(HIBURAN) Sidang Media Rockaway 2012

Spread the love

Pada 19 Oktober 2012 telah berlangsungnya sidang media khas bagi memperkenalkan dan sessi temu bual bersama media serta sessi bertemu peminat di Ballroom A, Double Tree Hotel. Majlis yang dikendalikan oleh pengacara Adam (quickie 8tv) berlangsung dengan meriah dan penuh gelak ketawa. Sidang media ini juga dihadiri beberapa artis utama antara ialah SOULFLY dan SET YOUR GOALS.

Konsert yang bakal berlangsung pada esok 20 Oktober 2012 (sabtu) dibawakan oleh Livescape dan bakal membariskan barisan artis luar negara dan juga artis-artis tempatan. Antara barisan artis luar negara antaranya ialah SOULFLY (US), MXPX ALL STARS (US), UNEARTH (US),  SET YOUR GOALS (US), PEE WEE GASKINS (Indonesia), PLAINSUNSET (Singapura) , manakala barisan artis-artis tempatan yang bakal mengegar pentas di Litar Antarabangsa Sepang  (SIC) antaranya ialah KOFFIN KANSERGERHANA SKA CINTAHUJAN,LOVE ME BUTCHBUNKFACEMASSACRE CONSPIRACY , I REVIVALTHE PADANGSTWILIGHT ACTIONGIRL,GO GERILAAKTA ANGKASACITIZENS OF ICE CREAMGUBAOJ LAWJOE PVJOHNNY COMES LATELYDARREN ASHLEYDIZKOPOLISSPHERECOIC dan MUCK. Konsert yang bakal berlangsung serentak dengan kejuaraan perlumbaan motorsikal dunia MOTO GP 2012 ini juga membolehkan pemegang tiket perlumbaan MOTO GP ini layak mendapat diskaun 20% keatas pembelian tiket Rockaway Festival  2012. Perkhidmatan shuttle Bas PERCUMA juga akan disediakan kepada semua pemegang tiket konsert Rockaway ini yang akan beroperasi dari KL Sentral  ke Sepang International Circuit  (SIC) dan sebaliknya. Perkhidmatan  shuttle bas ini akan memulakan perjalanan pertamanya pada jam 11 pagi pada hari berlangsungnya festival tersebut.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *