(HIBURAN) Atas Angin Festival 2024: THE BIGGEST AND LOUDEST!

Spread the love

Setelah menjayakan 2 festival selama 2 tahun berturut turut, juga mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pengunjung, Atas Angin Festival 2024 bakal menggegarkan Rooftop @7, MyTown Cheras sekali lagi pada 3 Ogos ini dengan lebih besar dan berbeza dari tahun yang lalu.

Kemunculan semula festival kali ini akan menjadi lebih luar biasa dimana Atas Angin MY akan membawa 101 barisan artis tempatan dan 5 pentas yang akan menampilkan persembahan yang hebat, di hari yang sama. Selain daripada melakar sejarah peribadi, Atas Angin MY juga mengimpikan untuk menjadi penganjur yang melakukan festival indie terbesar di Asia Tenggara.

Festival ini akan dibahagikan pada beberapa kategori persembahan seperti artis berkumpulan, artis solo dan juga DJ. Antara barisan artis adalah Bittersweet, Alleycats, Hyper Act., Amir Jahari, Estranged, IamNEETA, Iqbal M., Jemput Dengar, Kyoto Protocol dan ramai lagi. Atas Angin Festival ini akan berlangsung selama 15 jam tanpa henti yang akan bermula pada pukul 9 pagi sehingga acara tamat. Selain itu, Atas Angin Festival kali ini bertujuan untuk mengangkat nama dan bakat artis-artis tempatan di Malaysia.

Pengarah Projek Atas Angin Festival 2024, Arif Imran atau lebih dikenali sebagai Bam menjelaskan kepentingan untuk festival ini dilaksanakan dan dijayakan oleh semua pihak:

“Saya sebagai wakil pihak penganjur merasakan bahawa festival ini lain daripada yang lain. Festival ini mungkin sedikit sebanyak dapat mengubah corak pertunjukan festival di Malaysia dan bakal memberi impak bukan sahaja dari dalam negara. Bagi saya, perjalanan Atas Angin MY selama 6 tahun dan membawa ke festival ini telah menunjukkan bahawa Atas Angin MY sendiri sudah membangun dan berkembang dengan lebih matang dalam mengaturkan segala acara.”

Jualan tiket kini berada di fasa ketiga dan kepada yang masih belum mendapatkan tiket, boleh dapatkan di laman sesawang www.atasangin.com dengan harga serendah RM 159 bagi tiket solo (1x), RM 300 bagi tiket duo (2x), dan RM 556 bagi tiket group (4x).

*Harga tidak termasuk caj pemprosesan

BUTIRAN ACARA

Tarikh:          03 Ogos 2024

Masa:            9:00 AM – 12:00 AM

Tempat:        Rooftop @7 MyTown, Cheras

Persembahan:  101 Artis dan Penggiat Tempatan

Harga Tiket Festival:-

  • RM159 (Solo)
  • RM300 (Duo)
  • RM 556 (Group)

*Harga tidak termasuk caj pemprosesan

 

Laman Web Tiket Rasmi: www.atasangin.com

 

Barisan Artis:

1. 21 MILES AWAY
2. 6IXTH SENSE
3. ABSUR
4. AIZAT AMDAN
5. ALLEYCATS
6. AMIR JAHARI
7. AN HONEST MISTAKES
8. ARMPUNK SINDICATE
9. AT ADAU
10. AWI66
11. BALLAD FOR LAYLA
12. BERUK 45’S
13. BITTERSWEET
14. BLITZ SOCIETY
15. BLUESTONE
16. BUDAK NAKAL HUJUNG SIMPANG
17. CENTIPEDE
18. COUPLE
19. DEPENDENT
20. DIAL M FOR MURDER
21. DISKO SANTAN
22. DJ LINGKUP
23. DJ SELEKTA FADZ ZAIN
24. DRASSKA
25. DUM DUM TAK
26. E$AD
27. EMPTY PAGE
28. ESCLAVE857
29. ESTRANGED
30. FI7I
31. HEIDI MORU
32. HEYACAP
33. HOMICIDE
34. HYPER ACT.
35. IAMNEETA
36. IBLISS
37. INVERSION
38. IQBAL M.
39. JAHVALION
40. JAZLEEN
41. JEMPUT DENGAR
42. JEMSON
43. JOHNY COMES LATELY
44. JUNOSUARA
45. KAPOW
46. KAZIM
47. KENAPAXTIDAK
48. KRU$TY
49. KUGIRAN A. SAZALI
50. KYOTO PROTOCOL
51. LASSO
52. LUNAR
53. MALACCA DUB HIFI
54. MAPLES
55. MIKO
56. MILY
57. MMK
58. MOI LAST VON
59. MONEYBAG 1327
60. MUDDYRATZ
61. NARATU
62. NO TITLE
63. NUSROH
64. ON YOUR SIDE
65. PANASEJOOK
66. PASCASINI
67. ATRIOTS
68. PIPONATION
69. PIRI REIS
70. PLAGUE OF HAPPINESS
71. POKEDOL
72. PRESSURESIDE
73. PUREVIBRACION
74. RAKSAR
75. RASTA SYNDICATE
76. RELOVEUTION
77. RESTRAINT
78. ROADIARC
79. RUCKYARD
80. SABDA ALAM
81. SAIKO-RAMA
82. SERVANTS
83. SINGING BERSAMA
84. SIR BIRDO
85. SKUDAP SKUDIP
86. SMESTA
87. SOULBOSS
88. SPOOKY WET DREAMS
89. STATIK
90. TARIMOSI
91. THE FATALIS
92. THE RUDEAN
93. THE SUSPECTS AKA
94. THE TIMES
95. UBS
96. UNSEEN
97. URNA
98. VELVET
99. VOTA
100. WOLF
101. ZUURAA


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *