(HIBURAN) Mahardika : Spider x Ella x Masdo Bakal Cetak Sejarah 30 Ogos 2024

Spread the love

Tidak akan lengkap sambutan ambang Merdeka tanpa keraian kemerdekaan meski ia berbentuk hiburan. Hiburan yang dipersembahkan bukan kosong sebaliknya penuh dengan sepak terajang, perjuangan dan turun naik pemuzik dalam belantika hiburan tempatan sehingga harum nama mereka di Nusantara.

Mengambil semangat perjuangan tersebut, The Dons Group teruja membawakan konsert yang menggabungkan tiga pemuzik ternama negara menerusi sebuah konsert yang julung kali dianjurkan di Pulau Pinang.

Memperkenalkan — Mahardika bersama kumpulan legenda Spider, ratu rock negara, Ella dan kugiran dambaan generasi masa kini, Masdo yang dijadual berlangsung pada 30 Ogos 2024 di Spice Arena Penang, Pulau Pinang.

Mahardika : Spider X Ella X Masdo dipercayai akan menjadi konsert terhebat yang pernah dianjurkan The Dons Group pada tahun ini serta bakal melakar sejarah tersendiri dengan bantuan kehadiran peminat.

Bercakap tentang Mahardika, Syed Mohamad atau mesra dengan panggilan Don dari The Dons Group, memberitahu makna di sebalik pemilihan perkataan Mahardika yang menjadi medan perkongsian panggung oleh Spider, Ella dan Masdo.

“Mahardika bermaksud ‘Malam Hari Merdeka’ dan digabungkan menjadi akronim Mahardika.

“Kami di The Dons Group memang sengaja memilih nama Mahardika kerana ia dilangsungkan sesuai dengan tarikh yang dipilih iaitu 30 Ogos 2024, menuju kepada hari kemerdekaan negara yang jatuh pada setiap 31 Ogos,” ujar Don.

Don kemudian menyifatkan Spider, Ella serta Masdo sangat bertepatan untuk menjayakan Mahardika pada 30 Ogos 2024 di Spice Arena Penang kerana kredibiliti dan perjuangan mereka dalam era serta fasa muzik masing-masing.

“Kami melihat Spider, Ella dan Masdo sangat sesuai dengan tema konsert Mahardika kerana seperti yang semua sedia maklum ketiga-tiga pemuzik ini punya perjuangan dan telah melakar sejarah tersendiri sama ada dalam negara atau di Nusantara.

“Pada masa yang sama kami mahu melihat peminat dalam kalangan pelbagai usia hadir ke Mahardika melihat sendiri betapa hebatnya pemuzik tempatan yang tidak kurang dari artis luar,” ujar Don lagi.

Mengenai lokasi penganjuran di Pulau Pinang, Don memaklumkan sebagai penganjur mereka memanfaatkan segala peluang yang ada termasuk pengiktirafan di peringkat

antarabangsa untuk menarik lebih ramai pelancong khususnya Masyarakat dalam negara dan luar negara untuk bercuti ke negeri itu.

Sementara itu, Mahardika akan menjadi momen terbaik buat Spider bertemu peminat mereka selepas tiga dekad tidak mengadakan persembahan di Pulau Pinang.

“Mahardika bukan sahaja akan menjadi kesempatan terbaik buat Spider malah peminat di Pulau Pinang atau Utara bertemu serta melihat persembahan kami secara langsung selepas tiga dekad tidak membuat persembahan di sana,” ujar vokalis Spider, Tam.

Kugiran Masdo dan Ella juga berharap peminat tidak melepaskan peluang hadir ke Mahardika yang diadakan di Spice Arena Penang pada 30 Ogos 2024 kerana ini merupakan kolaborasi pertama mereka bersama Spider.

Untuk peminat, jangan sampai terlepas peluang keemasan ini.

Semak dan beli tiket bermula harga RM98 (STANDING), RM118 (SILVER ZONE), RM128 (ROCK ZONE), RM148 (PLATINUM), RM198 (GOLD), RM350 (VIP) menerusi WWW.TICKET2U.COM.

Mahardika bukan Janji Manis Masdo, mari hadir meLayar Impian bersama Ella. Itu baru Ngam Ho seperti kata Spider! Sampai jumpa di Spice Arena Penang, semua.

INFORMASI

ACARA: MAHARDIKA : SPIDER X ELLA X MASDO

ARTIS: SPIDER, ELLA, MASDO

LOKASI: SPICE ARENA PENANG, PULAU PINANG

TARIKH: 30 OGOS 2024

PENGANJUR: THE DONS GROUP

TIKET: RM98 (STANDING), RM118 (SILVER ZONE), RM128 (ROCK ZONE), RM148 (PLATINUM), RM198 (GOLD), RM350 (VIP)

PEMBELIAN: WWW.TICKET2U.COM


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *