(HIBURAN) Filem Seram, Romantik dan Drama Korea untuk tontonan di Malaysia menerusi Platform Video Dalam Talian iQIYI Oktober ini

Spread the love

Kuala Lumpur, 7 Oktober 2020 – Penyedia perkhidmatan penstriman video terkemuka iQIYI bakal menyajikan pelbagai senarai tontonan baharu dan eksklusif yang hangat untuk tontonan di Malaysia Oktober ini.

Sempena Halloween ini, para penonton bakal mengalami detik-detik seram dengan sajian koleksi filem seram Korea. Antara filem Korea yang menggabungkan unsur cemas dan seram termasuklah Intruder, yang mengisahkan seorang arkitek (Kim Mu-yeol) yang melalui pengalaman trauma dan pelik apabila adik perempuannya (Song Ji-hyo) yang hilang 25 tahun lalu tiba-tiba muncul semula; The Closet, yang akan ditayangkan akhir bulan ini, mengisahkan seorang bapa (Ha Jung Woo) yang diberitahu untuk mencari anak perempuannya dalam sebuah almari apabila dia tiba-tiba hilang tanpa jejak di dalam rumah baru mereka; The Divine Fury ialah kisah seorang juara MMA lakonan (Park Seo-joon) yang bergandingan dengan seorang bomoh untuk memerangi makhluk halus di Korea; filem thriller-jenayah Beasts Clawing at Straws takdir menghubungkan lapan individu apabila mereka terjumpa satu beg misteri di dalam sebuah sauna. Komedi seram Spellbound ialah sebuah kisah cinta antara seorang ahli silap mata dengan seorang wanita yang boleh melihat hantu, dibintangi Son Ye Jin yang turut beraksi dalam Crash Landing on You. Rampant memaparkan pertempuran antara seorang putera (Hyun Bin) dengan pegawai tentera (Jang Dong-gun) yang berlatarkan zaman silam Korea yang sedang dilanda wabak zombi, manakala siri dua bahagian Korea yang terlaris, Along with the Gods, mengisahkan roh seorang anggota bomba yang mati tanpa dijangka dibawa ke alam kematian oleh tiga penunggu untuk berdepan dengan tujuh perbicaraan sebelum dilahirkan semula melalui proses reinkarnasi.

Di samping itu, siri drama Melayu paling popular juga telah dilancarkan secara eksklusif. Kampung People 2 yang dibintangi oleh Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Hun Haqeem dan Reina Diana, mengisahkan seorang jejaka bertekad menyorokkan identiti silamnya sebagai penggubah wang haram. Peminat Adibah Noor pasti akan teruja dengan penampilan khas persona terkenal ini dalam drama tersebut!

Lebih menarik lagi, penonton juga berpeluang menikmati senarai tontonanoriginal iQIYI yang bakal dilancarkan, termasuk Search yang dibintangi Kristal daripada kumpulan K-Pop f(x). Drama sains fiksyen ini mengisahkan sebuah pasukan pencarian yang menemui makhluk raksasa ketika melarikan diri dari Zon Bebas Tentera Korea. Komedi romantik The Spies Who Loved Me pula menampilkan gandingan Yoo In-na (artis terkenal yang membintangi Goblin: The Lonely and Great God) dan Eric Mun (ahli kumpulan muzik lelaki, Shinhwa dari Korea Selatan), merupakan kisah cinta seorang wanita yang terjebak dengan dunia pengintipan.

Peminat filem romantik juga pasti akan terhibur dengan beberapa drama bersiri yang memaparkan barisan pelakon selebriti, yang bakal ditayangkan:

Dibintangi Xing Zhao Lin, Marry Me menceritakan seorang ahli muzik buta yang jatuh cinta dengan seorang jejaka kaya yang membantunya menegakkan keadilan untuk kematian gurunya. The Blooms at Ruyi Pavilion, yang akan ditayangkan pertengahan bulan ini, mengisahkan seorang wanita melarikan diri daripada perkahwinan diatur (Ju Jingyi yang membintangi In a Class of Her Own), dan jatuh cinta dengan seorang jejaka muda yang sombong di bandar, manakala Renascence merupakan kisah balas dendam seorang permaisuri yang dilahirkan semula.

Bagi peminat Zac Efron, mereka pasti akan menggemari drama bersiri Korea 18 Again yang yang di adaptasi dari filem popular barat, 17 Again lakonan Zac Efron. Ianya mengisahkan seorang lelaki pertengahan umur yang mempunyai masalah rumah tangga, tiba-tiba bertukar menjadi remaja berumur 18 tahun dan membina semula kehidupannya.

Bagi penonton yang mengidamkan ‘prince charming’ anda, jangan ketinggalan untuk menonton Tale of the Nine Tailed dibintangi oleh pelakon kacak Lee Dong-wook yang turut beraksi dalam Goblin: The Lonely and Great God. Drama fantasi ini mengisahkan seorang penerbit wanita nekad menjejaki seekor musang jadian yang berekor sembilan. Bagi penonton yang ingin menyaksikan drama perkahwinan penuh dengan skandal, My Dangerous Wife menceritakan tentang Sim Jae-Kyeong (Kim Jung-Eun) yang telah 6 tahun berkahwin dengan Kim Yoon-Cheol (Choi Won-Young). Sim Jae-Kyeong menikmati kebahagiaan dalam perkahwinannya, tetapi dia terlibat secara tidak langsung dengan kes penculikkan misteri.

Rancangan keluaran tanah air yang dinanti-nantikan pada November ini termasuk Cinta Sekali Lagi, dilakoni Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose dan Hannah Delisha. Drama bersiri romantik ini mengisahkan seorang wanita yang terjebak dalam perkahwinan yang tidak bahagia nekad menggoda suami kakaknya kerana iri hati dengan perkahwinan mereka yang bahagia. Komedi romantik Biar Mereka Cemburu yang dibintangi Aiman Hakim Ridza dan Nabila Razali, menelusuri asam garam kehidupan cinta kompleks seorang jurugambar yang muda.

Antara tajuk-tajuk dari Korea yang bakal dilancarkan di iQIYI termasuk Birthcare Centre, kisah seorang eksekutif yang tinggal di pusat penjagaan posnatum selepas bersalin serta jalinan persahabatannya dengan wanita-wanita lain di pusat itu. Dalam kisah romantik Live On, seorang pelajar perempuan sekolah tinggi dengan ketua kelab penyiaran sekolahnya (Hwang Min-hyun dari kumpulan muzik lelaki NU’EST) bersama-sama membongkar identiti seorang individumisteri yang cuba mendedahkan kisah silam yang ingin disembunyi oleh pelajar itu.

Penonton dapat mengakses pelbagai rancangan ini secara percuma menerusi laman web iQIYI International di iQ.com atau aplikasi mudah alih iQIYI yang boleh dimuat turun dari Apple Store atau Google Play Store. Bagi mendapat akses kepada episod-episod baharu, penonton boleh melanggan akaun VIP standard dengan yuran bulanan serendah RM8.90 atau akaun VIP premium dengan RM16.90 sebulan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *