(HIBURAN) JioBuddy Persembahkan EXISTS PREMIUM LIVE @PJ yang ditunda ke  20 Disember 2025 Bawa Pesona Mewah serta 2 Hadiah Super Istimewa!

Spread the love

Usai muncul dalam beberapa rangkaian konsert tanpa henti sejak tahun 2019 hingga yang terbaru bersama Slam pada Julai lalu, Exists kembali  lagi dengan disokong oleh JioBuddy membawa pengertian PREMIUM khas buat para peminat.

EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ. Begitu nama penganjuran konsert penutup 2025 buat  EXISTS — kumpulan yang dianggotai Ujang, Ajai, Musa, Along dan Ezad.

Meski sempat mengumumkan konsert tersebut bakal berlangsung pada 4 Oktober, namun selepas mempertimbangkan pelbagai faktor termasuk secara teknikal, Exists dan penganjur JioBuddy mencapai kata sepakat.

EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ di Petaling Jaya, Selangor telah diumumkan penundaannya pada 20 Disember 2025.

“Dengan rendah hati kami di JioBuddy menyampaikan EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ  telah ditunda kepada tarikh baharu iaitu 20 Disember 2025, di lokasi dan waktu yang sama.

“Penundaan tarikh baharu ini adalah kesepakatan bersama Exists supaya penganjuran EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ bukan sekadar sebuah lagi persembahan pentas yang biasa ditonton tetapi sesuai dengan tajuk yang dibawa, ia mesti bersifat premium dan eksklusif,” ujar Sean Ng  dari JioBuddy.

Berikut merupakan pernyataan dari pihak JioBuddy yang faham dengan resah para peminat melihatkan trend beberapa konsert ditunda yang kemudiannya dibatalkan.

Namun penundaan untuk EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ merupakan sebuah kesepakatan untuk para peminat bakal merasai makna premium yang sebenar pada tarikh 20 Disember itu kelak.

 “Ramai peminat yang mula bertanyakan maksud atau konsep PREMIUM yang dimaksudkan oleh Exists dalam persembahan kali ini.

 Apa yang boleh kami katakan bahawa konsert kali ini akan menjadi sebuah konsert yang lebih intimate, lebih dekat dan lebih up close and personal yang bakal dirasai oleh semua peminat,” ujar Musa yang merupakan pemain bass Exists.

“Akan ada sesi sembang-bual, bertanya soalan dan kupasan tentang lagu-lagu hits yang dipadatkan dalam empat buah segmen. Peminat bakal tahu momen-momen sentimental sesebuah lagu sewaktu rakaman, penghasilan hinggalah perasaan yang dibawa hingga kini,” ujar Along Exists yang yakin dengan Jennifer Thompson selaku Pengarah Konsert ini kelak.

“Momen seperti ini belum pernah diabadikan dalam mana-mana konsert yang telah dilaksanakan. Kami mahu para peminat merasakan makna PREMIUM yang akan dicambahkan melalui rasa dan nilai sentimental bersama Exists pada malam tersebut,” ujar Ajai.

Lebih premium lagi apabila Exists akan memberikan dua cenderahati buat para peminat yang bertuah.

“Kami sangat berbesar hati untuk menghadiahkan sebuah gitar akustik kepunyaan Along buat peminat bertuah. Gitar Manuel Rodriguez keluar Sepanyol  ini pernah digunakan Along untuk merakamkan lagu-lagu seperti Setanggi Syurga (Inteam), Salam Rindu (Fathi Naim) dan juga persembahan sewaktu Studio Kool bersama Exists sewaktu rangka promosi Konsert Exists Reunion 2019. .

Dan dengan kerjasama JS Music, satu set dram jenama PDP juga akan diberikan kepada peminat bertuah yang merupakan pembeli tiket konsert itu kelak. Semua pengumuman tentang tata cara untuk menjadi pemenang akan diumumkan di media sosial dalam masa terdekat,” ujar Ujang yang teruja dengan penghadiahan set dram PDP CenterStage 5-Pc Drum Kit with Evans Drumheads dan Promark Sticks kepada peminat. 

“Untuk jadi pemenang, anda harus follow sampai ke pentas JioSpace 20 Disember nanti”ujar Ujang.

Buat Exists, penundaan tarikh baharu tidak menjejaskan mereka malah memberi lebih banyak ruang untuk melakukan persiapan daripada segi teknikal.

Ikrar mereka sebagai pemuzik yang cukup berpengalaman adalah melahirkan erti persembahan mewah dalam EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ yang akan menjadi konsert berskala besar terakhir mereka tahun ini, sebelum muncul dengan beberapa rangkaian konsert tahun hadapan.

“Exists sentiasa mementingkan kualiti dan menghargai setiap wang yang dikeluarkan untuk menyokong konsert kami. Kami mahu pesona mewah yang ingin disampaikan menjadi momen tidak dilupakan peminat,” ujar Ezad mewakili Exists.

Selaku penganjur, JioBuddy juga tidak bimbang mengenai penundaan tarikh kerana percaya dengan piawaian Exists yang telah melahirkan banyak karya malar segar karya yang telah dicipta sejak akhir tahun 1991.

“Konsert mereka ‘back to back’. Secara logiknya juga, EXISTS akan memainkan lagu-lagu hit mereka sama seperti dalam kebanyakan persembahan atau konsert yang telah dilakukan.

“Bagaimanapun selaku penganjur, saya boleh memberi jaminan EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ akan bertaraf premium atau mewah seperti judul yang dipilih.

“Premium daripada segi permainan muzik, premium daripada segi audio dan premium buat peminat yang hadir kerana konsert ini bersifat lebih intim” ujar Sean Ng.

100 peminat bertuah akan memiliki peluang bergambar secara peribadi bersama setiap anggota EXISTS.

Tiket dengan kategori Premium (RM588), VIP (RM488) dan Diamond (RM368) boleh didapati menerusi www.jiotix.asia atau talian hotline +6011 1660 1122 (khusus untuk peminat dalam kalangan orang kelainan upaya (OKU) sahaja).

Tiket kategori Diamond yang laku keras juga telah ditambah jumlah. Boleh rujuk media sosial dengan kedudukan tiket terkini.

Peminat yang telah membeli tiket masih sah untuk tarikh baharu.

Sebarang pertanyaan mengenai tiket, sila hubungi:

Emel: ask@jiobuddy.asia

Talian Hotline (WhatsApp sahaja): +6011 1660 1122

Untuk peminat yang ingin membeli tiket secara bundle, boleh mendapatkan diskaun seperti di bawah:

1) Corporate Sales Bundle

30 tiket- diskaun 20%

50 tiket -diskaun 30%

100 tiket – diskaun 40%

Manakala untuk memenangi cabutan bertuah bagi gitar dan set dram, peluang pembeli setiap kategori tiket adalah seperti berikut:

2) Hadiah ‘Lucky Draw’ dari Exists – gitar dan set dram

3x peluang untuk pembeli tiket Premium

2x peluang untuk pembeli tiket VIP

1x peluang untuk pembeli tiket Diamond

 INFORMASI

Artis: EXISTS

Acara: EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ

Lokasi: JioSpace, Petaling Jaya

Tarikh: 20 Disember 2025

Waktu: 8.30 Malam (Sabtu)

Penganjur: JioBuddy

Harga tiket: Premium (RM588), VIP (RM488), Diamond (RM368)

Pembelian tiket: www.jiotix.asia

Talian hotline: +6011 1660 1122 (Whatsapp Sahaja)


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *