(HIBURAN) ‘Ruffedge’ kembali

Spread the love

Setelah hampir 2 tahun ‘membekukan diri’ akibat PKP, kumpulan R&B terkenal  yang dianggotai Sein Qudsi, Azan Addin, Mode, Cat Farish dan Zain Hamid bakal kembali dengan album penuh 10 lagu selepas hari raya ini serta meyambung kembali  beberapa persembahan yang dibatalkan dan tertangguh sebelum ini.

Bercakap dihadapan peminat-peminat setia Kelab Sahabat Ruffedge semasa sesi berbuka puasa di Roti@D’Tandoori KL, Ruffedge sempat memperdengarkan 4 lagu dari album terbaru mereka yang bakal dilancarkan selepas hari raya ini.

Bakal mengeluarkan album penuh, Ruffedge berkata, mereka berharap kesetiaan peminat mereka selama ini terbalas setelah sekian lama menyokong dan berada dibelakang kumpulan tersebut.

Sekiranya segala perancangan berjalan dengan lancar, konsert yang sepatutnya berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) sebelum ini akan dijalankan semula pada 2 Julai 2022 dan peminat boleh membeli tiket baru selepas tarikh pelancaran penjualan tiket tersebut dimaklumkan kelak.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *