(HIBURAN) Filem Transformers 4 akan dihasilkan

Spread the love

LOS ANGELES 25 Sept.- Pengarah filem Michael Bay semalam, mendedahkan perancangannya untuk menghasilkan siri keempat filem robot terkenal, Transformers.

Bay, 47, menyatakan yang Transformers 4 dibuat kerana dia tidak mahu pihak lain ‘merosakkan’ perjalanan siri filem tersebut.

“Sebelum ini, saya pernah menyatakan bahawa tidak akan menghasilkan lagi filem sorotan Transformers.

“Namun, saya mendapat inspirasi untuk melakukannya lagi selepas permainan roller-coaster Transformers di Universal Studio mendapat sambutan hebat daripada pengunjung,” katanya.

Bay berkata, keputusannya untuk menghasilkan Transformers 4 turut mendapat sambutan positif daripada krew-krew penerbitan.

Transformers merupakan satu filem legenda yang akan diingati sampai bila-bila. Oleh itu, saya tidak mahu mana-mana pihak mengubah dan merosakkan keaslian filem tersebut.

“Walaupun beberapa pembaharuan akan dibuat, namun keasliannya tetap dipelihara,” ujarnya. – AGENSI

sumber : utusan


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *