(HIBURAN) SELAMANYA SURI CINTA – PENGORBANAN SEORANG WANITA DEMI KELUARGA,  MAMPUKAH IA DIHARGAI? 

Spread the love

Petaling Jaya, 25 Julai 2022 – Konflik antara sang suami dan isteri dalam mempertahankan serta menanggung dugaan yang dihadapi oleh keluarga tercinta. Drama bersiri terbaharu ‘Selamanya Suri Cinta’ lakonan Siti Nordiana, Sham Visa, Farahdhiya dan Fahrin Ahmad telah mula bersiaran pada 15 Julai, setiap Khamis dan Jumaat, pukul 9.30 malam di TV9. 

Drama bersiri 20 episod ini diterbitkan oleh Suhan Movies, diarahkan oleh Zamri Zakaria dan nukilan skrip daripada Azilah Wahab, Ramlah Rashid, Hasnita Hamidi dan Haslizawaty Hassan. Drama terbaharu TV9 ini menampilkan gandingan hebat pelakon tanah air iaitu Siti Nordiana, Sham Visa, Farahdhiya dan Fahrin Ahmad, turut dibintangi oleh Raja Azmi, Adriana Alyssa, Ziqri Mikhail dan Aryan Adzrin. 

Wanda (Siti Nordiana) dan Fairuz (Sham Visa) merupakan pasangan suami isteri yang berpangkat tinggi di syarikat. Mereka dikurniakan 3 orang anak iaitu Shazwani, Shazril dan Shazli. Mereka berdua mula bersaing sejak zaman persekolahan lagi. Sifat daya saing mereka berlanjutan sehinggalah ke alam perkahwinan. 

Wanda dan Fairuz bersaing untuk menjadi ibu dan bapa terbaik buat anak mereka. Namun, ia terhenti apabila mereka mula mengetahui anak bongsu Shazni menghidap Hemofilia. Wanda terpaksa mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dan melepaskan impiannya demi menjaga anak bongsu. Wanda berkorban menjadi suri rumah dan mula menghadapi pelbagai masalah dan konflik dengan anak-anaknya.

Hidupnya penuh dengan dugaan, apabila dia mendapati suaminya Fairuz mempunyai hubungan yang rapat bersama sahabat baiknya, Maisarah (Farahdhiya). Wanda cemburu dan mula rasa resah dengan keutuhan perkahwinan mereka. Dia juga berasa tidak adil kerana hanya dia sahaja yang berkorban dalam perkahwinan mereka. Hubungan Wanda dan Fairuz yang pada mulanya dipenuhi dengan kebahagiaan kini dilanda badai akibat ego dan komitmen. 

Dapatkah Wanda dan Fairuz menjalin hubungan yang baik semula? Bagaimanakah Wanda mempertahankan kebahagiaan keluarganya? Pastikan anda terus menonton Selamanya Suri Cinta, setiap Khamis dan Jumaat, pukul 9.30 malam di TV9  dan strim secara langsung di www.tonton.com.my 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia.  Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat untuk info terkini tentang drama kegemaran anda.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *