(HIBURAN) PENGEMBARAAN ISUZU V-CROSS – PENGALAMAN 4X4 LASAK SEBENAR UNTUK INDIVIDU BIASA

Spread the love

Untitled

Pengembaraa ISUZU V-Cross – siri realiti 4X4 yang pertama di Malaysia menamatkan cabarannya baru-baru ini dan orang ramai berpeluang menyaksikan webisod siri tersebut menerusi laman YouTube bermula 4 November 2014. Siri realiti 4X4 itu memperlihatkan enam pasukan berpasangan mengharungi cabaran penuh debaran dan keseronokan di pelbagai lokasi sekitar Ulu Selim dan Teratak Riverview, Perak menggunakan ISUZU D-MAX V-Cross 3.0 yang baru – pemenang Anugerah Trak Pikap Nilai Wang Terbaik Asian Auto, sekaligus menikmati keteguhan cemerlang, ciri-ciri kecekapan minyak dan keselamatan kenderaan berkenaan. Tiga peserta pusingan akhir yang bertuah juga berpeluang bergandingan dengan Ben dan Hafiz dari FlyFM serta pelakon tempatan Diana Danielle. 

ISUZU merupakan jenama auto pertama yang menganjurkan sebuah siri realiti di Malaysia – bersempena pelancaran model ISUZU D-MAX V-Cross dan varian ISUZU D-MAX V-Cross 3.0 Safari baru-baru ini. Pengembaraan ISUZU V-Cross menerima sambutan yang memberangsangkan dengan penyertaan diterima dari seluruh negara melalui laman webnya dan siri promosi jelajah yang diadakan, di samping menerusi inisiatif pengambilan peserta FlyFM.

“Cabaran Pengembaraan ISUZU V-Cross memperlihatkan peserta meletakkan keyakinan terhadap rakan sepasukan demi menentang keazaman pesaing mereka. Pasangan tersebut – sama ada bersama rakan selebriti atau awam – juga menunjukan kesanggupan peserta untuk meletakkan kepercayaan terhadap individu yang tidak pernah mereka temui sebelum pertandingan ini berlangsung. Ia merupakan pengalaman yang mencabar dan hebat bagi setiap pasukan, di mana pengalaman tersebut menyaksikan mereka menggabungkan kemahiran pemerhatian, perancangan dan pergerakan masing-masing dengan kepercayaan terhadap rakan sepasukan, dan pada masa yang sama bergantung kepada kenderaan yang akan membawa mereka mengharungi cabaran-cabaran yang disediakan. Menggunakan model D-MAX Isuzu terbaharu – dilengkapi dengan penampilan dan aras perlindungan terkini bersama kekukuhan dan kecekapan minyak terkenal ISUZU – setiap pasukan merentasi rupa bumi lereng bukit, curam condong dan bekas laluan kenderaan di Hutan Teratak, menjadikan ekspedisi 4X4 ini benar-benar menyeronokkan,” kata Ketua Pegawai Operasi ISUZU Malaysia, Daisuke Ishida.

Pengembaraan Terunggul

Peserta pusingan akhir dibawa meninggalkan keselesaan kehidupan bandar untuk memulakan cabaran mereka – menguji kecekalan fizikal dan mental sepanjang Pengembaraan ISUZU V-Cross yang telah diadakan dari 10 hingga 13 Oktober 2014. Dalam siri realiti ini, peserta berpeluang untuk mempelajari kepentingan komunikasi antara pemandu dan pemandu ganti – untuk mengemudi kenderaan mereka dengan selamat dalam persekitaran off-road yang mencabar. Mereka juga menggunakan fungsi 4-roda kenderaan tersebut untuk mengatasi cabaran muka bumi seperti merentasi sungai, permukaan berlumpur, cerun licin dan sebagainya. Akhirnya mereka berpeluang menggunakan kemahiran memandu yang baharu dipelajari dalam cabaran ‘serangan masa’ yang memerlukan keupayaan teknikal dan kepantasan peserta.

Pemenang Pengembaraan ISUZU V-Cross, yang akan didedahkan pada episod terakhir, membawa pulang wang tunai bernilai RM20,000. Pengembaraan ISUZU V-Cross turut ditaja bersama oleh Arnold Palmer, Van Heusen dan Beverly Hills Polo Club, sementara Motor Trader merupakan majalah automotif rasmi. Minuman tenaga Red Bull telah berperanan meningkatkan tenaga peserta sepanjang berlangsungnya cabaran. Cabaran ini juga disokong Fly FM.

Ikuti aksi pengembaraan

Webisod cabaran ini boleh ditonton menerusi saluran YouTube rasmi ISUZU (http://www.youtube.com/user/IsuzuDmaxMalaysia) – yang membenarkan orang ramai mengikuti aksi cabaran ini. Webisod yang pertama daripada enam kesemuanya akan ditayangkan bermula 4 November ini. Episod terbaharu akan disediakan secara dalam talian setiap hari Selasa dan Khamis untuk tiga minggu berturut-turut. Satu rencana istimewa selama sejam juga akan ditayangkan di Bloomberg Television (Saluran Astro 519) selepas webisod terakhir ditayangkan.

Senarai Peserta Pusingan Akhir

  1. Team Ben
  2. Ben dari FlyFM
  3. Shannon Hong
  4. Fun Hunters
  5. Syukri Kariem
  6. Luqman Hakiem
  7. Team Hafiz
  8. Hafiz dari Fly FM
  9. Ivan See
  10. Turbos
  11. Thiruvaluver A/L Appudurai
  12. Vanaja Subramaniam
  13. Victorious Secret
  14. Diana Danielle
  15. Ezdiyannie Zakaria
  16. Blue Hedgehogs
  17. Donovan Ng
  18. Balvinderjit Singh

Untuk maklumat lanjut berkenaan Pengembaraan ISUZU V-Cross, sila layari:

Laman web: http://www.isuzu.net.my/vcrossadventure                                                   Facebook: https://www.facebook.com/ISUZU.DMax.Malaysia                                        Twitter: https://twitter.com/IsuzuDmaxMy                                                                     YouTube: http://www.youtube.com/user/IsuzuDmaxMalaysia

                                                                        ###

 

Mengenai Isuzu Motors Limited

Diasaskan pada tahun 1916, ISUZU Motors Limited membawa bersama sejarah pengeluar kenderaan paling panjang di Jepun dengan garis masa yang dipenuhi dengan kisah-kisah penemuan, inovasi, tanda aras kreatif, penyelidikan saintifik dan pembangunan serta kecemerlangan dalam perkhidmatan. Oleh itu ia bukan suatu kebetulan apabila ISUZU berkembang menjadi salah satu pengeluar terbesar kenderaan komersial ringan, sederhana dan berat di dunia. ISUZU juga merupakan salah satu pengeluar enjin diesel terbesar dunia, dikenali kerana ciri-ciri berkualiti tinggi, jimat bahan api dan tahan lama, serta digunakan secara meluas dalam sektor pengangkutan jalan, stesen penghasilan tenaga, pendorong marin, kereta salji di Kutub Selatan dan pelbagai jentera pembinaan di seluruh dunia.

Mengenai ISUZU Malaysia

Diperbadankan pada 6 September 2004, ISUZU Malaysia Sdn Bhd (IMSB) mengimport, memasang dan mengedar kenderaan bermotor ISUZU, serta menyediakan sokongan pasca jualan yang penuh di Malaysia. Ia merupakan hasil usahasama tiga pihak antara ISUZU Motors Asia Ltd Singapore (IMA), DRB-HICOM Bhd dan Mitsubishi Corporation, Japan (MC).


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *