(HIBURAN) AARON AZIZ DIPAKSA MENCARI CALON ISTERI!

Spread the love

DCA2-Poster-BM (FINAL)

Rentetan kepada sambutan yang menggalakkan daripada penonton, siri original popular ‘Dan Calonnya Adalah’ akan menemui anda semua bermula 18 Mei ini dengan musim kedua menerusi portal video no.1 Malaysia, TONTON. Drama komedi romantik 20 episod ‘DAN CALONNYA ADALAH 2’ ini menampilkan pelakon popular Aaron Aziz dan Zara Zya selaku peneraju utama.

Group photo

Memandangkan drama ini berjaya mencuit lebih dari setengah juta penonton menerusi TONTON, Ma Chérie, selaku penaja utama musim kedua ini tampil bersama TONTON dalam menganjurkan peraduan atas talian ‘Pencarian Gadis Ma Chérie’ yang telah bermula sejak 24 Disember 2014 sehingga 1 Februari 2015 yang lalu. Seorang pemenang bertuah dan berbakat telah dipilih iaitu Nisha Rodzlan sekaligus mewakili Ma Chérie memegang watak Sherry dalam drama ini.

‘DAN CALONNYA ADALAH 2’ ini bermula dengan Aris (Aaron Aziz), anak kepada seorang hartawan yang dipaksa ibunya untuk mencari jodoh. Aris sebenarnya mempunyai seorang teman wanita bernama Yasmin (Mimi Lana). Mereka telah merancang untuk berkahwin tetapi personaliti Yasmin tidak disenangi oleh ibu Aris, Datin Zana (Helvera Susanti).

Apabila Aris meminta restu untuk berkahwin dengan Yasmin, Datin Zana meletakkan syarat bahawa Aris perlu terlebih dahulu keluar dengan 12 calon teman wanita. Niat Datin Zana adalah untuk memberi Aris peluang menilai dan menyedari bahawa terdapat ramai lagi wanita lain yang lebih bagus daripada Yasmin untuk dijadikan isteri. Fatin (Zara Zya), anak kepada pemandu mereka yang juga teman baik Aris, ditugaskan untuk membantu Aris sepanjang tempoh proses pencarian kerana kereta dan kad kredit dipunyai Aris sebelum ini ditarik kembali oleh ibunya.

Aris dan Fatin sememangnya akrab sejak kecil. Namun apabila meningkat dewasa, kedua mereka berhadap dengan masalah untuk mencari teman hidup. Fatin terlampau sibuk sehingga tiada masa untuk memikirkan soal jodoh. Aris pula sering berfoya-foya dengan ramai wanita sampai dia sendiri tidak tahu apa yang dia mahukan sebenarnya.

Pada masa yang sama, ayah Fatin mula risau dengan keadaan Fatin yang belum berpunya. Dia terpengaruh dengan pujukan Datin Zana untuk mendapatkan khidmat Miss Pooja (Susan Lankester), ejen cari jodoh yang sedang menguruskan pencarian 12 calon isteri Aris. Ini menimbulkan kemarahan Fatin dan Aris apabila mengetahui ibu bapa mereka bersungguh-sungguh mahu mengatur hidup mereka.

Pelbagai wanita telah Aris temui, masing-masing mempunyai karenah tersendiri. Semasa dalam proses pencarian itu, Aris terpikat dengan Sherry (Nisha Rodzlan) dan berniat untuk mengahwininya. Aris meluahkan hasratnya kepada Datin Zana. Walau bagaimanapun, Datin Zana berkeras mahu Aris mencukupkan kuota 12 orang calon terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Siapakah yang akhirnya berjaya menawan hati Aris dan ibunya? Adakah Sherry bakal isteri Aris? Jangan lupa menyaksikan drama komedi romantik, ‘DAN CALONNYA ADALAH 2’ bermula 18 Mei ini, 12.30 tengah hari, 20 episod serentak, hanya di TONTON.

Nisha Rodzlan, 21 tahun, pemenang bertuah yang berjaya dicungkil bakat lakonan menerusi peraduan ‘Pencarian Gadis Ma Chérie’, turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 berserta produk Ma Chérie dan ZA bernilai RM2,500, selain bergandingan bersama Aaron Aziz dan Zara Zya.

Dato’ Zainul Arifin Mohammed Isa, Ketua Pegawai Eksekutif, Media Prima Digital berkata, “Kami tidak menjangka drama ‘Dan Calonnya Adalah’ lakonan Faralyna Idris dan Anding Indrawani telah mendapat sambutan yang memberangsangkan sehingga mencecah lebih daripada setengah juta penonton. Sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang menyokong portal video Nombor Satu Malaysia ini, ‘DAN CALONNYA ADALAH 2’ bakal disiarkan tidak lama lagi. Lebih menarik, musim kedua ini mendapat tajaan daripada Ma Chérie selaku penaja utama dan juga ZA sebagai penaja solekan. Bukan setakat itu sahaja, kolaborasi antara TONTON dan Ma Chérie juga mencetuskan idea untuk menganjurkan peraduan ‘Pencarian Gadis Ma Chérie’ dimana pemenangnya berpeluang untuk berlakon dalam siri drama ini.”

Menurut Amanda Chong, Eksekutif Pemasaran, “Ma Chérie, jenama produk penjagaan dan penataan rambut premium ini turut menyuntik elemen romantik, manis, impian dan cinta yang menepati ciri-ciri dan genre drama ini. Disebabkan elemen menarik inilah Ma Chérie terbuka hati untuk bekerjasama dengan TONTON.”

“Kolaborasi ini dilihat seiring dengan tagline Ma Chérie iaitu ‘Maniskan Kehidupan Anda’ (Sweeten your life). Harapan kami agar lebih ramai lagi orang mengenali jenama Ma Chérie dan mengetahui lebih lanjut tentang keunikan rangkaian produk penjagaan rambut yang ditawarkan terutamanya aroma yang menarik dan hebat. Ia benar-benar membuat anda rasa seperti seorang puteri!”

“Sumbangan kami adalah untuk membantu mempromosikan bakat tempatan dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk mengejar impian mereka melalui rambut yang cantik dan harum. Melalui kerjasama ini juga, kami telah merealisasikan impian gadis Ma Chérie di mana beliau telah bertemu dan berlakon di samping selebriti kesukaannya. Kami percaya ramai lagi individu di luar sana yang mempunyai bakat tersembunyi dan kami teruja untuk bantu mencari bakat terpendam mereka di samping menyokong persada seni tempatan. Kami berharap drama ini bukan sahaja menghiburkan tetapi juga menjadi sumber inspirasi kepada mereka di luar sana.”

Untuk mengikuti drama terbaharu ini, daftar akaun TONTON secara percuma menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet (peranti Android dan iOS) untuk menyaksikan siri original TONTON, ‘DAN CALONNYA ADALAH 2’ pada bila-bila masa di mana jua. Layari laman web rasmi www.tonton.com.my/dancalonnya untuk maklumat lanjut dan klip video eksklusif. Ikuti TONTON menerusi Facebook, Twitter dan Instagram (@tontonMY) untuk berita dan perkembangan terkini.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *