. Pelapik ini bersifat ‘hypoallergenic’ anti-bakteria, sesuai untuk pengguna yang mempunyai kulit sensitif. Selain itu, pelapik ini boleh dicuci dan mampu mengawal kelembapan dengan baik.

LS2 Dragon FF807 juga mengutamakan keselamatan dengan sistem pelepasan kecemasan (emergency release system) yang membolehkan topi keledar dilepaskan dengan cepat dan mudah sekiranya berlaku kemalangan. Selain itu, tali dagu yang kuat dan sistem Double         D-Ring pada topi keledar ini turut memastikan kestabilan yang lebih baik, terutamanya semasa menunggang pada kelajuan tinggi.

Saluran ekzos karbon pada bahagian atas juga meningkatkan pengudaraan semasa menunggang motosikal. Busa dengan potongan laser turut memberikan keselesaan maksimum dan sesuai dengan bentuk kepala pengguna.

Menariknya, LS2 Dragon FF807 turut dipandankan dengan deflektor nafas yang mengurangkan pembentukan wap pada visor sekaligus memastikan penglihatan yang jelas dalam cuaca sejuk. Setiap pembelian turut diberikan visor gelap eksklusif dengan reka bentuk bergaya.

LS2 Dragon FF807 menawarkan sokongan untuk sistem interkom yang serasi, membolehkan penunggang menikmati komunikasi tanpa wayar, navigasi GPS dan hiburan audio yang menjadikan setiap perjalanan lebih terhubung dan menyeronokkan.

Model ini telah mendapat pensijilan ECE 22.06 sebagai bukti keberkesanannya dalam kualiti dan keselamatan. Dengan berat sekitar 1450 ± 50g, topi keledar ini sesuai untuk penggunaan harian dan pelbagai keadaan jalan raya. Ia tersedia dalam 3 saiz rangka luar (2XS-S, M-L, dan XL-3XL), 6 saiz EPS (2XS, XS, S, M, L, dan XL-3XL), 8 saiz pelapik (2XS, XS, S, M, L, XL, 2XL, dan 3XL) dan 5 saiz pad pipi (2XS-S, M-L, XL, 2XL, 3XL).

LS2 Advant II FF910 adalah topi keledar modular yang menawarkan fleksibiliti tinggi untuk pemakai yang mahukan kepelbagaian dalam penggunaan. Dengan ciri sistem lipat atas 180°, topi keledar ini boleh ditukar daripada mod full-face kepada open-face dengan pantas, menjadikannya sesuai untuk pelbagai situasi dan keadaan cuaca. Dibina menggunakan bahan KPA (Kinetic Polymer Alloy) yang diperkukuh dengan komponen karbon, topi keledar ini bukan sahaja kuat dan tahan lasak, malah ringan untuk keselesaan pemakaian harian.

Bagi memastikan penglihatan yang jelas dalam pelbagai keadaan cuaca, LS2 Advant II FF910 hadir dengan visor tahan calar, anti-sinar matahari dan kalis UV serta dilengkapi sistem PINLOCK MAX-VISION 120 bagi mengelakkan kesan kabus pada visor. Terdapat juga sistem kunci visor yang baharu dengan lebih keselamatan dan mudah dikendalikan menjadikan topi keledar ini mempunyai ketahanan yang sangat baik.

Selain itu, sistem pengudaraan karbon yang terletak di bahagian dagu dan atas bersama saluran Multi-Density EPS (Expanded Polystyrene) memastikan aliran udara yang cekap untuk keselesaan maksimum. EPS bukan sahaja berfungsi sebagai penyerap hentakan tetapi juga membantu mengekalkan pengudaraan dalaman agar pemakai tetap berasa segar.

LS2 Advant II FF910 dilengkapi juga dengan saluran ekzos karbon di bahagian atas yang memastikan pengaliran udara yang lancar dan selesa.

Melihat spesifikasi dalaman, pelapik COOLMAX yang digunakan dalam LS2 Advant II FF910 direka dengan bahan ‘hypoallergenic’, menjadikannya sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Pelapik ini mampu mengawal kelembapan dengan baik, boleh ditanggalkan untuk dicuci serta membantu mengurangkan iritasi kulit. Terdapat juga busa potongan laser untuk keselesaan yang lebih baik dan penyesuaian yang tepat.

Aspek keselamatan turut diberi perhatian dengan adanya sistem pelepasan kecemasan (emergency release system), yang membolehkan topi keledar dikeluarkan dengan mudah sekiranya berlaku kemalangan. Selain itu, tali dagu mikrometrik memastikan topi keledar kekal terpasang dengan selamat sepanjang pemakaiannya.

LS2 Advant II FF910 boleh dipadankan dengan sistem interkom bersepadu yang memudahkan penunggang untuk berkomunikasi, membuat panggilan telefon, mendengar muzik atau berhubung semasa menunggang motosikal. Semuanya dalam satu pakej yang praktikal.

Dengan pensijilan ECE 22.06, LS2 Advant II FF910 terbukti sebagai pilihan yang selamat dan boleh dipercayai. Mempunyai berat sekitar 1750 ± 50g, sesuai untuk pemakaian harian. Tersedia dalam 3 saiz rangka luar (2XS-S, M-L, dan XL-3XL), 6 saiz EPS (2XS, XS, S, M, L, XL3XL), 8 saiz pelapik (2XS, XS, S, M, L, XL, 2XL, dan 3XL) dan 6 saiz pad pipi (2XS, XS-S, M, XL, 2XL, 3XL).


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *