KUMPULAN IAMNEETA KEMBALI DENGAN SINGLE KE-2 ‘TERIMA KASIH’
Kumpulan Iamneeta yang dikenali melalui laman Youtube , dan dikenali dengan usaha mereka iaitu dengan banyak membuat persembahan dimana-mana tempat , dan membuktikan keupayaan mereka dengan lagu demi lagu ciptaan mereka sendiri , mereka telahpun mengeluarkan single terbaru dan kedua yang bertajuk “Terima Kasih” , single sebelum ini yang bertajuk “Tuhan Tolong Aku” telah menampakkan versatile muzik pop alternative yang menarik .
Walaupun nama kumpulan Iamneeta seolah menonjolkan vokalis mereka yang bernama Neeta , tapi boleh dilihat tulang belakang mereka iaitu Patrick yang menjadi penulis dan pencipta muzik . Mereka bernaung dibawah NAR Records , Iamneeta terdiri daripada Neeta , Patrick dan Anas .
Video muzik ‘Terima Kasih’ sesuai menggambarkan betapa remajanya mereka yang kesemua masih belasan tahun,baru 10 hari di lancarkan di youtube video mereka telah mencecah angka 13 ribu penonton membei impak yang positif kepada lagu ini.Single kali ini menampakkan production yang lebih bagus , lagu yang memberi lebih tenaga kepada vokal neeta.