(HIBURAN) Buletin FM Raikan Golongan Gelandangan sempena Aidilfitri

Spread the love

Petaling Jaya, 13 Mei 2022 – Selepas hampir dua tahun kita tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama sanak saudara serta insan yang tersayang disebabkan pandemik Covid-19, tahun ini keceriaan Aidilfitri dapat dirasai kerana tiada lagi sekatan dilakukan. Justeru, Buletin FM ingin bersama-sama meraikan Aidilfitri kali ini dengan berkongsi kegembiraan dengan golongan yang kurang bernasib baik seperti golongan gelandangan kota bagi merasai nikmat berhari raya.

Oleh itu, pihak Buletin FM telah mengadakan satu acara bagi meraikan Aidilfitri bersama mereka ini dengan menganjurkan Raya Rumah Kita bersama Buletin FM yang telah berlangsung sebentar tadi di Anjung Kembara, Pusat Transit Gelandangan, Kuala Lumpur bermula jam 8.00 malam. Majlis rumah terbuka Buletin FM iaitu Raya Rumah Kita ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada golongan gelandangan untuk sama-sama merasai rumah terbuka dan menikmati kemeriahan hari raya. Inisiatif ini diambil bagi menyantuni mereka yang serba kekurangan dengan menyediakan pelbagai juadah hari raya, memberi hiburan serta  peluang untuk mendekati mereka dengan lebih rapat lagi. 

Raya Rumah Kita bersama Buletin FM ini juga telah mendapat sokongan daripada pelbagai pihak antaranya Kementerian Wilayah Persekutuan, Anjung Kembara, Yayasan Kebajikan Negara dan Kelab Kebajikan Kilat serta penaja makanan dan minuman seperti Restoran Tanjung Puteri, Nando’s, The Brew Crew, Milo, Mydin, Suspended Meal, Adina Charity Circle dan Teja Flourista. Turut memberikan sumbangan adalah Hiyama, pelitup muka untuk para gelandangan. Barisan artis tanah air seperti Ashraf Nasir dan SIQMA dan  barisan sukarelawan yang direkrut oleh Buletin FM turut bersama dalam Rumah Terbuka ini. 

Turut memeriahkan acara ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, Puan Nordina Haron, Tuan Syed Anas Syed Ali, Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara dan juga pihak pengurusan Buletin FM. Selain itu, Raya Rumah Kita bersama Buletin FM turut dimeriahkan dengan kehadiran penyampai radio Buletin FM antaranya Ally Iskandar, Hawa Rizwana Redzuan, Fedtri Yahya, Muaz serta Haiza yang turut  membuat persembahan pada acara ini.

Ketua Rangkaian Kandungan Buletin FM, Digital & Audio+, Shah Hayatudin berkata, “Rumah Terbuka Buletin FM, Raya Rumah Kita adalah kesinambungan aktiviti kemasyarakatan yang Buletin FM lakukan pada Ramadan lalu dengan memberi hidangan moreh kepada para gelandangan di Chow Kit Kuala Lumpur. Di situ tercetus idea untuk meraikan para gelandangan bagi Aidilfitri tahun ni, setelah 2 tahun kita tidak berkesempatan untuk menyambut Syawal dengan meriah.”

“Kami bersyukur kerana dapat kerjasama penuh dari Yayasan Kebajikan Negara dan pihak Kementerian Wilayah Persekutuan serta para NGO dan pihak penaja. Harapan Buletin FM agar kami dapat terus bersama-sama mendekati dan membantu para gelandangan serta mereka yang memerlukan dengan pelbagai lagi rancangan yang akan kami lakukan di masa depan.”

Terus dengarkan Buletin FM kerana pelbagai aktiviti akan menanti pendengar dan pengisian menarik akan diberikan kepada semua pendengar Buletin FM dan masyarakat dengan perkembangan yang padat dengan mesej dan perbincangan isu semasa. 

Buletin FM boleh didengari menerusi frekuensi 101.3FM di Lembah Klang; 90.2FM Penang; 107.3FM Alor Setar; 104.3FM Sarawak.

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Buletin FM secara live streaming di www.buletinfm.audio dan YouTube Buletin TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital berinfomatif, boleh terus ikuti laman sosial Buletin FM di Facebook Buletin FM, Instagram @buletinfm dan Twitter @buletinfm dan Whatsapp di 017-276 5656. Buletin FM juga boleh didengari menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *