(HIBURAN) Sidang Media I-Sing Malaysia 2019 MOU Bersama KLICC & Pengumuman Ujibakat

Spread the love

Kuala Lumpur, 16 Julai 2019 – Pertandingan l-Sing World diasaskan oleh Mr Yuro dari l-Sing Management. Tujuan I-Sing World ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru dari bidang nyanyian untuk di pertandingkan di peringkat antarabangsa. l-Sing World edisi pertama diadakan pada tahun 2017 diadakan di Myanmar. Pada tahun 2018 ia beralih lokasi ke Paris, Perancis manakala pada tahun 2019 ia akan dilangsungkan di Sepanyol pada bulan November akan datang. Untuk I-Sing World 2019 sebanyak 40 negara bakal menghantar wakil mereka. 

Untuk menyertai pertandingan ini, para peseta mestilah berumur 17 tahun dan ke atas. Terdapat dua (2) kategori iaitu solo lelaki dan solo perempuanJ-Sing Malaysia 2019 merupakan tahun ketiga penganjuran dan mendapat sambutan yang hangat dari para peserta seluruh Malaysia. Pada tahun 2018, Malaysia merupakan Juara bagi l-Sing World 2018 di Perancis yang telah diwakili oleh Syafeek Ikhwan. Pertandingan l-Sing Malaysia ini diketuai oleh Mr Michael Samy dari Rhythmis Mine Studio.

Peringkat Saringan pada tahun 2019 ini bakal berlangsung pada 20 dan 21 Julai 2019 di KL Gateway Mall. KL Gateway Mall merupakan Venue Sponsor bagi I-Sing Malaysia pada tahun ini.Penyertaan peserta pada tahun ini sangat memberangsangkan dan Sudah mencecah Iebih dari 100 peserta yang bakal mencuba nasib dan menjalani peringkat saringan dan final.

I-Sing Malaysia 2019 ini juga bakal menjalinkan hubungan kerjasama dalam penganjurannya bersama KuaIa Lumpur International Chamber of Commerce (KLICC) yang diwakili oleh YBhg Dato’ Hashim Salleh yang merupakan Presiden KLICC. Jalinan kerjasama ini dibuat dengan harapan Iebih ramai Iagi pihak akan ’membuka mata’ terutama pihak Kementerian Kesenian dan Kebudayaan untuk melihat l-Sing Malaysia sebagai platform terbaik dalam pembentukan bakat-bakat baru sebagai Penghibur dan Penyanyi diperingkat Antarabangsa.

Pihak l-Sing Malaysia juga sangat mengalu-alukan semua pihak yang berminat untuk memberikan penajaan dalam pertandingan ini kerana penajaan yang diberikan akan memberikan nilai tambah yang Iebih besar terhadap penganjuran tahun ini dan membawa faedah pemasaran kepada pihak yang menaja bagi pertandingan ini. Pihak l-Sing Malaysia juga memberikan peluang seluas luasnya untuk para usahawan dan founder produk untuk membuka booth mereka dalam usaha untuk mempromosikan produk mereka dan juga memeriahkan pertandingan ini sepanjang peringkat saringan berlangsung.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *