Kuala Lumpur, 23 September 2025 – Filem tempatan yang paling dinantikan tahun ini, arahan pengarah prolifik M.Raihan Halim, iaitu BADAK, bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 2 Oktober 2025. Sebuah drama kekeluargaan menyentuh jiwa, filem ini mengangkat tema kasih sayang, impian dan muzik sebagai jambatan antara dua generasi berbeza.
BADAK menampilkan barisan pelakon hebat tanah air termasuk Shaheizy Sam, Aida Amron, Wan Hanafi Su dan Kahoe Hon. Dengan gandingan lakonan mantap ini bersama sentuhan sinematik Raihan Halim yang sebelum ini dikenali dengan karya filem La Luna, filem ini dijangka memberi impak mendalam kepada penonton.
Kisahnya berpusat pada seorang bapa tunggal pekak bernama Badak, yang membesarkan anak perempuannya Mira dengan penuh kasih sayang sambil mengusahakan gerai burger kecil sebagai sumber rezeki. Walaupun hidup mereka sederhana, segalanya berubah apabila bakat hip-hop Mira mula mendapat perhatian dan tular. Dalam mengejar peluang baharu, mereka berdua berdepan dilema besar, antara mengejar cita-cita atau mempertahankan ikatan keluarga.
Malam gala dan sidang media BADAK telah berlangsung meriah di GSC Mid Valley Megamall, dihadiri oleh barisan pelakon utama, pengarah filem, serta tetamu istimewa. Filem ini dipersembahkan oleh Clover Films Pte Ltd, Golden Screen Cinemas Sdn Bhd, dan Papahan Films, dengan kerjasama Sinemart, Juita Viden, One Tree, Act 2 Pictures dan Dropkick, serta disokong oleh Singapore Film Commission. Ahmad Fried Chicken tampil sebagai rakan promosi rasmi, manakala Hot FM, Fly FM dan Kool 101 sebagai radio rasmi. Filem ini diedarkan oleh GSC Movies.
Menariknya, BADAK turut menampilkan runut bunyi segar yang memadukan elemen hip-hop dengan emosi kekeluargaan, menjadikannya pengalaman menonton yang bukan sahaja penuh perasaan, malah relevan dengan jiwa penonton masa kini.
Sebagai sebahagian daripada kempen promosi, BADAK akan menjelajah sekitar Lembah Klang melalui trak LED BADAK, menawarkan pemberian burger percuma dengan kerjasama Ahmad Fried Chicken serta sokongan radio rasmi. Barisan pelakon juga akan turun padang untuk bertemu peminat dan memeriahkan acara. Lokasi terpilih akan diumumkan di media sosial rasmi GSC Movies, nantikan pengumuman terkini!
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kisah penuh inspirasi ini hanya di pawagam seluruh Malaysia bermula 2 Oktober 2025.

