(HIBURAN) THE LORD MUSANG KING – gabungan produksi Malaysia dan Korea Selatan

Spread the love

KUALA LUMPUR : 19 DISEMBER 2023 – Selepas menjalani 21 hari Penggambaraan filem yang mengangkat usahasama antara industri perfileman tempatan bersama gergasi filem Asia iaitu Korea Selatan, filem berjudul THE LORD MUSANG KING akhirnya bakal menemui pencinta filem tempatan yang akan ditayangkan diseluruh pawagam tanahair mulai 21 Disember ini.

Pada Majlis Malam Gala, Tayangan Perdana Filem The Lord Musang King yang diadakan di GCS LALAPORT hari ini, ia bertujuan meraikan kejayaan kolaborasi pertama Malaysia dan Korea Selatan disamping menghargai sokongan seluruh industri perfileman tempatan untuk membawa lebih banyak lagi filem tempatan ke peringkat lebih tinggi.

Meskipun The Lord Musang King merupakan filem sulung terbitan HUNDRED YEARS POPCORN PRODUCTION SDN BHD yang dimiliki oleh Penerbit Muzik Veteran, Ong Peng Chu, namun pengalamannya selama 38 tahun dalam industri Muzik tempatan dan antarabangsa memberi keyakinan tinggi baginya untuk menceburi dunia perfileman yang dirasakan satu bidang yang seiring.

Filem Malaysia pertama arahan Pengarah dari Korea Selatan, Lee Moon Ho yang sebelum ink, terkenal dengan filem arahannya seperti My Way dan Underground Dragon King, berharap dapat diterima oleh pencinta filem negara ini sekaligus memberi sokongan dengan menontonnya dipawagam seluruh negara.

Filem ini juga mendapat sokongan daripada KEMENTERIAN KOMUNIKAS! DAN DIGITAL (KKD) melalui PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) menerusi DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD).

Filem yang menggunakan tiga bahasa iaitu Malaysia, Korea dan Inggeris ini mengangkat kisah Haikal, anak pekebun durian Musang King yang berjaya, namun diperdaya dan dipenjarakan. Demi menyelamatkan Haikal, bapanya, Samad membuat perjanjian dengan syarikat perdagangan antarabangsa untuk membebaskan anaknya. Namun, Samad dibunuh ‘taikun’ Korea Selatan ketika cuba membebaskan anaknya. Selepas menyedari kejadian sebenar, Haikal tampil menuntut bela atas kematian bapanya. Haikal berjaya menemui musuh dan pembunuh bapanya dengan bantuan rakan-rakannya dan akhirnya bekerjasama dengan pihak polis untuk membawa dalang pembunuhan ke muka pengadilan.

The Lord Musang King dibarisi dengan pelakon pelakon seperti Yusuf Bahrin, Fimie Don, Harissa Adtynn, Jay iswazir, Azri Sabri , Eddie Chow yang juga merupakan penerbit filem ini dan pelakon hebat Korea Selatan iaitu Kwak Donghyuk dan Kim Boyeon.

HUNDRED YEARS POPCORN PRODUCTION SDN BHD juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua media cetak, media elektronik, bloggers dan influencer termasuk mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan filem ini. Filem “The Lord Musang King” akan disiarkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 21 Disember 2023.

FACT SHEET

Terbitan :   Hundred Years Popcorn Production Pengedar: Metrowealth (MiG)

Penerbit:   Eddie Chow

Penerbit Eksekutif:   Ong Peng Chu

Pengarah:   Lee Moon Ho (Korea Selatan)

Judul:   The Lord Musang King

Genre:   Aksi

Pelakon Malaysia:   Yusuf Bahrin, Fimie Don, Harissa Adlynn, Eddie Chow, Jay Iswazir, Azri Sabri dan ramai lagi.

Pelakon Korea:   Kwak Donghyuk dan Kim Boyeon.

Tempoh Penggambaraan:   21 hari

Jumlah Pawagan:   71

Lokasi Penggambaraan:   Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang

Tarikh Tayangan:   21 Disember 2023


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *