(HIBURAN) TOMBIRU – FILEM ADAPTASI KARYA NOVELIS THRILLER NO 1 MALAYSIA SEDIA BERAKSI DI LAYAR PERAK BERMULA 12 OKTOBER 2017

Spread the love

Kuala Lumpur, 26 September 2017- Dari Kegelapan, Bangkitnya Penunggu Rimba.. Penantian buat kaki wayang serta peminat karya Tombiruo untuk menyaksikan filem adaptasi karya novelis thriller nombor satu di Malaysia, Ramiee Awang Murshid di layar perak kini berakhir.

Filem ini akan berada di pawangan seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura pasti  memberi cabaran buat pihak pihak yang terlibat dalam menjayakan filem ini. Tambahan pula ini merupakan julung kalinya melibatkan kerjasama dari empat penerbit, Astro Shaw, Ideate Media dan Grup Buku Karangkraf dan Layar  Sunan.

Filem yang telah menelan belanja sebanyak RM6 juta untuk kos produksi serta mendapat bantuan dana daripada pihak FINAS, Content Malaysia Pitching Center Production Grand Finas ini telah mendapat sentuhan dari pengarah yang mahir dalam bidang kesan visual dan aksi laitu Seth Larney. Meskipun nama beliau masih baru dalam industri perfileman tanah air, namun pengalaman beliau dalam dunia penggambaran tidak dapat disangkal. Sebelum ini beliau pernah terlibat dalam filem seperti The Matrix Reloaded, The Matrix Revolutions, Star Wars: Revenge of the Sith, X-Men Origins: Wolverine, Superman Returns dan The Chronicles of Narnia: Voyage of the Dawn Treader. Mengukuhkan lagi penghasilan filem ini, Nasir Jani dipertanggungjawabkan sebagai Pengarah Bersekutu yang memberi tumpuan kepada mutu lakonan barisan pelakon dan menjaga sentimen tempatan serta memastikan skrip dapat diterjemah ke visual dengan sempurna

Sementara itu, skrip filem Tombiruo pula dihasilikan oleh gabungan kerjasama Yasmin Yaacob dan Choong Chi-Ren dan input kreatif dari Ramlee Awang Murshid. Ringkasnya, skrip dicipta untuk setiap watak bagi menjelaskan tema filem. Lantas, bintang -bintang terkemuka tanah air seperti Zul Ariffin, Farid Kamil Nabila Huda, Faizal Hussein, Farah Ahmad, Artu, Hasnul Rahmat, Michael Chen, Dato’ M Nasir, Datin Marlia Musa, Faye Khusyairi, Dynas Mokhtar dan adik Muhammad Al-Rayyan telah memikul tanggungjawab untuk menggerakkan watak-watak yang dilhamkan.

Bagi menghasilkan sebuah filem yang menjanjikan kelainan dan berkualiti, karya ini juga telah menggunakan khidmat nama-nama besar dalam bidang di belakang lensa bagi menjayakannya. Pemenang anugerah Sinematografi Terbaik di Festival Filem ke-20 menerusi filem ‘Puaka Tebing Biru’ dan Operator Terbaik untuk filem ‘Anak Halal’ di Anugerah PROFIMA, Khalid Zakaria dipertanggungjawabkan sebagai Pengarah Fotografi bagi menekankan pelbagai aspek artistik serta konsep sinematografi. Selain itu penyelaras Skrip untuk filem ini iaitu Lim Khai Sim juga tidak kurang hebat pengalamannya apabila sering terlibat dalam produksi filem dan televisyen di Amerika Syarikat dan Hong Kong.

Ketua Pegawai Eksekutif Ideate Media, Zainir Aminullah, Ketua Pegawai Eksekutif Ideate Media, menegaskan bahawa pihaknya berasa teruja serta dalam masa yang sama turut rasa gentar untuk menerima reaksi penonton terhadap filem ini. “Kualiti pembikinan filem ini menjadi objektif utama kami.

Kami telah berusaha memastikan filem ini mampu menawarkan pembaharuan dari segi penceritaan dan lakon layar. Selain itu, elemen seperti visual menarik dari negeri Sabah serta dialek Kadazan-Dusun yang dipersembahkan di dalam filem juga mampu mencerminkan identiti yang kuat sebagai sebuah filem Malaysia, apatah lagi apabila Tombiruo : Penunggu Rimba diedarkan di pasaran antarabangsa kelak.

Menerusi kesemua elemen ini, kami berharap ia dapat memberi nafas baru dan tahap kepuasan yang tinggi kepada peminat filem tanah air”

Eksekutif Produser Layar Sunan dan Penulis novel Tombirua: Penunggu Rimba, Ramlee Awang Murshid memberitahu bahawa, “Novel ini telah diterbitkan pada tahun 1998. Pada 2008 plhak Lavar Sunan memutuskan untuk menjadi naskah ini menjadi sebuah filem dengan permulaan  usaha mencari dana bukan sedikit untuk mengangkat novel ini sebagai sebuah filem. .

Alhamdulilah, pada tahun 2017, Cuma tidak keseluruhan naskah ini dimuatkan dalam filem memandangkan perbezaan filem agak terhad. Manakala novel merupakan sebuah empayar vang luas, yang puas dijelajahi oleh para pembaca. Bagaimana pun teras naskah tersebut masih medium. Disamping itu, durasi sesebuah dipertahankan dengan beberapa penambahan fiksyen.

Menurut Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar berkata filem ini sesuai ditonton oleh semua genap lapisan penonton kerana ia menekankan elemen yang berteraskan kekuatan hubungan kekeluargaan, permainan emosi dan pengorbanan yang pasti mampu menggolak hati penonton. “Kami berharap karya yang berkualiti setaraf dengan produksi antarabangsa ini dapat diterima oleh penonton kerana novel Tombiruo: Penunggu Rimba itu sendiri merupakan sebuah karya yang hebat serta membawa pemikiran besar dan subteks atau wacana yang melampaui ceritanya. Malah, saya bersama semua pihak yang terlibat dalam filem ini juga telah memberikan komitmen sepenuhnya dalam usaha untuk menjayakan serta membawa karya ini di tahap yang lebih tinggi. Jadi, kami turut mengharapkan usaha ini mampu membangkitkan lagi penerimaan penonton terhadap Tombiruo: Penunggu Rimba.”

Manakala Penerbit Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Puan Firdaus Hussamuddin menjelaskan bahawa ini adalah kali pertama kami terlibat dalam menerbitkan filem. “Sebagai salah satu penerbit buku tempatan terbesar di Malaysia, kami menyediakan platform secara maksimum untuk mempromosikan filem ini dalam media sosial Grup Buku Karangkraf dan Alaf 21 serta akhbar Sinar Harian, Sinar TV dan juga semua majalah terbitan Kumpulan Media Karangkraf sama ada dalam versi cetak mahupun digital.  Untuk jumlah followers Facebook semua aset dibawah kumpulan media karangkraf termasuk Sinar Harian, Grup Majalah dan Grup Buku adalah sekitar 11 juta.”

Novel Tombiruo: Penunggu Rimba terbitan Grup Buku Karangkraf telah diterbitkan pada tahun 1998 dan atas permintaan tinggi dari pembaca, karya agung ini telah diulang cetak sebanyak 18 kali. Malah, terbaru khas buat peminat, novel ini diterbitan sekali lagi eksklusif sempena filem. Istimewanya, cetakan kali ini diselitkan dengan gambar dari babak-babak dalam filem.

Apabila sesebuah novel diadaptasi ke filem, maka la adalah sebuah karya baru yang menuntut baru. Meskipun iaitu tentang Ejlm digelar sebagai Tombiruo kerana dianggap sebagal penunggu rimba Lelaki yang sentiasa bertopeng inl disisihkan aleh penduduk kerana memliliki wajah bukan manusia Apabila satu insiden yang  tragis berlaku pada Tombiruo, ia telah menimbulkan kermarahannya dan dendam. Sementara itu, Amiruddin menganggap Tombiruo sebagai punca keperitan hidup keluarganya dan mula menjejaknya

Pergelutan diantara mereka berlaku demi menegakkan kebenaran masing masing Pemikiran begitu, filem ini masih mengekalkan idea dan jalan cerita asal yang digarap dalam novel. Di samping itu, bagi memberikan mood kepada keseluruhan perjalanan cerita, lagu tema yang bersesualan juga memainkan peranan sebagai pelengkap kepada sesebuah karya yang dilahirkan terutamanya di saat peralihan babak-babak penting. Menyedari akan hakikat tersebut, sebuah lagu runut bunyi dihasilkan khas untuk Tombiruo. Lagu berjudul Ribut Hati ini dinyanyikan oleh penyanyi muda berbakat besar, Aina Abdul dan lirik oleh Raymund Wee, Komposer oleh Gabriel Lynch, Penerbit oleh Paul Morrison serta disokong dengan Orkestra oleh Jon Brooks

Filem Tombiruo ini turut mendapat tajaan daripada Lembaga Pelancongan Sabah (Sabah Tourism Board), Cycle & Carriage dan syarikat kosmetik jenama MAC. Manakala, Alaf 21 di bawah naungan Grup Buku Karangkraf tampil selaku penerbit novel Tombiruo.

Nantikan filem Tombiruo yang akan menemui para penonton melalui pawagam di seluruh negara, mulai 12 Oktober 2017.

Layari laman sesawang www.tombiruomovie.com serta laman sosial Facebook, Twitter

Instagram serta Youtube Astro Shaw dan Astro Gempak untuk berita dan informasi terkini.

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *