KUALA LUMPUR – Meraikan muzik dan kehidupan, S P Setia akan menganjurkan konsert Setia ‘Live Out Loud’ di Setia Ecohill, Semenyih yang dijadualkan berlangsung pada 3 September 2022 dengan barisan artis tempatan dan antarabangsa yang digemari di Malaysia.
Konsert percuma yang terbuka kepada umum ini dijangka menerima kehadiran 5,000 orang penonton di Setia EcoHill Walk, Semenyih.
“Ianya ibarat musim bunga selepas musim sejuk, saya percaya konsert ini akan memberi satu semangat baru untuk dinikmati selepas kita semua telah lama berehat disebabkan pandemik Covid-19”.
“Di Setia, kami percaya bahawa kehidupan perlu diraikan, melalui program ‘Citizen Setia’, kami berhasrat untuk mempersembahkan konsert ini kepada semua pembeli dan penduduk yang sangat dihargai,” kata Datuk Choong Kai Wai, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia.
Dihoskan oleh Baki Zainal dan Caely See, barisan artis yang akan membuat persembahan secara langsung pada malam itu terdiri daripada Datuk Zainal Abidin, Nicholas Teo, Priscilla Abby, Santesh, Hael Husaini dan kumpulan pop The15.
Konsert Setia ‘Live Out Loud’ yang akan diadakan untuk satu malam sahaja, akan berlangsung pada 3 September 2022 mulai jam 8.30 malam sehingga 11.30 malam di Setia EcoHill Walk, hab gaya hidup yang baru dibuka di Setia EcoHill, Semenyih. Konsert ini juga diadakan sempena pembukaan rasmi Pusat Membeli Belah Setia EcoHill yang dijangka pada bulan September, yang menawarkan pelbagai produk perkhidmatan seperti medan selera, tempat hiburan dan rekreasi kepada lebih 600,000 penduduk dari Semenyih, Cheras Selatan, Putrajaya, Kajang dan Bangi.
Terletak di Semenyih, Setia EcoHill adalah salah satu projek daripada siri Eco-perbandaran milik S P Setia yang telah memenangi anugerah yang menyokong gaya hidup mampan berkonsepkan kemudahan mesra alam. Pusat Membeli Belah Setia EcoHill menawarkan ruang perniagaan sehingga 3 ½ tingkat seluas 280,000 kaki persegi. Pasaraya besar Lulu, sebuah pasaraya yang terkenal di peringkat antarabangsa khususnya di Timur Tengah yang dimiliki oleh Lulu Group International telah mengesahkan menjadi penyewa utama bagi pusat membeli belah tersebut. Pusat Membeli Belah ini juga dilengkapi dengan pelbagai tawaran F&B termasuk jenama terkenal seperti The Coffee Bean & Tea Leaf, Tealive, Boost Juice, Llao Llao, Sangkaya, Secret Recipe, Sushi King, The Chicken Rice Shop, Texas Chicken, Ipoh Kacang Putih dan Kari Puff Abe Yus. Penambahan terbaru kepada penyewa Pusat Membeli Belah Setia EcoHill adalah dari rangkaian Penjual Utama Telefon Bimbit berjenama ‘Apple’ dan rangkaian runcit pakaian berjenama F.O.S.
Konsert Setia ‘Live Out Loud’ kini dibuka untuk tempahan tiket secara percuma mulai hari ini melalui https://liveoutloud.spsetia.com/ dengan pilihan berdiri bebas dan tempat duduk percuma berdasarkan kaedah siapa cepat dia dapat. Untuk infomasi dan maklumat lanjut, ikuti Setia ‘Live Out Loud’ (@setialiveoutloud) di Facebook dan Instagram.