(HIBURAN) iQiyi mengumumkan 6 rancangan bersiri Originals Asia Tenggara untuk tahun 2022, bersama program hit 2021

Spread the love

iQiyi, peneraju khidmat penstriman video atas permintaan Asia telah mengumumkan enam produksi Asia yang pertamanya termasuk lima program Original baharu Malaysia dan sebuah program Original baharu Thai. Platform penstriman video ini juga mengumumkan program-program utama 2021 yang telah mendapat sambutan hangat di Asia TV Forum & Market – yang mana kesemuanya bakal tersedia untuk para pelanggan iQiyi di lebih 191 wilayah di serata dunia menjelang 2022.

Semasa memperkenalkan senarai rancangannya, iQiyi telah menampilkan sorotan rancangan-rancangan utamanya, sebagai sebahagian daripada kempen Penilaian Tahunannya. Jumlah pelanggan bulanan di Asia Tenggara telah meningkat dua kali ganda berbanding dengan tahun sebelumnya. Kejayaan cemerlang ini telah didorong oleh kandungan-kandungan premium dari Korea Selatan, China, Malaysia dan Thailand. Produksi Korea iQiyi yang pertama, My Roommate is a Gumiho, telah mendapat tempat sebagai Siri Original Tontonan Tertinggi, dengan melebihi 100 juta tontonan di serata dunia.

Tontonan kandungan dari China pula meningkat sehingga empat kali ganda berbanding dengan tahun 2020. Sebahagian besar peningkatan ini adalah disebabkan oleh kejayaan francais Sweet On, yang telah mendapat 180 juta tontonan. Setakat 31 Oktober, aplikasi iQiyi versi antarabangsa telah dimuat turun sebanyak 50 juta kali[1] di serata dunia, menjadikannya aplikasi khidmat penstriman yang tertinggi dimuat turun di Malaysia, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

iQiyi juga memberi sorotan kepada komitmennya yang tinggi dalam pelaburan untuk menghasilkan kisah-kisah yang unik bagi menghangatkan lagi dunia hiburan 2022: “Sebagai penyokong terbesar hiburan Asia, iQiyi akan meneruskan peranannya untuk mengangkat ekosistem hiburan Asia ke tahap yang lebih tinggi. Untuk memenuhi permintaan yang semakin popular di rantau ini, kami merasa bangga untuk memberikan komitmen kami dan melabur dalam pelbagai kandungan ‘Originals’ dari  Asia untuk tahun hadapan; selain daripada produksi-produksi ‘Original’ dari Korea Selatan dan Filipina yang telah diumumkan. Kami berharap agar enam siri asli dari Malaysia dan Thailand akan menempa nama dan menjadi kegemaran di pasaran antarabangsa pada tahun 2022. Kami merasa begitu teruja dengan pencapaian kami tahun ini, yang telah membuktikan bahawa kini terdapat lebih ramai penonton kandungan bukan berbahasa Inggeris,” kata Kuek Yu-Chuang, Naib Presiden Perniagaan Antarabangsa iQiyi.

Menurut tinjauan pelanggan tempatan iQiyi baru-baru ini, rakyat Malaysia meluangkan masa purata 80 minit setiap hari di platformnya dan trend ini dipercayai akan terus meningkat dengan lebih banyak penggunaan televisyen pintar dan peranti-peranti. Data juga menunjukkan bahawa dalam tahun 2021, masa yang diluangkan oleh rakyat Malaysia untuk menonton kandungan Malaysia dalam aplikasi tersebut akan meningkat  sebanyak dua kali ganda.

Dari segi pertumbuhan keseluruhan dalam tahun 2021, iQiyi juga tersenarai sebagai khidmat penstriman Asia nombor satu di Malaysia berdasarkan jumlah muat turun, jumlah pelanggan bulanan yang aktif, dan jumlah masa yang diluangkan di platform tersebut. iQiyi juga merupakan platform penstriman ‘freemium’ yang mendapat carian tertinggi di Google tahun ini.

Siri Original Malaysia Yang Pertama

iQiyi merupakan aplikasi penstriman yang mendapat muat turun tertinggi di Malaysia, dengan lebih 10 juta muat turun melalui peranti mudah alih tahun ini. Sebagai salah sebuah pasaran utama di Asia Tenggara yang semakin berkembang, iQiyi telah bekerjasama dengan lima syarikat produksi utama untuk menghasilkan lima siri Original Malaysia untuk pertama kalinya.

“Kami bermula di Malaysia dengan cita-cita yang tinggi untuk menjadikan platform ini sebagai pilihan utama untuk hiburan Asia. Saya ingin mengucapkan terima kasih ke atas sokongan dari para pelanggan dan rakan niaga kami dan saya ingin menekankan tentang komitmen kami untuk meneruskan penghasilan kandungan hiburan Asia yang hebat. Saya amat teruja untuk tahun 2022 dimana kami akan menggandakan pelaburan kami dalam ekosistem kandungan tempatan dengan menghasilkan siri-siri Original tempatan buat julung kalinya bagi memeriahkan lagi judul-judul eksklusif berlesen yang sedia ada. Kami juga merasa gembira dengan kehadiran pegawai eksekutif siri Original yang berpengalaman, Zebedee De Costa untuk memacu matlamat kami dan menjalinkan lebih banyak kerjasama untuk menghasilkan kandungan-kandungan yang berkualiti untuk pelanggan kami”, kata Dinesh Ratnam, Pengurus Besar, iQiyi Malaysia, Singapura & Indonesia.

Zebedee De Costa, Pengarah Kandungan, iQiyi Malaysia berkata, “Dalam landskap hiburan yang mempunyai kepelbagaian kandungan seperti Malaysia, ia mudah untuk hilang haluan dalam kecelaruan yang ada. Jadi, untuk berlaku adil, kami harus melihat ke dalam ekosistem hiburan secara mendalam. Penglibatan kami bukan sahaja bertujuan untuk menghasilkan kandungan hiburan yang hebat untuk semua tetapi kami juga ingin menumpukan usaha kami bagi menghidupkan semula industri hiburan tempatan melalui kerjasama yang bermakna dan memberikan insentif kepada para pengkarya, rakan media, jenama dan penonton. Walaupun kami merasa teruja untuk melihat hasil titik peluh kami di saat akhir nanti, kami juga akan menikmati setiap langkah perjalanannya juga.”

Produksi-produksi asli Malaysia yang pertama adalah seperti berikut:

My Ofis

Ia adalah sebuah komedi ringan yang berkisar tentang cabaran yang dihadapi oleh Jasper, seorang pemuda yang bercita-cita untuk menjadi bintang rock yang terpaksa melupakan impiannya dengan menyertai dunia korporat untuk menyara neneknya. Jasper terpaksa berdepan dengan huru-hara yang tercetus oleh telatah gila-gila di pejabat, kisah cinta dan kemelut politik di tempat kerja. Namun, dalam hati kecilnya, dia masih idamkan kehidupan di atas pentas. My Ofis dihasilkan melalui kerjasama Longhouse Films, salah sebuah syarikat produksi di Malaysia yang mempunyai rangkaian global sehingga ke China, Korea Selatan dan juga Hollywood.

“iQiyi merupakan salah sebuah platform penstriman utama di rantau ini dan kami bersemangat untuk bekerjasama dengan mereka,” kata Jon Chiew, Ketua Pegawai Eksekutif Longhouse Films.

Rampas Cintaku

Ia mengisahkan usaha terdesak seorang mahasiswa untuk melangsaikan hutang keluarganya dari along dengan bekerja di sebuah kelab malam. Di sana, dia bertemu dengan seorang wanita kaya dan telah digoda menjadi sugar baby. Siri Original ini telah dihasilkan oleh syarikat produksi yang terkenal dan berpengalaman, MIG Production, yang telah menerbitkan lebih 8,000 jam siri drama TV.

“Semangat kami di MIG berkobar-kobar untuk bekerjasama dengan iQiyi. Kami ingin menzahirkan penghargaan kepada iQiyi kerana memberi peluang untuk mempamerkan kebolehan kami melalui projek ini. Kami sentiasa menanti-nantikan kerjasama bersama iQiyi yang berprestij sekali lagi di masa hadapan,” kata David Teo, Ketua Pegawai Eksekutif MIG Production.

Sori Naik Lori

Dihasilkan oleh syarikat produksi yang pernah memenangi anugerah Tsar Asia, ia mengisahkan seorang suri rumah yang menjadi terkenal dengan sekelip mata setelah video Tik Toknya tular. Ini menjejaskan hubungan dengan suaminya, seorang pemandu lori yang tidak mempunyai keyakinan diri.

“Dalam masyarakat partiaki seperti Malaysia, tanggung jawab ketua keluarga pada biasanya terletak di tangan kaum lelaki. Namun, apabila situasi ini terbaik, ia akan menjejaskan perhubungan suami-isteri ekoran isu ketidakyakinan diri. Kebanyakan kes ini mungkin akan menyebabkan penceraian apabila wanita sekarang menjadi semakin berdikari. Sori Naik Lori mengetengahkan dua aspek utama – kasih sayang dan rasa hormat. Dalam setiap perhubungan, jika tiada rasa hormat di antara satu sama lain, perhubungan itu pasti akan terputus,” kata Wan Sariah Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif TSAR Asia Sdn Bhd.

Beliau menambah bahawa Sori Naik Lori telah berada di dalam simpanan sejak bertahun lamanya dan beliau merasa teruja kerana akhirnya ia dapat dizahirkan dengan kerjasama iQiyi. “Ini adalah platform yang paling sesuai untuk siri ini kerana iQiyi memberikan fokus utama kepada hiburan Asia dan saya percaya para penonton dari rantau ini akan mendapati kisah ini relevan dengan mereka. Sebaliknya, kisah ini mempunyai tema yang universal, ia juga mungkin dapat menarik perhatian jadi para penonton global juga,” katanya lagi.

Love You Later

Ini merupakan siri asli drama romantik merentas masa yang mengetengahkan kisah kerumitan merentas masa yang dihadapi oleh sepasang kekasih yang ditakdirkan bersama tetapi harus mengelakkan daripada jatuh cinta kepada versi yang salah antara mereka. Siri ini diterbitkan oleh Juita Viden, salah sebuah syarikat produksi antarabangsa yang terbesar dan paling berpengalaman di Malaysia.

“Kami merasa teruja utuk bekerjasama dengan iQiyi untuk menghasilkan drama-drama yang menarik perhatian dan berkualiti yang relevan kepada para penonton tempatan dan juga global. Matlamat kami adalah untuk menghasilkan kisah-kisah Malaysia menarik yang diterajui oleh watak-watak yang sukar dilupakan dan mempunyai tema universal, tetapi dari perspektif baharu,” kata Juliana Foo, Penerbit Eksekutif Juita Viden Sdn Bhd.

Restu

Diterbitkan oleh Infinitus Entertainment yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam industri dan telah menghasilkan filem terlaris dalam sejarah perfileman Malaysia. Siri Originals ini membawakan kisah seorang duda yang bertemu dengan tiga orang wanita yang sesuai untuk dijadikan calon isterinya. Kini, dia mendapat persetujuan daripada anak perempuannya yang berumur 9 tahun yang masih meratapi kematian ibunya.

“Ia adalah satu penghormatan bagi kami untuk bekerjasama dengan iQiyi, salah sebuah platform penstriman yang terbesar di dunia. Kami merasa teruja kerana iQiyi telah memilih Malaysia sebagai salah sebuah hub kandungan mereka dan kami merasa rendah hati kerana diberikan kepercayaan untuk menghasilkan siri Original Malaysian yang sukar dilupakan oleh para penonton dalam kerjasama ini,” kata Gayatri Su-Lin Pillai, Penerbit Eksekutif Infinitus Entertainment (Malaysia) Sdn Bhd.

TP Lim, Pengarah Urusan Infinitus Entertainment (Malaysia) Sdn Bhd menambah, “Kami merasa teruja kerana mendapat peluang keemasan untuk mempamerkan kebolehan hebat dari bakat-bakat tempatan – dari penulis skrip, pelakon, ke pakar produksi dan pereka. Kami tidak sabar untuk menghasilkan lebih banyak kandungan yang menarik dan berkualiti tinggi melalui kerjasama ini.”

Program Original dari Thailand yang Pertama

iQiyi merupakan aplikasi penstriman yang mendapat muat turun yang tertinggi di Thailand, mencapai lebih 12 juta muat turun tahun ini. Secara purata, masa yang diluangkan oleh pengguna Thai untuk menonton program-program di platform kami telah meningkat dua kali ganda berbanding dengan tahun sebelumnya, dan para pengguna juga menyatakan bahawa kecenderungan mereka untuk menonton kandungan Thai di platform kami adalah 20 kali ganda tahun ini.

KinnPorsche: The Series

Kinn adalah pewaris kepada sebuah keluarga mafia yang berkuasa. Dia telah diselamatkan oleh Porsche dan dengan tidak rela hati menjadi pengawal peribadinya. Kedua-duanya berdepan dengan banyak misteri dan rahsia masa silam mereka yang mula terungkai secara perlahan-lahan.

Siri ini diarahkan oleh Kongkiat Komesiri, pengarah filem-filem Thai terkemuka seperti Khun Phan dan Slice yang mana beliau telah mendapat anugerah Thailand National Film Association untuk arahan sulungnya di tahun 2010. Babak-babak aksi lawan dalam KinnPorsche: The Series juga dikoreografikan oleh Sumret Muengput, satu nama yang terkenal di sebalik babak-babak seni mempertahankan diri dalam Halfworlds 2 dan The Kick. Siri ini telah dihasilkan oleh syarikat produksi Be On Cloud yang mempunyai kepakaran dan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang penerbitan siri TV, program dalam talian dan pemerolehan bakat.

Semua program iQiyi Originals akan tersedia untuk semua pelanggan antarabangsa pada 2022 melalui aplikasi iQiyi versi antarabangsa atau www.iQ.com

Jangan Ketinggalan Untuk Mendapatkan Promosi 12.12 SEKARANG!

Sempena 12.12, iQiyi bakal menawarkan diskaun hebat dari 4 sehingga 12 Disember! Nikmati diskaun sehingga 50% untuk pakej-pakej langganan VIP. Langganan Quarterly VIP (tiga bulan) boleh didapati dengan harga serendah RM12.90 (harga biasa: RM23.90) dan langganan Yearly VIP (tahunan) pula hanya berharga RM44.90 (harga biasa: RM87.90).

Promosi “Chup Dulu’ membawakan penjimatan yang lebih hebat kepada pelanggan-pelanggan yang mendapatkan promosi dengan lebih awal! Tempah sekarang sehingga 3 Disember untuk menikmati tempoh langganan tambahan selama dua minggu untuk langganan Quarterly VIP atau tambahan selama satu bulan untuk langganan Yearly VIP. Anda hanya perlu mendaftar masuk ke platform iQiyi, tempah langganan promosi pilihan anda dan membuat bayaran kemudian pada tempoh Jualan 12.12, mulai 4 sehingga 12 Disember 2021.

 

Program-program yang tersedia di iQiyi termasuk:
Produksi iQiyi Originals dari Malaysia
My Ofis

Asli, Tersedia di Malaysia, Singapura, Brunei & Indonesia | 2022

 

Ini adalah kisah seorang pemuda yang bercita-cita untuk menjadi bintang rock yang telah mengorbankan impiannya tersebut kerana terpaksa menyara neneknya. Dia  menggunakan kebijaksanaan dan gerak hatinya untuk menyelamatkan dirinya dalam dunia korporat yang diceburinya itu. Dia juga berdepan dengan huru-hara yang tercetus oleh telatah gila-gila di pejabat, kisah cinta dan kemelut politik di tempat kerja. Namun, terpendam dalam hati kecilnya, dia masih idamkan kehidupan di atas pentas.
Rampas Cintaku

Global Original | 2022

 

Seorang mahasiswa yang terdesak untuk melangsaikan hutang keluarganya bagi melepaskan mereka dari gangguan along terpaksa bekerja di sebuah kelab malam. Di sana, dia bertemu dan digoda oleh seorang wanita kaya untuk dijadikan sugar baby dan dalam masa yang sama bergelut dengan keimanannya sendiri.
Sori Naik Lori

Global Original | 2022

 

Sebuah video TikTok tular telah membawakan kemasyhuran dengan sekelip mata kepada seorang suri rumah dan ini menjejaskan perhubungan dengan suaminya, seorang pemandu lori yang tidak berkeyakinan diri.
Love You Later

Global Original | 2022

 

Ini merupakan siri asli drama romantik merentas masa yang mengetengahkan kisah kerumitan merentas masa yang dihadapi oleh sepasang kekasih yang ditakdirkan bersama tetapi harus mengelakkan daripada jatuh cinta kepada versi yang salah di antara mereka.
Restu

Global Original | 2022

 

Siri Original ini membawakan kisah seorang duda yang bertemu dengan tiga orang wanita yang sesuai untuk dijadikan calon isterinya. Ikuti kisahnya untuk mendapatkan persetujuan daripada anak perempuannya, berumur 9 tahun yang masih meratapi kematian ibunya.
Produksi iQiyi Original dari Thailand
KinnPorsche: The Series

Asli Global (tidak termasuk Jepun) | 2022

 

Kinn adalah pewaris kepada sebuah keluarga mafia yang berkuasa. Dia telah diselamatkan oleh Porsche dan dengan tidak rela hati menjadi pengawal peribadinya. Kedua-duanya berdepan dengan banyak misteri dan rahsia masa silam mereka yang mula terungkai secara perlahan-lahan.
Produksi iQiyi Original dari Filipina
Saying Goodbye

Asli Global | 4 Disember 2021

Muat turun aset

Saying Goodbye adalah kisah yang meraikan kehidupan walaupun berdepan dengan segala cabaran yang mendatang. Ikuti kisah Ricky dan Elise, satu pasangan yang tidak mungkin bersama yang disatukan oleh cinta mereka terhadap muzik dan pengembaraan.
Hello, Heart

Asli Global | 15 Disember 2021

Muat turun aset

Hello, Heart adalah sebuah komedi romantik yang mengisahkan kehidupan Heart dan Saul. Heart merupakan seorang gadis yang cantik, lincah, rajin tetapi bernasib malang yang akhirnya menemui pembawa tuahnya, Saul. Saul adalah seorang ahli perniagaan yang tidak berperasaan yang telah mengupah Heart untuk menyamar sebagai isterinya untuk bertemu neneknya telah nyanyuk. Walaupun mereka saling membenci pada awalnya, tetapi cinta mula berputik di antara mereka.

-TAMAT-

Stay connected with iQiyi Malaysia:

Facebook: https://www.facebook.com/iqiyimalaysia

Instagram: https://www.instagram.com/iqiyimalaysia/

Twitter: https://twitter.com/iqiyimalaysia

YouTube: https://youtube.com/iqiyimalaysia

TikTok: https://www.tiktok.com/@iqiyi_malaysia


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *