(HIBURAN) Melissa Jane Ariffin mengatasi lebih 500 penyertaan dalam kempen nyanyian Strepsils The Right Note

Spread the love

Photo 4

Selepas sebulan menyaring lebih 500 penyertaan dalam talian di www.strepsils.com.my/therightnote, Melissa Jane Ariffin  diumumkan sebagai juara pada pertandingan nyanyian Strepsils The Right Note.

Pertandingan nyanyian Strepsils The Right Note dilancarkan sempena dengan sambutan Hari Suara Sedunia pada 16 April lalu. Pentas akhir pertandingan itu diadakan di One Utama dan menyaksikan kemenangan berpihak kepada Cik Melissa Jane Ariffin  yang mengenepikan empat finalis lain menerusi persembahan lagu “Suit and Tie” by Justin Timberlake yang berjaya menambat hati panel juri yang diketuai oleh Dato’ Sheila Majid, legenda muzik Jazz Malaysia. Diacarakan oleh penyampai radio popular, Hafiz, pusingan akhir itu turut menampilkan persembahan memukau daripada duta kempen, Dato’ Sheila Majid dengan lagu-lagu malar segarnya seperti Lagenda, Sinaran, Antara Anyer dan Jakarta serta Aku Cinta Padamu. Dalam pada itu, lebih 70 peminat dan penyokong membanjiri majlis tersebut.

Melissa Jane Ariffin  membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 berserta trofi sementara empat finalis lain masing-masing menerima wang tunai RM1,000. “Saya amat gembira dan berbangga kerana dipilih sebagai pemenang pertandingan The Right Note,” kongsi Melissa Jane Ariffin  teruja. “Selama ini memang menjadi impian saya untuk bergelar penyanyi professional dan diharapkan pertandingan ini dapat menjadi bantu loncatan kepada permulaan kerjaya muzik saya!”

“Kami sangat berpuas hati dengan sambutan penyertaan dalam kempen The Right Note ini. Kempen ini telah berjaya mengetengahkan sebilangan besar bakat nyanyian di Malaysia dan kami berbesar hati kerana dapat menyediakan platform bagi mereka menonjolkan kebolehan mereka dalam bidang muzik,” ujar Cik Hina Nagarajan, Pengurus Besar RB Malaysia dan Singapura. “The Right Note merangkumkan keraian terhadap keindahan dan kehebatan suara yang sihat di sekeliling kita serta kebolehan individu untuk mengekspresikan diri mereka dalam momen-momen penting dalam kehidupan. Bersama penyanyi professional seperti Dato’ Sheila Majid yang banyak memberi bimbingan sepanjang kempen ini, kami berbangga dan teruja dengan pemilihan Melissa Jane Ariffin  sebagai juara pertandingan The Right Note. Kami mengharapkan agar kejayaan terus mengiringi karier muziknya.”

Dato’ Sheila Majid yang turut tumpang gembira atas kejayaan pemenang berkata: “Saya amat kagum dengan kebolehan vocal Melissa Jane Ariffin dan penguasaan pentas yang dipamerkan. Dia memiliki kelebihan dan karisma seperti seorang penyanyi berpengalaman ditambah pula dengan vokal yang merdu dan lunak yang tepat mengikut notasi.”

Kempen The Right Note yang bertujuan menggilap bakat nyanyian tempatan untuk diketengahkan kepada dunia itu bermula pada 16 April lalu bersama duta kempen Dato’ Sheila Majid bersempena Hari Suara Sedunia. Penyertaan dibuka sehingga 28 Mei 2014. “Saya berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada kempen The Right Note ini dan berpeluang memilih pemenang pertandingan nyanyian ini,” tambah Dato’ Sheila Majid. “Penyertaan dalam pertandingan The Right Note berjaya menonjolkan banyak suara-suara merdu di Malaysia dan betapa penting dan berharganya untuk menjaga suara.”


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *