(HIBURAN) i-SiNG MALAYSIA 2022 KEMBALI

Spread the love

Kejohanan i-SiNG merupakan satu lagi kejohanan vokal yang amat popular di dunia sekarang. Walaupun baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2017, i-SiNG kini mendapat sambutan yang amat hangat sekali. “i” dalam nama tersebut merupakan diri peserta dan juga melambangkan kedudukan antarabangsa. “Sing” pula adalah minat dan kecenderongan seseorang itu dalam kerjaya menyanyi. Oleh itu, “i-SiNG” memberi peluang kepada seseorang itu untuk menonjolkan bakat nyanyiannya ke peringkat dunia dan merasa bangga dengan bakat dan kecenderungan yang mereka perolehi.

Dalam tahun pertamanya, pada tahun 2017, i-SiNG telah mendapat penyertaan dari 24 negara dari seluruh dunia. i-SiNG pertama berlangsung di Yangon, Myanmar. Wakil Malaysia, Nabillah Mohamad, telah berjaya menduduki tempat ke-7 dalam kejohanan tahun tersebut.

Tahun kedua, iaitu, tahun 2018, i-SiNG telah berlangsung di Paris, France. Peserta lelaki Malaysia, Shafiq Ikhwan, telah berjaya menggondol juara dunia i-SiNG mengalahkan peserta dari hampir 40 negara.

Pada tahun 2019, i-SiNG World telah berlangsung di Stockholm, Sweden, dengan 47 negara. Malaysia menghantar 2 peserta, iaitu, Mohamad Husaini Mahmur dan Nadia Naswan Hasnan. Mohamad telah mendapat tempat kedua dalam kejohanan tersebut dan diikuti pula dengan Nadia ditempat ketiga.

Pasukan Malaysia telah dikelolakan dan dianjurkan oleh Rythymis Mines Studio. Pada tahun 2020, Rythymis Mines telah mendapat hak untuk menganjurkan kejohanan i-SiNG Dunia yang ke-4 di Kuala Lumpur. Perjanjian telah dimeterai pada bulan Mac 2020 tetapi tidak lama kemudian, Malaysia telah menutup sempadan akibat pandemik Covid 19. Justeru itu, kejohanan yang ke-4 itu telah ditunda sehingga dunia bersedia membuka sempadan semula.

Kini setelah hampir semua sempadan negara didunia dibuka semula dan perjalanan juga tiada sekatan lagi, i-SiNG bercadang untuk meneruskan semula kejohanan dunia ini. Kuala Lumpur telah diberi kehormatan sekali lagi untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan ini. Pihak penganjur telah menetapkan tarikh kejohanan pada 23hb hingga 28hb Mei, 2023.

Bagi kejohanan i-SiNG Dunia yang ke-4 ini, dianggarkan dalam 35 negara bersama lebih 500 peserta akan menyertai kejohanan di Kuala Lumpur. Kebanyakkan negara peserta amat teruja untuk menyertai kejohanan dan kembali membuat persembahan di pentas antarabangsa. Penganjur Rythymis Mines telah merancang untuk menganjurkan satu kejohanan yang amat meriah lagi menerujakan di Kuala Lumpur. Selain bertanding, para peserta akan disaji dengan berbagai makanan Malaysia dan dibawa melancong sekitar Lembah Kelang secara percuma. Diharapkan kejohanan ini dapat mempromosi dan memikat lebih ramai pelancong ke Malaysia.

TARIKH SESI UJI-BAKAT

  • 30 &31 Disember 2022 – Mid Valley Mall, Kuala Lumpur
  • Januari 2023 – Kota Kinabalu, Sabah
  • Februari 2023 – Kuching, Sarawak

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *