(HIBURAN) NY Cinta supertelefilem terhebat di ASTRO FIRST

IMG_7019gmo

ASTRO FIRST berbesar hati meneruskan tayangan supertelefilem terhebat yang diterbitkan khas untuk saluran ini. Terkini Astro First Eksklusif mempersembahkan NY Cinta sebagai taruhan untuk menemui penonton dari Khamis 12 September 2013. Supertelefilem berdurasi 90 minit terbitan REGAL WAY MARKETING SDN BHD memaparkan kisah antara Mia (Liyana Jasmay), seorang penyanyi yang sedang ingin menempa nama dan Seth ( Bront Palarae) seorang rakyat Malaysia yang telah sekian lama menetap di Amerika Syarikat. Mereka bertemu secara kebetulan ketika masing-masing dalam perjalanan ke kota metropolis New York. Peristiwa demi peristiwa berlaku di sepanjang perkenalan disulami bibit-bibit romantik dan komedi, namun ada pula perselisihan yang timbul antara mereka.

ny cinta poster

Dibawah arahan Ghaz Abu Bakar dan skrip oleh Fairul Nizam Ablah. NY Cinta juga pertama kalinya mempertemukan Liyana Jasmay dan Bront Palarae sebagai teraju utama sambil disokong oleh lakonan Juliana Evans dan Tom Ward. Menggunakan 99% latar belakang kota metropolis New York, NY Cinta juga turut memperkenalkan lagu tema berjudul “ Jujur” yang dinyanyikan sendiri oleh Liyana Jasmay dimana lagu ini ciptaan sepenuhnya oleh Tilu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *