Petaling Jaya, 27 September 2024 – Grand Brilliance Studio Sdn. Bhd. dengan kerjasama Primeworks Studios selaku pengedar dan rakan pemasaran, kini tampil dengan filem terbaru, Reeza GTR, yang menggabungkan tiga genre iaitu aksi, komedi, dan romantik. Filem ini dijangka akan menggegarkan adrenalin penonton di seluruh Malaysia dan juga akan tayang di Brunei mulai 17 Oktober 2024. Filem yang mendapat tajaan daripada Goodyear Malaysia ini telah mengadakan Malam Gala Eksklusif Reeza GTR yang penuh gaya di Golden Screen Cinemas, Mid Valley Megamall. Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran barisan pelakon, kru produksi, tetamu kehormat, para media, serta peminat.
Filem ‘Reeza GTR’ mengisahkan pertemuan yang tidak dijangka bakal mengubah hidup seorang mekanik biasa. Cerita ini berkisar tentang Reeza (Alif Satar), seorang jejaka berusia 30 tahun yang bekerja di bengkel stor lelongan kereta tarik. Walaupun memiliki ijazah dalam pengurusan perniagaan, Reeza terpaksa akur dengan persaingan sengit dan peluang pekerjaan yang sangat terhad. Dengan usia yang semakin meningkat, Reeza hanya mampu mengimpikan seseorang yang akan menerima dirinya tanpa mengira status kerjayanya. Namun, kehidupannya berubah drastik apabila sebuah kereta yang ditariknya membawa satu kejutan besar! Ketika membuka bonet kereta tersebut, Reeza terkejut menemui seorang gadis cantik, Myra (Sophia Albarakbah), yang menyorok di dalamnya. Perwatakan Myra yang penuh misteri menimbulkan pelbagai persoalan di fikiran Reeza. Siapakah sebenarnya gadis bernama Myra ini?
Dr. Ahmad Idham yang terkenal dengan kepakarannya dalam menghidupkan naratif yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga memberi impak mendalam kepada penonton, dan untuk ‘Reeza GTR’, beliau berani mempertaruhkan barisan pelakon tanah air yang hebat seperti Alif Satar, Sofia Albarakbah, Noki K-Clique, Ropie, Yassin, Eizlan Yusof, Nelissa Nizam, Mas Anizan, Niezam Zaidi, Cat Farish dan Man Raja Lawak untuk membawa penonton merungkai dan membuktikan bahawa kata-kata itu adalah benar.
Filem ini menyampaikan mesej mendalam tentang takdir dan kepercayaan bahawa walaupun manusia merancang, ketentuan Tuhan mengatasi segalanya. Reeza GTR bukan sekadar sebuah filem, ia adalah sebuah perjalanan emosi yang mengingatkan kita bahawa pertemuan tidak dijangka kadangkala mampu membawa perubahan besar dalam hidup seseorang. Dr. Ahmad Idham, yang terkenal dengan kepakarannya dalam menghidupkan naratif yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga memberikan impak mendalam kepada penonton, telah mempertaruhkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Alif Satar, Sophia Albarakbah, Noki K-Clique, Ropie, Yassin, Eizlan Yusof, Nelissa Nizam, Mas Anizan, Niezam Zaidi, Cat Farish, dan Man Raja Lawak untuk menjayakan Reeza GTR dan membuktikan kebenaran mesej tersebut.
“Kami mahu Reeza GTR menjadi lebih daripada sekadar hiburan—ia adalah kisah tentang bagaimana pertemuan yang tidak diduga boleh mengubah hidup seseorang. Dengan gabungan aksi, komedi, dan romantik, kami percaya filem ini akan memberikan pengalaman emosi yang mendalam kepada penonton. Barisan pelakon hebat yang kami tampilkan, seperti Alif Satar, Sophia Albarakbah, dan Noki K-Clique, benar-benar menghidupkan watak-watak ini dengan cemerlang. Mereka bukan sahaja mempamerkan bakat lakonan yang luar biasa, tetapi juga berjaya membawa jiwa dan semangat kepada setiap adegan. Kami yakin Reeza GTR akan meninggalkan kesan positif yang berpanjangan kepada para penonton”, kata Dr. Ahmad Idham selaku Pengarah filem Reeza
Michelle Wo, Pengarah Pemasaran Goodyear Malaysia, berkongsi pandangannya mengenai kerjasama ini dengan berkata, “Kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada Reeza GTR, sebuah filem yang menghayati semangat pengembaraan, kreativiti, dan bakat. Kerjasama ini mencerminkan komitmen Goodyear untuk menyokong industri hiburan tempatan, sambil memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju dalam prestasi dan inovasi automotif. Kami amat menghargai peluang bekerjasama dengan Dr. Ahmad Idham dan Grand Brilliance Studio untuk berhubung dengan penonton kami melalui cara yang unik dan menarik. Kami benar-benar menantikan perjalanan yang mengujakan ini.”
Jangan lepaskan peluang! Saksikan Reeza GTR di pawagam berhampiran anda bermula 17 Oktober 2024. Bersiaplah untuk dibawa ke dunia penuh aksi mendebarkan dan kisah percintaan yang akan membuatkan anda tidak berganjak dari tempat duduk hingga ke babak terakhir! Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti kami di media sosial melalui Facebook, Twitter, Instagram, serta saluran YouTube Primeworks Studios