(HIBURAN) KL VAMPIRES – ‘Kisah Vampires Mahu Merebut Takhta Kekuasaan’

Spread the love

ADAKAH benar Vampires itu wujud? Selama berabad-abad manusia tidak pernah tahu tentang kewujudan vampires dalam kalangan mereka. Dalam dunia sebenar, vampires sentiasa dianggap sebuah mitos dan selalunya dalam kalangan masyarakat, ia lebih kepada kisah yang diceritakan pada waktu malam.

Bagaimanapun, dalam filem terbaharu yang diterbitkan oleh Cinemaya Studios Sdn. Bhd. berjudul KL Vampires, ia memaparkan sebuah kisah tentang kewujudan makhluk yang dikenali sebagai vampires ini dengan mengganas di Kuala Lumpur.

Pengarahnya, Daven R. berkata, minat yang mendalam terhadap filem-filem fiksyen seperti Star Wars dan Close Encounters Of The Third Kind telah mencetuskan idea kepadanya untuk menghasilkan filem fiksyen.

Ujarnya, pada tahun 2012 dia terbaca sebuah tulisan seorang blogger yang menggunakan nama Nazri Vovinski tentang vampires.

“Dalam tulisannya itu, dia mengatakan tentang kewujudan vampires di Malaysia dan tulisannya itu agak melucukan.

“Kemudian saya bermimpi pula tentang adanya seorang vampire jahat yang ingin menguasai dunia dan mulai saat itu saya bertekad untuk menghasilkan sebuah filem vampires,” ujarnya.

Menurutnya, setelah melakukan penyelidikan tentang vampires dia akhirnya telah berjumpa dengan Nazri untuk menghasilkan skrip KL Vampires.

Jelasnya, dia cuba berjumpa dengan beberapa pihak untuk mendapatkan dana bagi pembikinan filem berkenaan, tetapi agak hampa kerana pihak tersebut menyatakan tidak wujud vampires di Malaysia.

“Saya tidak berputus asa dan meneruskan lagi penyelidikan sehinggalah terbaca tentang mitos Raja Bersiong.

“Ternyata mitos Raja Bersiong itu memberikan saya idea untuk mencipta sebuah universe vampires di Malaysia dengan terhasilnya KL Vampires,” ujarnya.

Mengenai pembikinan filem tersebut, Daven memberitahu ia dilakukan di Kuala Lumpur (35 hari) serta beberapa buah lokasi di Jogjakarta. Salah satunya ialah di Istana Air Taman Sari (20 hari) pada tahun 2016.

Dalam pada itu, pelakon utamanya iaitu Raja Ilya berkata, dia menerima tawaran berlakon dalam filem ini setelah melihat jalan cerita tentang vampire yang jarang dihasilkan.

Menurut Ilya, pada masa sama dia memang berkeinginan untuk bekerja di bawah arahan Daven R. dan tawaran untuk memegang watak sebagai Ratu Citra Sari lantas diterimanya.

“Sebelum ini saya memang teringin untuk bekerja di bawah arahan Daven R. dan hampir menjayakan sebuah projek, tetapi ia tidak dapat dilaksanakan.

“Kemudian apabila mendapat tawaran berlakon dalam filem KL Vampires, saya rasa tidak boleh menolaknya kerana percaya dengan hasil kerjanya yang sangat membanggakan,” ujarnya.

Jelas Ilya, apa yang membuatkan dia lebih teruja apabila pihak produksi memberitahu akan membawa kareografer daripada filem The Raid Redemption untuk terbabit dalam filem berkenaan.

Ujarnya, kareografer yang dibawa seperti Donny Alamsyah dan Cecep Arif Rahman yang turut berlakon dalam KL Vampires turut membuatkan dirinya kagum dan yakin filem berkenaan akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa.

“Pada mulanya saya macam tidak percaya, namun saya kagum dengan kesungguhan pihak produksi yang mahu menghasilkan sebuah filem yang berkualiti dan memenuhi citarasa penonton,” ujarnya.

Bagi seorang lagi pelakon utamanya iaitu Josiah Hogan pula berkata, membawakan watak sebagai vampire dan membabitkan babak aksi antara faktor utama dia tertarik membintangi KL Vampires.

Ujarnya, jarang mendapat watak utama sebagai hero juga menjadi salah satu sebab, selain mahu merebut peluang yang diberikan serta mahu mencabar dirinya sebagai seorang pelakon.

“Dalam filem ini saya membawakan watak sebagai Shah, seorang ketua parajurit kepada Ratu Citra Sari yang mempunyai sejarah bercinta dengan manusia.

“Selain pernah menjalinkan percintaan dengan manusia, Shah juga berperanan untuk memastikan hubungan antara manusia dan vampires sentiasa aman,” ujarnya tentang peranan yang dibawakan dalam filem tersebut.

Mengenai cabaran sepanjang penggambaran pula, melakukan babak aksi antara yang mencabar, namun bimbingan daripada kareografer banyak membantu dirinya.

“Untuk filem ini banyak babak aksi yang membabitkan diri saya, tetapi tunjuk ajar kareografer dari Indonesia yang dibawa khas ternyata memberikan saya  banyak ilmu dan pengalaman.

“Misalnya, salah satu babak yang paling sukar adalah babak pertarungan antara saya dan Pablo Amirul yang menggunakan kabel elektrik,” jelasnya.

Filem KL Vampires akan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula pada 14 November 2019.

SINOPSIS

 

Filem KL VAMPIRES mengisahkan tentang dua kumpulan vampire yang merupakan keturunan kepada Raja Bersiong. Mereka tidak lagi menghisap darah manusia, sebaliknya menggunakan darah sintetik sebagai penggantian kepada darah.

Kerajaan vampires yang paling kuat ketika itu diketuai oleh seorang Ratu Vampire iaitu Ratu Citra Sari dan dibantu ketua komandan iaitu Shah. Manakala sebuah lagi kumpulan diketuai Argus yang merupakan anak kepada Panglima Adi Wijaya dan telah mengkhianati Raja Bersiong iaitu ayah kepada Ratu Citra Sari.

Kira-kira 200 tahun yang lalu, Raja Bersiong telah membunuh Adi Wijaya serta bala tenteranya dengan menimbus mereka di dalam tanah menerusi mantranya. Argus cuba membangkitkan semula tentera-tentera tersebut dan ia hanya dapat dilakukan dengan pisau bersiong dan mantra istimewa.

Apakah yang akan berlaku seterusnya, semua ini akan dapat disaksikan dalam filem KL Vampires yang akan menemui penonton di pawagam pada 14 NOVEMBER 2019.

 

BARISAN PELAKON

Raja Ilya                                  : Ratu Citra Sari

Josiah Hogan                          : Shah

Aeril Zafrel                             : Indera

Reen Rahim                            : Reem

Donny Alamsyah                   : Agus

Yuzz Mohd. Nor                     : Harad

Mustaqim Bahadon               : Alang

Ismi Melinda                          : Maya

Jeff Omar                                : Panglima Awang

Denes Kumar                          : Khai

Cecep Arif Rahman                : Rudi Hikayat

Pablo Amirul                          : Van Kordi

Saiful Apek                             : Caki

Wan Hanafi Su                       : Jaka Santoro

Azri Iskandar                          : En. Jamal

Godfred Orindeod                 : Vampire Jahat

Bront Palarae                         : Opening Voice Over

 

TEAM PRODUKSI

Pengarah                                : Daven. R

Penerbit                                 : Daven. R

Penerbit Eksekutif                 : Gunasegaran. S

Penerbit Bersama                  : Dato Pandayan Raja

                                                  Anand. R

Pengurus Produksi                : Yus Manja

Konsep Asal                            : Daven. R

                                                  Nazri M Anuar

Cerita Asal                              : Daven. R

Lakon Layar                            : Saiful Zaidrin & Daven. R

Penulis Skrip                          : Nazri M Anuar

Olahan Skrip                          : Saiful Zaidrin

Pengarah Sinematografi       : Jay Ganesh

Penyunting                            : Anand. R

Penerbit Penyelaras              : Noor Aszila Abas

Pengarah Muzik                     : Raja Nazrin Shah (S.O.G)

Pengarah Aksi                                    : Wong Choon Meng – Malaysia

                                                  Mus Danang (Pak E) – Indonesia

 

 

CINEMAYA STUDIOS SDN. BHD

Cinemaya Studios Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2012 yang khursus untuk terbitan produk-produk bagi siaran televisyen serta filem.

Sepanjang penubuhan syarikat berkenaan, ia telah terlibat dengan perkhimatan untuk post produksi bagi filem, program televisyen dan iklan komersial.

Sesuatu yang menariknya tentang Cinema Studio Sdn. Bhd. Apabila pada tahun lalu mereka telah menerbitkan sebuah filem bergenre seram berjudul CCTV yang ditayangkan di pawagam pada 30 Julai 2015.

Dengan menceburkan diri dalam arena penerbitan filem, misi utama mereka adalah untuk menerbitkan filem untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *