“Dato’ Siti Nurhaliza Live in KLCC- Where the Heart Is” adalah sebuah garapan konsert amal eksklusif sebagai pembuka tirai tahun 2014. Konsert amal tersebut akan dilangsungkan pada tanggal 7 dan 8 Febuari 2014 ini, bertempat di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Center. Yayasan Nurjiwa merupakan penganjur utama konsert ini dengan kolaborasi padu bersama Siti Nurhaliza Production dan juga SimplySiti Sdn Bhd.
Konsert “Where The Heart is” ini akan menampilkan Dato’ Siti Nurhaliza secara solo yang pertama pada tahun ini bagi sebuah konsert amal eksklusif dengan semua hasil jualan tiket konsert ini bakal disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa bagi tujuan kebajikan.
Yayasan Nurjiwa, sebuah badan kebajikan yang ditubuhkan oleh Y.Bhg Dato’ Siti Nurhaliza dan suaminya Y.Bhg Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa pada 21hb Ogos 2006 dengan hasrat untuk membantu golongan yang memerlukan, terutamanya anak yatim, golongan termiskin, orang-orang kurang upaya dan juga mangsa bencana alam. Tema “Where the Heart Is” benar- benar melambangkan hasrat dan niat dari hati sanubari Dato’ Siti Nurhaliza dan suaminya untuk membantu golongan-golongan ini.
Yayasan Nurjiwa juga telah mendapat kelulusan pelepasan cukai kepada penderma-penderma dari Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi setiap sumbangan yang disalurkan. Nombor rujukan kelulusan LHDN tersebut ialah LHDN.01/35/42/51/179-6.6102.
Sepanjang penubuhan Yayasan Nurjiwa ini, pelbagai aktiviti-aktiviti bantuan telah dilaksanakan seperti
- Aktiviti menyalurkan bantuan kepada mangsa-mengsa Banjir di Negeri Johor Darul Takzim.
- Aktiviti Menyalurkan sumbangan kepada rumah kanak-kanak istimewa di Sungai Buaya, Selangor.
- Membina dan Menyiapkan Sebuah Masjid 1 Tingkat di atas Lot 15, 28 & 29, Kampung Permatang Pasir, Mukim Rantau Panjang, Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman.
- Aktiviti menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Negeri Pahang Darul Makmur pada tahun 2013.
Yayasan Nurjiwa juga mempunyai harapan serta hasrat untuk melaksanakan lebih banyak lagi sumbangan kepada masyarakat amnya agar menjadi sebuah badan kebajikan yang sentiasa aktif serta prihatin. Bagi tahun 2014 pula, Yayasan Nurjiwa berhasrat untuk menumpukan lebih kerjasama dengan pelbagai organisasi wanita bagi membantu kebajikan kaum wanita yang kurang berkemampuan untuk merealisasikan cita-cita dengan mengcungkil serta mengasah potensi mereka.
Konsert Dato’ Siti Nurhaliza pada tahun ini berkonsepkan santai dan lebih dekat dengan penonton dan menampilkan warna putih yang melambangkan kesucian dan ketulusan yang akan beliau manifestasikan melalui suasana, deko, dan pentas.
Menurut Dato’ Siti Nurhaliza, “Siti benar-benar berharap agar semua dapat bersama-sama Siti untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik ini dengan membeli dan hadir ke konsert istimewa Siti ini. Syarikat-syarikat korporat turut bersama-sama menyumbang bagi menjayakan hasrat murni ini. Siti dahulukan dengan ucapan terima kasih, ikhlas dari hati Siti.”
Pengurus Besar Kuala lumpur Convention Centre, Datuk Peter Brokenshire turut berkata, “Kami begitu berbangga dan berbesar hati kerana menjadi lokasi pilihan Dato’ Siti Nurhaliza bagi konsert solonya ini. Memandangkan status Dato ‘ Siti Nurhaliza dalam industri tanah air, para peminat lagu-lagu dendangan beliau pasti terpukau dengan keasyikkan vokal dan persembahan beliau di samping menyumbang kepada kebajikan. Kami mendoakan kejayaan dan yang terbaik bagi beliau untuk konsert amal ini “.
Tiket-tiket untuk konsert ini adalah terhad dan boleh didapati pada harga RM 800, RM 518, RM 388, RM 238, RM 118, RM 88 dan boleh didapati secara online melalui www.redtix.airasia.com bermula 13 Januari 2014. Untuk pembelian secara korporat , sila hubungi Cinta Shafiyana dari SimplyƧiti di talian 03-2163 8383.
Selain itu, ada tawaran istimewa di mana 100 pembeli yang pertama yang membeli barangan SimplyƧiti berjumlah RM150 ke atas di www.simplysiti.com.my sebelum 1 Februari 2014, akan mendapat tiket percuma ke Dato’ Siti Nurhaliza Live in KLCC- Where the Heart Is.