(HIBURAN) Teater Dalam Gelanggang Futsal. Budak Bola : Sorak! Mengangkat Isu Semasa Bola Sepak Tempatan.

Spread the love

BUDAK BOLA A5 (10.5 x 14.8 cm) (14.8 x 21 cm) – 1

KUALA LUMPUR, [6 April 2026] – Sebuah pementasan teater jalanan yang berlangsung di gelanggang futsal Flat Puchong Permai bakal dipersembahkan menerusi Budak Bola: Sorak!, sebuah karya yang mengangkat realiti kehidupan anak muda dan dunia bola sepak jalanan.

Teater yang diadaptasi dari dunia filem Budak Bola ini mengisahkan Budi, seorang remaja berusia 16 tahun yang berbakat dalam bola sepak dan menyimpan impian untuk keluar daripada kehidupan sempit yang membelenggu dirinya sejak kecil. Namun, apabila peluang untuk mengubah nasib tidak kesampaian, Budi mula terpengaruh dengan dunia perjudian yang dikawal oleh seorang bookie tempatan, mengubah arah hidupnya sedikit demi sedikit.

Berbeza dengan pementasan konvensional, Budak Bola: Sorak! tidak berlangsung di dalam panggung teater, tetapi dipentaskan sepenuhnya di gelanggang futsal sebenar di kawasan perumahan flat. Pendekatan ini membawa penonton terus ke dalam dunia cerita dikelilingi sorakan, gendang dan pergerakan pemain yang berlaku secara langsung di hadapan mereka.

Pendekatan ini bukan sekadar eksperimen ruang, tetapi satu usaha untuk membawa teater kembali kepada masyarakat di tempat di mana cerita ini benar-benar berlaku.

“Kami mahu membawa cerita ini kembali ke komuniti. Penonton bukan sekadar melihat, tetapi berada dalam dunia yang sama,” kata pengarah, Syafiq Syazim.

Pementasan ini diarahkan oleh Syafiq Syazim, seorang pengarah teater yang dikenali dengan pendekatan kontemporari dan eksperimental. Karya ini ditulis oleh Zaidy Zainudin (Penaputeh), seorang penulis skrip dan penerbit televisyen yang banyak mengangkat realiti masyarakat dalam karyanya.

Watak utama Budi dibawakan oleh Merah Muhaimin, seorang pelakon remaja yang sedang meningkat naik di skrin dan juga pentas. Beliau juga pernah muncul dalam filem Abah Saya Uncle Mike serta beberapa produksi televisyen tempatan.

Budak Bola: Sorak! akan dipentaskan pada 18 dan 19 April 2026, jam 8.30 malam di Gelanggang Futsal, Flat Puchong Permai, Selangor. Tiket dijual pada harga RM50 (biasa), RM25 (pelajar, warga emas & OKU) serta pakej korporat RM1,000 (20 tiket).

Orang ramai dijemput hadir untuk merasai pengalaman menonton teater yang berbeza,  lebih dekat, secara langsung di dalam sebuah gelanggang futsal yang mengangkat kisah sukan kesukaan rakyat Malaysia serta cerminan realiti kehidupan komuniti flat.

Sinopis

Di sebuah gelanggang futsal flat, Budi, remaja 16 tahun yang berbakat, bermain bola dengan harapan untuk keluar dari kehidupan sempit yang dia kenal sejak kecil.

Namun, apabila impiannya untuk mewakili sekolah gagal, dia mula terpengaruh dengan Zul  seorang bookie yang mengawal perlawanan dan menjadikan bola sepak sebagai sumber keuntungan.

Budi mula menang, dihormati dan diberi kuasa. Tetapi semakin jauh dia melangkah, semakin kabur tujuan asalnya bermain.

Apabila kepercayaan bertukar menjadi pengkhianatan, satu perlawanan besar menjadi penentu bukan sahaja tentang kemenangan, tetapi tentang harga diri.

Tarikh, Masa & Tempat

18/4 (Sabtu) 8:30 malam

19/4 (Ahad) 8:30 malam

Gelanggang Futsal, Flat Puchong Permai, Selangor

Tiket

RM50 – Normal

RM25 – Pelajar, Warga Emas & OKU RM 1,000 – Korporat (20 tiket)

https://www.cloudjoi.com/shows/5312-budak-bola-sorak


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *