(HIBURAN) Konsert “For You Nourul” DIJADUAL SEMULA ke 30 Mei 2026

Spread the love

Demi memberi kepuasan maksimum kepada peminat dan memastikan kualiti terbaik sebelum ‘membuka panggung’ dengan konsert sulung yang cukup bermakna sepanjang lebih tiga dekad dalam industri, Nourul mengumumkan penukaran tarikh konsert For You Nourul.

Konsert yang sebelum ini sepatutnya berlangsung pada 17 April 2026 kini dijadualkan semula ke 30 Mei 2026.

Justeru, Nourul akan bertemu dan berpesta bersama para peminatnya pada tarikh baharu yang disifatkan paling tepat oleh pihak penganjur, ND Entertainment.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kerana Terluka itu tetap optimis bahawa konsert solo ini akan mendapat sambutan hangat dan menjadi momen terindah yang telah dirancang rapi sejak sekian lama.

“Konsert ini akan menjadi satu ‘preview’ kepada fasa baru dalam perjalanan saya. Ia adalah permulaan kepada satu bab baru dengan mindset, tenaga, dan visi yang berbeza,” ujar Nourul.

“Pihak penganjur dan Nourul telah berbincang dan bersetuju untuk menjadualkan semula tarikh For You Nourul kepada 30 Mei 2026.

Pertimbangan ini dibuat berdasarkan beberapa faktor termasuk menghormati dan memberi laluan kepada dua perayaan penting umat Islam iaitu Aidilfitri serta Aidiladha.

Selain itu, kami percaya pemilihan tarikh 30 Mei 2026 sangat sesuai bagi memberi ruang kepada peminat menyusun semula bajet selepas musim perayaan. Kami mahu For You Nourul menjadi hari keraian khas untuk Nourul dan peminat dalam suasana yang lebih selesa dan meriah,”tambahnya

Sementara itu, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Binti Ab. Wahab, 49, berkata penukaran tarikh ini juga memberi kelebihan dari segi perancangan produksi dan barisan artis jemputan.

“Antara sebab tarikh For You Nourul ditukar kepada 30 Mei 2026 adalah kerana melalui proses perbincangan bagi mencapai kata sepakat untuk penyusunan semula jadual perjalanan konsert susulan penukaran penganjur lama kepada syarikat saya sendiri,” jelas Nourul.

“Hari ini merupakan satu langkah penting, bukan sahaja untuk saya sebagai seorang artis, tetapi juga untuk ND Entertainment sebagai penganjur rasmi konsert ini. ND Entertainment sebenarnya lahir daripada satu keadaan yang tidak dirancang — apabila kami perlu mengambil alih penganjuran konsert ini daripada penganjur terdahulu.

Saya juga sedar, jika saya memilih untuk membatalkan konsert ini, mungkin saya tidak akan dapat meningkatkan standard saya sebagai seorang penyanyi. Konsert ini bukan sahaja tentang persembahan, tetapi tentang pembelajaran, tentang memahami proses, dan tentang membawa sesuatu yang baru dalam perjalanan saya sebagai seorang artis dan juga seorang usahawan,” ujar Nourul

Menurut Nourul lagi, kali ini dia bukan muncul sebagai penyanyi sahaja tetapi menggalas tugasan yang besar sebagai penganjur, usahawan, isteri, kakak dan juga seorang wanita yang melalui pelbagai cabaran.

Dalam masa yang sama, Nourul melahirkan rasa terharu dan jutaan terima kasih kepada suami yang menjadi tonggak kekuatan dirinya serta pasukan ND Entertainment yang berdiri teguh di belakangnya

“Mereka telah menunggu detik ini selama hampir 15 tahun — sejak saya mengambil keputusan untuk memberi tumpuan kepada keluarga dan membina perniagaan kami dalam Herbalife,” tambahnya.

Menariknya juga, sidang media ini turut mengumumkan artis undangan istimewa iaitu Mimifly yang akan sama-sama memeriahkan malam 30 Mei itu kelak.

“Kak Nourul Depp selalu beri sokongan dan kata-kata semangat kepada saya. Bila dia kata nak buat konsert, saya sangat teruja dan gembira kerana saya membesar dengan mendengar lagu Kak Nourul.

“Kita akan berikan yang terbaik untuk peminat,” kata Mimifly sewaktu sidang media.

Memilih Eddie Slam sebagai pengarah muzik untuk konsert ini, Nourul juga menegaskan bahawa ND Entertainment akan memberikan yang terbaik dari segi penganjuran dan produksi melalui acara perdana mereka ini.

Peminat masih boleh mendapatkan tiket mengikut kategori harga yang telah ditetapkan:

RM198 – Sehati Sejiwa

RM298 – Cinta Azali

RM328 – Keliru

RM388 – Kerana Terluka

RM6,000 – VIP Box

Kesemua kategori tiket boleh dibeli menerusi laman sesawang rasmi:

👉 https://www.ticket2u.com.my/�

Nah, sekarang catat dalam kalender betul-betul!

Konsert For You Nourul akan berlangsung pada 30 Mei 2026, jam 8.00 malam bertempat di Zepp Kuala Lumpur.

Jumpa anda di sana untuk malam yang penuh emosi, nostalgia dan cinta — khas For You.

Jangan sampai ‘Keliru’ kerana anda pasti ‘terluka’ jika terlepas temu janji For You Nourul tanggal 30 Mei 2026 ini. Janji ya, kena ‘Sehati Sejiwa’ di For You Nourul nanti!

INFORMASI

Artis: Nourul

Acara: For You Nourul

Tarikh: 30 Mei 2026

Lokasi: Zepp Kuala Lumpur

Masa: 8 Malam

Penganjur: ND Entertainment

Harga tiket:  RM198 (Sehati Sejiwa), RM298 (Cinta Azali), RM328 (Keliru), RM388 (Kerana Terluka), RM6,000 (VIP Box)

Tiket: https://www.ticket2u.com.my/


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *