(HIBURAN) AIZAT AMDAN : PELANCARAN ALBUM ‘LEGASI’

10007469_10152418617648351_6806489510778662058_naizat GMO

Tanggal 27hb Mei 2014 menjadi satu detik penting bagi Aizat Amdan apabila nama yang tidak asing lagi dalam dunia seni tanah air ini bakal melancarkan album ketiganya yang berjudul ‘Legasi’. Banyak keistimewaan yang terdapat pada album ‘Legasi’ menerusi beberapa ciri pada album tersebut, yang pasti akan memberi kepuasan kepada sesiapa yang memilikinya.aizat legasigmo

Menurut Aizat, album ‘Legasi’ ini adalah album yang paling lama untuk dihasilkan semenjak menceburi bidang muzik. Proses pra-produksi bermula sekitar awal tahun 2013, manakala rakamannya pula berjaya disiapkan pada awal tahun ini walaupun Legasi hanya dimuatkan dengan lima buah lagu.

Nama ‘Legasi’ ini dipilih kerana legasi membawa maksud sesuatu yang ditinggalkan yang boleh dimanfaatkan oleh generasi akan datang. Menerusi inspirasi yang didapatinya dari lagu-lagu 60-an dan juga karya-karya agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Aizat sendiri berharap agar beliau menerusi album ‘Legasi’ dapat memberi gambaran corak warna muzik peninggalan zaman ini untuk dihayati oleh generasi masa depan.

Antara keistimewaan paling utama ‘Legasi’ sudah tentunya terletak pada tenaga kerja dan hasil karya yang dimuatkan dalam album ini. Dalam ‘Legasi’, Aizat menampilkan kolaborasi bersama artis-artis tempatan seangkatan dengan beliau, iaitu Yuna, Zee Avi, Noh Salleh, dan juga Lan (Azlan and the Typewriter). Cabaran untuk mencuri masa nama-nama besar ini adalah sesuatu yang dianggap berbaloi demi menghasilkan album bersejarah ini.

Kesemua lagu lagu didalam album Legasi, Dwihati (feat. Yuna), We’ll Be Happy (feat. Zee Avi), Catwalk ke Balai (feat. Lan) dan Baru (Aizat Amdan), adalah hasil ciptaan gandingan adik beradik Aizat dan Anas Amdan, kecuali lagu In Love With You yang merupakan ciptaan dan milik Noh Saleh (feat. Aizat Amdan).

Selain kolaborasi dengan nama-nama yang tidak asing lagi ini, bentuk fizikal dan ‘packaging’ album ‘Legasi’ ini tidak kurang uniknya. Buat pertama kalinya, Aizat memilih piring hitam sebagai bentuk fizikal albumnya. Aizat memang telah lama menyimpan hasrat untuk mengeluarkan piring hitamnya sendiri, dan konsep piring hitam ini juga memang membawa maksud dan nilai yang selaras dengan nama ‘Legasi’.

Kulit album ini pula menampilkan hasil seni tangan yang sangat unik dan menarik, hasil lakaran artis Artech yang merupakan anak seni tanah air yang memang terkenal dengan karya-karya beliau. Peminat pasti akan tertanya-tanya dan kagum dengan hasil karya Artech pada kulit album Legasi yang padat dengan keseniannya yang halus dan terperinci.

Oleh itu, menurut Aizat lagi, album ini bukan sahaja untuk didengari, malah ianya adalah hasil seni ‘2 in 1 Artpiece’ yang boleh dijadikan sebagai suatu ‘Memorabilia’ atau koleksi terhad. Album Legasi ini juga dipakejkan didalam satu kotak hitam esklusif berserta album gambar berkulit tebal, dan juga disertakan dengan sebuah USB drive yang memuatkan lagu-lagu Legasi di dalam bentuk digital. Setiap piring hitam juga akan mempunyai nombor siri khas yang akan menjadikan tiap-tiap unit album ini
lebih istimewa dan esklusif.

Seperti biasa, album Legasi Aizat Amdan ini dihasilkan di KGE Studio, Ampang dengan menggunakan khidmat produser Anas Amdan sebagai pengarah dan penerbit (kecuali lagu In Love With You). Dari segi strategi pemasaran dan pengedaran pula, pihak KGE mengambil keputusan untuk mencetak hanya 222 unit piring hitam sahaja. Edisi terhad ini diharap akan memberi impak dan nilai yang lebih berharga dan kepuasan yang bermakna kepada peminat Aizat dan para pengumpul piring hitam, yang kian meningkat di Malaysia.

Bukan setakat itu sahaja. Untuk waktu yang terhad juga, album ini hanya boleh didapati menerusi cara bidaan yang akan berlangsung di laman www.legasi.kge.com.my pada 27 Mei ini. KGE akan meletakkan 222 unit album Legasi di website ini untuk dibida. Tiap tiap unit album ini akan mempunyai nombor sirinya tersendiri yang ditulis dan ditandatangani oleh Aizat sendiri.

Pembidaan bagi tiap tiap unit akan bermula apabila sebuah unit piring hitam itu dibida, dan akan berlangsung selama 10 hari dari tarikh ia mula dibida. Pembida yang tertinggi selepas tamat tempoh 10 hari akan diiystiharkan sebagai pembida yang berjaya. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini dan pastikan anda melayari laman www.legasi.kge.com.my pada 27 MEI untuk mendapatkan edisi terhad ‘Legasi’.

Aizat harap peminat dan para pengumpul (collector) piring hitam akan menyokong album Legasi ini selain daripada menyokong hasratnya untuk memupuk semula minat dan penghayatan terhadap music analog piring hitam, terutamanya hasil dari kalangan artis-artis tanah air. Akhir sekali, peminat peminat masih boleh mendapatkan lagu-lagu album Legasi di dalam bentuk
digital dan nada Dering menerusi iTunes, dan juga platform-platform music digital besar yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *