(HIBURAN)  ‘SPICE BOY’ MENDEDAHKAN PERAKUAN DIMENSI BUDAYA BARU DALAM HIP-HOP ASIA

Spread the love

30 Julai 2021, SINGAPORE – Yung Raja telah dapat mencapai banyak kemajuan. Seorang artis yang menghargai imaginasi dari sesuatu yang mustahil, Yung Raja amat menghargai tradisi tetapi masih tetap mengarahkan kepalanya ke masa depan – menggabungkan lirik bahasa Tamil dan Inggeris dengan cara yang baru dan inovatif. Penyanyi rap, yang pernah membuat penampilan dalam rancangan Jimmy Fallon untuk single terbarunya, ‘Mami’, bekerja keras untuk memenuhi cita-cita globalnya namun masih ingin mengekalkan warisan budayanya. Single barunya ‘Spice Boy’ tidak hanya memperlihatkan dua perkara itu malah ia menunjukkan bahawa warisan inilah yang mendorongnya ke peringkat yang lebih tinggi.

Dengan ‘Spice Boy’, yang dihasilkan oleh Flightsch dan RIIDEM, dia menyatakan sudah waktunya untuk menerima sepenuhnya diri kita sendiri dan semua identiti budaya pelbagai dimensi dalam hip-hop Asia. “Sejak saya kecil, saya selalu bangga dengan budaya saya – asal usul saya, bahasa ibunda saya, semua yang menjadikan saya ‘saya’,” Yung Raja bercerita. “Belajar menerima kesemua perkara tersebut dari usia yang sangat muda, adalah salah satu sebab dwibahasa diselitkan dalam seni saya. Seorang budak lelaki yang boleh bertutur dalam dua bahasa, dilahirkan di Singapura dan dibesarkan oleh ibu bapa yang berasal dari India Selatan – inilah diri saya.”

Yung Raja seorang artis hip-hop dwibahasa yang makin meningkat naik di Asia Selatan, memasuki tahun 2021 dengan ‘Mami’, di mana dia mempamerkan keindahan budaya Asia Selatan dengan berlatar belakangkan hip-hop. Hari ini, Yung Raja sekali lagi keluar dari kebiasaan budaya popular dengan single terbaharu Tamil-Inggeris ‘Spice Boy’, satu penerokaan di mana budaya Asia Selatan diselitkan secara suka-suka dengan budaya hip-hop Barat, semuanya disatukan oleh permainan kata dwibahasa yang radikal, dan dikukuhkan oleh penghasilan ‘trap’ yang hebat.

“Saya masih ingat ketika pertama kali saya mengenali muzik hip-hop ketika berumur 10 tahun dan bagaimana ia meninggalkan kesan pertama dan paling kuat secara kreatif dalam diri saya. Itu adalah titik awal identiti dan suara saya bersatu dengan budaya hip-hop,” jelas rapper dwibahasa itu.

Flightsch dan RIIDEM adalah pencipta yang selayaknya untuk lagu ini. Bersama-sama, mereka mencipta rentak rancak yang mencerminkan percanggahan budaya rapper tersebut, dan juga menambah ‘perisa’ bagi lagu terbaru ini. “Untuk single kelima saya, FlightSch, RIIDEM dan saya bersama-sama mencipta bunyi yang saya biasa: aneh, luar  biasa dan bertenaga,” kata Yung Raja.

Bukan pengembaraan Yung Raja namanya tanpa video muzik yang memenuhi semua jangkaan, tidak lupa juga penuh dengan ‘mad vibes’ yang hanya dapat ditingkatkan oleh Vadbibes, atau pengarah dan rakan kerjasama lama Jasper Tan. Video sinematik selama tiga minit ini menggabungkan aksi gila-gila, rambut palsu keriting, kostum angin sumo dan gambar ‘closeups’ yang menjengkelkan – semuanya dirakam indah dengan kepakaran Tan. Kelucuan ditonjolkan pada lokasi yang luar biasa yang kelihatan seperti Hollywood, tetapi Yung Raja mencuri perhatian dengan menerapkan gaya kasar Rajnikanth. Tayangan perdana video muzik adalah pada malam ini jam 9 malam.

‘Spice Boy’ kini boleh didapati di semua platform striming.  Video Muzik Rasmi akan dilancarkan pada jam 9 malam ini di saluran YouTube Yung Raja.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *