(HIBURAN) 2026 JOY ASIA TOUR “JOY SPLASH” Bakal Gegar Kuala Lumpur April Ini

Spread the love

Kuala Lumpur — Berita yang dinanti-nantikan akhirnya tiba! Dianjurkan oleh Zues Event, 2026 JOY ASIA TOUR “JOY SPLASH” bakal menghangatkan Kuala Lumpur. Ahli Red Velvet, JOY, akan tampil membuat persembahan pada 25 April 2026 (Sabtu), jam 8:00 malam di ZEPP Kuala Lumpur, untuk bertemu ReVeluv Malaysia dalam sebuah malam yang penuh pesona dan momen tak terlupakan.

Sebagai salah satu destinasi penting dalam jelajah Asia beliau, “JOY SPLASH” membuka bab baharu dalam perjalanan muzik solo JOY. Konsert ini menjanjikan pengalaman audio-visual yang imersif dengan produksi pentas yang stylish, segmen interaktif, serta susunan persembahan yang dirancang khas untuk peminat.

Dengan vokal manis dan aura pentas yang memikat, JOY bakal mempersembahkan lagu-lagu popular serta kejutan istimewa yang pasti membuatkan peminat teruja. Malam tersebut dijangka dipenuhi vibe positif, keceriaan dan kenangan manis bersama artis kesayangan ramai ini.

Lebih menarik, pelbagai fan benefits eksklusif turut disediakan, memberi peluang kepada ReVeluv untuk menikmati pengalaman yang lebih dekat dan istimewa bersama JOY.

ReVeluv, bersedialah untuk dilimpahi dengan pesona dan momen kegembiraan bersama JOY!

Butiran Acara

2026 JOY ASIA TOUR “JOY SPLASH” di Kuala Lumpur

Tarikh:25th April 2026 (Sabtu)

Masa: 8:00 malam

Tempat: ZEPP Kuala Lumpur

Penganjur: Zues Event Sdn. Bhd.

Butiran Tiket

Harga Tiket: RM698 / RM598 / RM498 / RM 398

Tarikh Jualan: 7 Mac 2026

Masa Jualan: 12:00 tengah hari

Laman Web Tiket: etix.my

Nota Tiket

  • Maksimum empat (4) tiket bagi setiap transaksi untuk setiap Alamat e-mel
  • Caj tempahan RM4:00 bagi setiap tiket
  • Caj pemprosesan RM10:00 bagi setiap transaksi
  • Harga tiket tidak termasuk 8% SST

Untuk maklumat terkini, fan benefit dan pengumuman rasmi, ikuti platform rasmi penganjur.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *