(HIBURAN) Nusafest Presents Bawakan Rendy Pandugo Ke Malaysia

Spread the love

8 Mei 2023 – See You Someday adalah sebuah album mini dengan album lagu yang dirilis Rendy Pandugo pada tahun 2021. See You Someday adalah sebuah simbolik yang diambil daripada perkataan yang diungkapkan komposer dan pemuzik berbakat besar, Rendy, dalam setiap akhir pertemuan membuat persembahan.

Namun di tahun 2023, kata See You Someday itu akhirnya menjadi impian buat penggemarnya di Malaysia. Berterima kasih kepada siri persembahan Nusafest Presents yang membawakan penyanyi Indonesia ini mendarat seterusnya menghiburkan peminat di Malaysia, buat pertama kali.

Rendy Pandugo dijadualkan akan menghiburkan peminatnya pada 10 Jun 2023 di Gudang Space @ The Paddock, Petaling Jaya, Selangor menerusi Nusafest Presents yang diberi nama Rendy Pandugo Live in Kuala Lumpur, pukul 8.30 malam.

“Ini adalah kesempatan besar dan tidak mungkin ditolak kerana bertemu di Malaysia setelah kembara seni ini sempat istirehat kerana pandemik seperti sebuah permulaan baharu.

“Saya harus berterima kasih kepada Nusafest Presents kerana menjadikan saya pemuzik kedua yang mengisi siri persembahan sebelum festival sebenar berlangsung Julai ini.”

“Buat semua penggemar, sampai jumpa,” kata Rendy Pandugo.

Sementara itu, pihak Nusafest yang dibawakan oleh Shiraz Projects menyifatkan kesempatan membawa Rendy Pandugo ke Malaysia sebagai peluang yang baik dalam usaha membantu menyalurkan muzik-muzik segar dan boleh dikomersialkan di tanah air dengan lebih meluas.

“Kita faham Rendy Pandugo mempunyai kelompok peminatnya tersendiri, jadi menerusi Nusafest Presents kami berharap agar penggemar muzik secara amnya ikut hadir dan menikmati karya dari pemuzik berbakat besar ini,” ujar Shirazdeen Karim dari Shiraz Projects.

Rendy Pandugo sendiri bukan asing dalam kalangan peminat muzik Indonesia. Penyanyi berusia 38 tahun ini sudah mencetak namanya dalam belantika muzik sejak tahun 2012.

Namanya cukup popular jika mengingatkan betapa enaknya tembang fenomena milik Sheila On 7, Sebuah Kisah Klasik dinyanyikan dalam versinya. Malah hit Dewa 19, Lagu Cinta yang menyaksikan kolaborasi dengan rakan seperjuangan iaitu Afgan dan Isyana juga dilantunkan dengan cukup indah dalam versi mereka bertiga.

Bagi penggemar Rendy, lagu-lagu berbahasa Inggeris miliknya seperti Edge of the Heart, 7 Days, I Don’t Care dan Never Let Go (nyanyian bersama Afgan dan Isyana) juga bukan untaian asing bagi mereka.

Menariknya juga, penyanyi dengan nama Talitha akan turut diundang bagi mewarnai lagi persembahan Rendy kelak.

Jadi buat penggemar yang sudah lama menanti kehadiran Rendy Pandugo ke Malaysia, jangan sampai terlepas menyaksikan Rendy Pandugo Live in Kuala Lumpur pada 10 Jun 2023 ini.

Tiket dengan harga RM120 dan RM200 untuk sesi Meet & Greet boleh dibeli menerusi www.shirazmusic.co atau hubungi talian +6012 256 0082.

Sebelumnya, siri  Nusafest Presents membawakan pemuzik idola masa kini, Pamungkas pada 4 Mei lalu.

 

RENDY PANDUGO LIVE IN KUALA LUMPUR

Tarikh                : 10 June 2023

Venue                : Gudang Space @ The Paddock, Petaling Jaya

Harga Tiket       :  RM200 (Meet & Greet + General Admission)

                             RM120 (General Admission)

Ticketing           : www.shirazmusic.co

Telephone         : +6012 256 0082

Website             : www.shirazprojects.com

Facebook            : shirazprojects

Instagram         : shirazprojects


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *