(HIBURAN) Lokasi Pertama NegaRAKU Tour Bermula di Kuantan Sabtu Ini!

Spread the love

Negaraku Pahang Poster BahasaKuala Lumpur , 16 Ogos – Khas buat masyarakat Malaysia yang gemarkan muzik indie, Raku sekali lagi bekerjasama dengan penghibur-penghibur indie tempatan untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan menerusi NegaRAKU Tour. Raku, yang merupakan aplikasi perkhidmatan muzik dan radio penstriman percuma di Malaysia, bakal mengegarkan seluruh Malaysia pada bulan Ogos dan September!

Berlangsung selama enam (6) minggu, NegaRAKU Tour akan mempersembahkan barisan artis indie yang tidak asing lagi dalam industri muzik indie, seperti kumpulan Monoloque, Plague of Happiness, Tres Empre, Aru & The Republic, Massacre Conspiracy dan Artefacts yang masing-masing terkenal dengan genre muzik yang berlainan seperti rock, alternatif, djent, ska-punk, Nu-Santara dan reggae.

Siri jelajah NegaRAKU Tour ini akan bermula pada 20 Ogos ini bertempat di Dewan Lipis, Grand Continental Hotel, Kuantan Pahang bermula jam 2 petang hingga 7 malam . Para peminat diseru untuk hadir menyaksikan persembahan artis kesayangan mereka kerana masuk adalah percuma dan terhad!

Seterusnya, NegaRAKU Tour akan menyambung siri jelajah mereka ke Melaka pada 27 Ogos, Sarawak (3 September), Sabah (10 September), Kuala Lumpur (17 September) dan melabuh tirainya di Johor pada 24 September dengan kerjasama Seni JB Arts Festival. Raku boleh diakses di raku.my atau muat turun aplikasi melalui Apple App Store atau kedai Google Play.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *