(HIBURAN) ELLA Bakal Gegarkan AFTER RACE FEST @ PETRONAS Sepang International Circuit dan sepentas dengan MACKLEMORE!

Spread the love

Pengumuman pertama AFTER RACE FEST telah menimbulkan keterujaan ramai. Dinamakan AFTER RACE FEST, pesta ini signifikan dengan penganjuran MotoGP™️ yang bersifat energatik semperna ulang tahun ke 25 PETRONAS Sepang International Circuit (SIC).

AFTER RACE FEST bakal diadakan di lokasi terbaik iaitu Helipad, PETRONAS Sepang International Circuit pada 3 November bermula pukul 4 petang sehingga tengah malam.

Pada pengumuman pertama yang dibuat pada Julai lalu, pihak penganjur iaitu HIFIVE Entertainment telah mengumumkan kehadiran Smash Mouth dan Macklemore juga akan ditemani rakan penghibur yang tidak kurang hebatnya termasuk Nidji dan Feel Koplo (Indonesia), 6ixth Sense dan DE FAM adalah Phase 1 (fasa 1) yang akan melengkapkan erti pesta dalam AFTER RACE FEST.

Pihak HIFIVE Entertainment dan rakan strategik PETRONAS Sepang International Circuit teleh memilih barisan penghibur antarabangsa dan tempatan yang mempunyai piawaian seiring dengan klimaks menutup MotoGP™️.

Kini untuk fasa kedua- sebuah keterujaan diteruskan lagi apabila ELLA diumumkan sebagai bunga yang akan menyemarakkan lagi keserian AFTER RACE FEST yang akan berlangsung dengan meriahnya kelak.

Malah RATU ROCK MALAYSIA akan menyanyikan lagu negaraku untuk MotoGP™️. Semestinya sebuah penghormatan buat penyanyi kesayangan ramai yang semakin aktif dengan siri rangkaian konsertnya yang sentiasa ‘sold out’!

“Menjadi sebuah penghormatan untuk saya diberikan tanggungjawab menyanyikan lagu Negaraku pada acara MotoGP™️ kelak. Dan selepas itu saya akan berkongsi pentas bersama Smash Mouth dan Macklemore bersama artis-artis Malaysia serta Indonesia yang lain. Jangan lupa untuk temui saya di AFTER RACE FEST nanti,” ujar Ella.

“Seperti tidak lengkap jika perlumbaan MotoGP™️ diakhiri tanpa keraian dalam kalangan pengunjung.

“Maka kami di HIFIVE Entertainment dengan bangga menganjurkan AFTER RACE FEST bukan semata-mata bersifat hiburan sebaliknya meraikan pengunjung dari seluruh dunia ke MotoGP™️  dengan pelbagai aktiviti lain termasuk pertunjukan drone dan persembahan bunga api sebagai signifikan penganjuran acara yang sukses,” ujar Sean Pereira, Pengarah Urusan HiFive Entertainment.

Bermula pada pukul 4 petang di Helipad, pengunjung boleh menyaksikan persembahan Feel Koplo & DE FAM dengan Segment Get Started, Segment Healing pula akan dikuasai oleh Nidji dan 6itxh Sense, diikuti dengan persembahan bertenaga dari Ratu Rock ELLA, Segment Lets Rock  bersama Smash Mouth.

Dan semestinya kemunculan headliner– Macklemore di Segment Solidarity merupakan sebuah kemunculan solidariti yang ditunggu-tunggu. Tambahan pula penyanyi rap ini baru muncul dengan single terbaru bertajuk HIND’S HALL 2, lagu kolaborasinya bersama rapper Palestin MC Abdul, penulis lirik Amerika- Palestin Amer Zahr dan penyanyi Amerika, Anees Mokhiber.

Jangan sampai terlepas temu janji bersama AFTER RACE FEST di Helipad PETRONAS Sepang International Circuit pada 3 November ini kerana ia bukan tentang hiburan semata tapi pengalaman berbeza yang diberikan dalam penganjuran ini.

INFO TIKET AFTER RACE FEST  dan MotoGP™️ Malaysia 2024 

  • Dapatkan tiket AFTER RACE FEST berharga RM550 hanya dengan menggunakan promo code PayLater by GRAB.

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *