(HIBURAN) MAN ON THE RUN – ‘Filem Dokumentari Angkat Kisah Pendedahan Skandal 1MDB’

Spread the love

 

Tidak dinafikan skandal 1MDB antara yang kejadian yang bukan sahaja menggemparkan Malaysia, malah mendapat perhatian di seluruh dunia. Ia berikutan skandal kewangan ini melibatkan seorang individu yang sedang diburu iaiyu Jho Low. Melihat kepada tumpuan terhadap skandal berkenaan, maka sebuah filem dokumentari telah dihasilkan berjudul MAN ON THE RUN (MOTR).

Pengarahnya, Cassius Michael Kim berkata, dia tertarik untuk menghasil filem dokumentari ini kerana liputan yang cukup meluas terhadap kisah 1MDB ini.

“Walapun ia mendapat liputan yang meluas, namun masih ramai lagi yang tidak tahu tentang perjalanan sebenar mengenai skandal ini dengan lebih mendalam.

“Jadi, filem ini akan memberi penerangan terhadap apa yang berlaku, terutama sekali untuk mereka yang mengikuti perkembangan kes ini,” ujarnya.

MOTR mendedahkan kisah benar yang mengejutkan tentang rasuah dan pengkhianatan yang menggegarkan kestabilan kewangan seluruh negara. Ia turut membabitkan Jho Low, seorang ahli perniagaan misteri serta playboy dengan merancang mengeksploitasi dana kekayaan Malaysia menerusi apa yang diketahui umum sebagai 1MDB.

Jho Low dipercayai menyalurkan berbilion-bilion duit ke dalam akaun bank global untuk memupuk gaya hidupnya yang mewah, termasuk pesta Hollywood dan bahkan membiayai pembikinan filem The Wolf Of Wall Street.

‘Penyelidikan’ yang dilakukan oleh Cassius Michael Kim ini membongkar rangkaian rasuah serta mendedahkan kesan mendalam skandal kewangan yang besar ini.

Menurut Cassius, antara yang menarik dalam MOTR ini apabila pihaknya dapat membuat temu bual dengan individu serta pihak yang mempunyai hubung kait dengan kisah 1MDB ini.

Bagaimanapun, dia tidak menafikan terdapat cuba cabaran apabila ada segelintir yang tidak mahu ditemu bual untuk menjayakan filem dokumentari ini atas sebab-sebab tertentu.

“Apa yang paling menarik perhatian apabila kami dapat membuat temu bual dengan individu terdekat yang dikaitkan dengan skandal ini iaitu Datuk Seri Najib sendiri.

“Sepanjang wawancara bersamanya, saya akui cukup kagum dengan keupayaannya untuk menjawab setiap soalan yang diberikan,” jelasnya.

Pada masa sama, Cassius yang juga penerbit eksekutif berharap agar MOTR dapat memberi penerangan kepada orang ramai terhadap keburukan yang berlaku kesan terhadap skandal tersebut.

“Mengenai Jho Low pula, saya juga mengharapkan agar dia akan dibawa ke muka pengadilan suatu hari nanti. Cuma mungkin ia agak sukar dan khabarnya dia kini sedang berada di Macau atau China.

“Sudah tentu saya sangat berminat untuk membuat wawancara dengannya jika saya ada peluang untuk berbuat demikian,” jelasnya.

Filem dokumentari MOTR akan ditayangkan di pawagam pada 5 OKTOBER 2023 (Singapura) dan 19 OKTOBER 2023 (Malaysia).

PRODUKSI MAN ON THE RUN

 

PENGARAH & PENULIS Cassius Michael Kim
PENERBIT   Alyse Shorland
Rhana Natour
Fabian W. Joseph
Davidian Shaw
PENERBIT EKSEKUTIF Scott Norville
Cassius Michael Kim
PENOLONG PENERBIT Birgitta Karlén
EDITOR Jon Connor
Karl Dawson
PENGARAH FOTOGRAFI Joe Simon
MUZIK ASAL Jordan Asher Cruz
PENOLONG EDITOR Rachel Sophia Stewart
  Andrew Hoffman
KESAN KHAS Jon Connor

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *