Tiga tahun setelah pertemuan terakhir pada 29 September 2023 menerusi Dewa 19: A Night At The Orchestra – Chapter 5, Dewa 19 ternyata telah meninggalkan para ‘Laskar Cinta’ mereka iaitu Baladewa dengan ‘Kangen’ yang seperti ‘Angin’. Tahun 2026, Dewa 19 siap untuk ‘Sedang Ingin Bercinta’ lalu mengisi konsert yang diberi judul Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia lewat ‘Roman Picisan’ yang sentiasa dirindu.
Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia ; begitu judul konsert yang direncana berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 6 Jun 2026. Bukan hanya penganjuran ‘Separuh Nafas’, Icon Entertainment sekali lagi memastikan Dewa 19 tidak datang ‘Kosong’. Band fenomena Indonesia yang diasaskan Ahmad Dhani akan hadir lewat Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia tanggal 6 Jun 2026 ini bersama rakan seperjuangan termasuk Andra Ramadhan, Yuke Sampurna dan Agung Yudha.
“Setelah kali terakhir melakukan konsert di Kuala Lumpur pada 2023, Dewa 19 selalu ingin kembali bertemu peminat di Malaysia.
“Malaysia, menurut Dewa 19 punya tempat yang istimewa di hati mereka. Ada cinta yang selalu tertinggal di sini sejak mereka pertama kali dapat menembus pasaran dan memiliki Baladewa sendiri di Malaysia.
“Jadi selepas perbincangan dan mencapai kata sepakat, kami menamakan konsert yang bakal berlangsung pada 6 Jun 2026 di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan nama Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia,” ujar pengasas Icon Entertainment, Iman Tang.
Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia kelak akan menampilkan tiga vokalis utama Dewa 19 iaitu Ari Lasso, Virzha dan Marcello Tahitoe atau Ello bersama Tyo Nugros.
Lebih mengujakan, Icon Entertainment tidak mahu peminat ‘Larut’ bersama Dewa 19 sahaja tetapi buat julung kali menghadirkan Padi Reborn untuk bermain satu panggung bersama Dewa 19 sebagai band jemputan istimewa.
“Pertama kali di Malaysia, lewat Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia, kami di Icon Entertainment berjaya menyatukan dua band gergasi Indonesia di atas satu panggung.
“Dengan bangga kami umumkan Dewa 19 akan ditemani penampilan khas dari sahabat seperjuangan mereka, band Padi Reborn.
“Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia bakal menjadi lokasi pertemuan Baladewa dan Sobat Padi yang menjadi sangat signifikan bahawa dua band berbeza boleh menebarkan satu perasaan, satu rasa dan cinta yang sama,” ujar Iman Tang.
Menurut Iman Tang lagi, konsep yang dibawa dalam Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia dengan Padi Reborn yang cukup terkenal dengan hit seperti Kasih Tak Sampai, Begitu Indah dan Menanti Sebuah Jawaban tidak akan bersifat extravaganza tetapi sesuai tema, Axiata Arena Bukit Jalil Kuala Lumpur pada tanggal 6 Jun 2026 kelak akan dipenuhi kasmaran yang ‘Sedang Ingin Bercinta’.
“Saya fikir konsep Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia jelas iaitu akan dipenuhi dengan cinta yang dihadirkan lewat untaian hit Dewa 19 dan Padi Reborn.
“Dewa 19 dan Padi Reborn sudah cukup mempunyai karisma dan pesona untuk menarik Baladewa serta Sobat Padi untuk hadir, menikmati cinta yang akan disampaikan dengan ‘Begitu Indah’ dalam Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia,” katanya lagi.
Menariknya juga untuk kali ini, tema pakaian amat mudah dan menunjukkan sisi sejati peminat dalam meminati serta mengidolakan kedua-dua band terkenal ini. T-SHIRT BAND ORIGINAL – ini temanya dan kalau memang Baladewa dan Baladewa sejati, kami pasti…. para peminat sudah punya koleksi T-shirt rasmi DEWA 19 mahupun Padi Reborn. Untuk TEMA BAJU kali ini, ia simple tetapi ‘PURE’: T-SHIRT BAND ORIGINAL!
Untuk itu, Baladewa dan Sobat Padi, segeralah menjadi ‘Dewi’ dan ‘Mahadewi’. Jangan sampai kecundang dalam ‘peperangan yang seperti hantu’ dan tiket mulai di jual pada Jumaat 27 Feb 2026, pada jam 11 pagi di https://www.ticket2u.com.my/Dewa19
Pastikan kategori dan harga tiket iaitu RM236 (Atas Nama Cinta), RM288 (Bala Sobat), RM388 (Pangeran Cinta), RM428 (Laskar Cinta), RM488 (Sedang Ingin Bercinta) menjadi milik anda kerana momen Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia tidak akan berlaku dua kali.
Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia pada 6 Jun 2026 bakal mencetus fenomena dan mencetak satu lagi sejarah penganjuran konsert yang membuat Axiata Arena Bukit Jalil Kuala Lumpur heboh dan gegak gempita dengan pertembungan Dewa 19 – Padi Reborn serta persahabatan Baladewa dan Sobat Padi yang akur bahawa cinta akan menyatukan semuanya.
INFOMASI KONSERT
Artis: Dewa 19 bersama Ari Lasso, Virzha, Marcello Tahitoe, Tyo Nugros
Penampilan khas: Padi Reborn
Acara: Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia
Tarikh: 6 Jun 2026
Lokasi: Axiata Arena Bukit Jalil Kuala Lumpur
Masa: 8 malam
Penganjur: Icon Entertainment
Kategori & Harga tiket: RM236 (Atas Nama Cinta), RM288 (Bala Sobat), RM388 (Pengeran Cinta), RM428 (Laskar Cinta), RM488 (Sedang Ingin Bercinta)
Pembelian tiket: Tiket mulai di jual pada Jumaat 27 Feb 2026, pada jam 11 pagi di www.ticket2u.com.my/dewa19
Rakan Strategik: Sinar FM, ERA FM, Zayan, THR Gegar, The News.com.my, Gempak, Kesion, Warisan Outdoor, Opah Strawberries, DTC Car Lifestyle

