(HIBURAN) PELANCARAN LAGU FILEM “ PETTA” BERTAJUK “ ULLALA” NYANYIAN AZWAN & MU’ADZ

Sempena dengan tayangan filem akan datang, mailis pelancaran lagu (cover song) bertajuk “Ullala” daripada filem Petta. Lagu ini  dinyanyikan oleh penyanyi tempatan, Azwan & Mu’adz. Mereka yang berbangsa melayu juga pernah nenyanyikan sebuah lagu tempatan Tamil yang bertajuk “Azhagu” yang mendapat perhatian dan kepujian orang ramai. Mereka sebagai peminat besar Superstar Rajinikanth berjaya menyanyikan lagu Tamil ini dengan  jayanya.

Syarikat Malik Streams Corporation Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat hartanah, produkasi perfileman, pemiagaan import dan eksport, pengurup wang serta beberapa lagi perniagaan merupakan milikan Dato’ Abdul Malik bin Dasthigeer. Syarikat Malik Streams Corporation Sdn. Bhd telah berjaya membawa masuk beberapa filem hindi dan tamil ‘box office’ ke dalam pasaran Malaysia. Antara filem yang pernah dibawa masuk ke Malaysia ialah Dilwale,  Thangamagan, Lingaa, Pitchaikaaran, Kanithan, Goal, Their, Kabali, Miruthan ,Singam 3, Adangamaaru, Tuppaki Munai, Κ.G.F Chapter 1, Thimiru Pudichavan, Sandakozhi 2, 60 Vayathu Maaniram, Irumbuthiral, Sketch, Chennai 2 Singapore, Indrajith, VIP 2, Thupparivalan, Kadamban

Daripada semua “blockbuster film” edaran Malik Streams Corporation, filem Kabali dengan lakonan Superstar Rajinikanth mencecah kutipan yang paling tinggi sebanyak 13 juta di Malaysia.

Kini tibalah masa untuk melihat lakonan semula yang gempak oleh legenda filem Tamil, Superstar Rajinikanth dengan filem baru beliau. Superstar Rajinikanth akan kembali dengan filem terbaru bernama “Petta” pada 10hb Januari 2019. Kami dengan gembira ingin mengumumkan bahawa syarikat Malik Streams Corporation Sdn Bhd merupakan syarikat distribusi filem ini bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Kami juga ingin mengatakan bahawa, dalam sejarah negara, kami merupakan syarikat Malaysia yang pertama yang memiliki hak distribusi antarabangsa filem ini dimana tayangan filem ini di lebih daripada 22 negara antarabangsa yang mempunyai kadar peminat Rajinikanth yang begitu tinggi.

Selaku syarikat filem distribusi yang sah, Malik Streams Corporation telah bercadang dan merancang pelbagai promosi dan publisiti. Antaranya acara dan majlis promosi akan datang sempena dengan filem “Petta” adalah acara Guinness Book Of Record Attempt Largest Movie Poster on a Scaffholding di Kuala Lumpur.

Superstar Rajinikanth merupakan legenda filem Tamil yang tersohor di mata dunia, telah berlakon dalam 161 filem termasuklah filem bertajuk “Petta” yang akan dikeluarkan pada 10hb Januari 2019 di