(HIBURAN) Thousands Of Years Media (ToYm) tawar hadiah bernilai RM495,000 untuk tiga pertandingan merangkumi penulisan skrip, pencarian bakat dan drama mikro

Spread the love

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2025 –  Bagi mencetus dan meraikan kreativiti, Thousands Of Years Media (ToYm) melancarkan bukan saja satu, tetapi tiga pertandingan menarik iaitu ToYm Microseries – Pertandingan Penulisan Skrip; Pertandingan Bintang Idol ToYm dan Pertandingan Microseries Terbaik ToYm yang menyediakan platform untuk penggiat seni dan penghibur yang bercita-cita tinggi untuk mempamerkan bakat mereka. 

Menerusi Pertandingan Penulisan Skrip ToYm Microseries, penganjur sedang mencari skrip asli 30 episod mengenai apa-apa tema dengan tempoh tayangan selama dua minit setiap satu.

Selain peluang untuk mengembangkan skrip mereka diterbitkan, pemenang juga bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan RM20,000 untuk tempat pertama dan kedua, manakala RM5,000 untuk hadiah sagu hati. Penyertaan diterima sehingga 4 Mei ini, diikuti dengan pengumuman finalis pada 23 Mei dan majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada 15 Jun tahun ini.

Pertandingan Bintang Idola ToYm Shining Star yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM220,000 ialah platform untuk mereka yang berusia 18 hingga 30 tahun mempamerkan bakat dalam persembahan dan banyak lagi.

Sila daftar secara dalam talian sebelum 8 April ini dan sesi uji bakat akan berlangsung pada 12 dan 13 April. Mereka yang lulus akan menjalani latihan secara berkumpulan lelaki dan wanita dari 19 hingga 24 April sebelum membuat penampilan sulung pada Mei nanti. Pemenang berpeluang meraih hadiah wang tunai, kontrak bakat dan trofi edisi terhad.

Bagi menambah elemen menarik, Pertandingan Drama Mikro Terbaik ToYm menawarkan hadiah wang tunai RM100,000 dan RM50,000 sebagai tambahan kepada lima hadiah RM10,000 untuk tujuh drama mikro 10 episod pelbagai tema yang berdurasi antara satu hingga dua minit setiap satu.

Penuhi setiap kriteria dan hantar penyertaan anda mulai 28 Mac hingga 15 Mei ini. Keputusan tujuh yang terbaik akan diketahui pada 30 Mei ini sebelum ke majlis anugerah pada 15 Jun tahun ini.

Dengan tiga acara utama ini, ToYm sudah mengumpulkan pesta kreativiti yang bertujuan untuk memacu pertumbuhan industri budaya dan kreatif, menggalakkan pencipta untuk memecahkan norma dalam mengejar impian artistik mereka.

Dalam tempoh pertandingan ini, ia mendapat perhatian dan penyertaan meluas daripada pelbagai pihak, menjana tahap jangkaan yang tinggi bersama dengan inspirasi dan kejutan yang tidak terhingga.

Komited untuk menjadi mercu tanda budaya kreatif global, ToYm berusaha untuk menghimpunkan karya paling kreatif dan bakat baru yang muncul setiap tahun, menawarkan pelbagai format pertandingan dan platform untuk memupuk pertumbuhan sambil memberi inspirasi kepada pencipta untuk menghidupkan impian mereka.

Layari ToYm di Facebook di www.facebook.com/ThousandsOfYearsMedia dan Instagram di www.instagram.com/thousandsofyearsmedia atau hantarkan emel ke contest@thousandsofyearsmedia.com untuk maklumat lanjut mengenai garis panduan penghantaran dan maklumat lain.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *