(HIBURAN) Filem Badi – “Yang Mati Belum Tentu Pergi “

Spread the love

FA-Poster-Badi-1-432x634

MIG kembali dengan filem yang ke 108 iaitu filem BADI. Kali ini MIG mempertaruhkan filem bergenre seram yang dihasilkan oleh Eyra Rahman seorang pengarah wanita yang telah banyak menghasilkan filem pelbagai genre diantaranya Aku Terima Nikahnya, Pengantin Malam, Gudang Kubur dan banyak lagi.

mek-634x422

Genre seram yang diangkat kali ini merupakan realiti kehidupan harian namun melalui filem ia semestinya perlu diselitkan unsur pengajaran agar dapat memberi panduan serta kesedaran terhadap masyarakat khusunya. Filem Badi menampilkan elemen khas Mak Yong sebagai subjek latar . Seni tari asli Mak Yong mempunyai keunikan serta auranya yang tersendiri selain aura yang “sesuatu”. Filem Badi bakal menemui penonton pada Oktober 15, 2015 di semua pawagam yang berdekatan.

DSC2850-634x423

MIG senantiasa memberi ruang dan peluang untuk bakat-bakat baru untuk menceburkan diri dalam industri hiburan. Didalam filem Badi kali ini menampilkan 90% bakat-bakat baru untuk menyinar dan mengasah bakat yang ada. Adiba Yunus & Azwan Kombos dipilih sebagai watak utama dalam filem Badi kali ini. Pelakon yang lain seperti Hanif Safuan, Sharisa Haris, Navilya Husna, Ayang Abbas, Atikah Suhaime, Eppy Kodiang dan tidak lupa pada pelakon yang berpengalaman iaitu Rashidah Jaafar

DSC0667-634x423

Sinopsis Filem Badi

Joe (Azwan Kombos), Faiz (Hanif Safuan), Tania (Sharisa Haris) dan Kila (Navilya Husna) merupakan pelajar medik yang sedang menjalani latihan disebuah hospital. Pada suatu hari, mereka berempat telah diberi tugasan dimana mereka perlu menjalankan pemeriksaan anatomi terhadap mayat Mek Nak (Rashidah Jaafar). Mungkin kerana usia masih muda, sewaktu pemeriksaan dijalankan, mereka telah melakukan banyak perkara yang melanggar etika seorang doktor dan juga sesama manusia.

DSC2311-634x423

Sarah (Adiba Yunus) bertemu dengan Joe sewaktu menuntut jenazah Mek Nak di hospital dan Joe juga banyak membantu dalam proses pengambilan jenazah Mek Nak. Atas rasa simpati dan hormat, Joe membuat keputusan untuk ke kampung Sarah bagi menghadiri pengebumian Mek Nak. Rakan-rakan Joe yang lain turut sama mengikuti Joe ke kampung dan sewaktu perjalanan telah berlaku sesuatu yang tidak diduga.

DSC4252-634x423

Rupanya pelbagai peristiwa dan kejadian telah dialami sewaktu mereka berempat berada di hospital , di kampung Sarah dan juga bila mereka pulang ke bandar.

DSC1585-634x423

Seorang demi seorang mengalami gangguan ataupun terkena badi Mek Nak kecuali Kilakerana Kila terus membersihkan dirinya setelah tiba di rumah. Hal ini agak mengganggu fikiran Joe, Tania dan Faiz. Kebetulan sewaktu Joe ke kampung bertemu Sarah sekali , Kila telah menunjukkan sesuatu kepada Tania dan Faiz dimana bertambah lagi persoalan siapakah Mek Nak dan kenapa berlakunya gangguan ini?

DSC8007-423x634

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Adakah gangguan itu benar? Adakah gangguan itu benar dari Badi Mek Nak atau siapa? Siapakah perempuan selain Sarah didalam gambar ini? Siapakah Udin dan apakah dia ada kena mengena dengan Mek Nak? Semua persoalan bakal menemui jawapannya pada Oktober 15,2015

kredit artikel : nannie isa/Kitepunye Dot Com


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *