(HIBURAN) Tune Hotels anggap penajaan ‘Sleeq & Friends’ satu usaha dekati remaja

GRP_8782

Drama muzikal terbaru terbitan Excellent Pictures ‘Sleeq & Friends’ yang dibintangi duo hip-hop popular dari Singapura, Alif Abdullah (Alyph Sleeq) dan Ahmad Syarifullah (Syarif Sleeq) akan menemui penonton di seluruh negara apabila ia mula ditayangkan menerusi saluran TVi RTM (Astro 180) bermula Jumaat ini 24 Januari jam 9 malam.

 sleeqq

Drama muzikal 30 minit bersiri 13 episod itu mengisahkan perjuangan pahit-manis dua anak muda bersepupu kelahiran Kota Singa, Alyph dan Syarif, sejak dari mula penubuhan kumpulan Sleeq sehinggalah kejayaan mereka mencipta nama dan bertapak di Malaysia seperti hari ini.

‘Sleeq & Friends’ diarahkan oleh Khalid Nadzri dan turut dibintangi artis-artis remaja dan senior seperti Puteri Chichi, Mimie Haris, Naque, Qazem Nor, Ayda Jebat, Arash Mohd, Zack Kool dan Emma Akma.

Sementara itu, bagi rangkaian hotel antarabangsa Tune Hotels, penglibatannya sebagai penaja penginapan untuk siri muzikal tersebut adalah sebahagian daripada usaha untuk terus mendekati golongan muda dan remaja di negara ini.

Menurut Ketua Eksekutif Kumpulan Tune Hotels, Mark Lankester: “Kami amat sukacita dapat bekerjasama dengan Excellent Pictures dan kumpulan Sleeq untuk drama muzikal bersiri ‘Sleeq & Friends’ ini. Melaluinya kami ingin menonjolkan Tune Hotels sebagai jenama penginapan penginapan kegemaran dan pilihan rakyat Malaysia.”

Acara pelancaran dan pratonton siri drama muzikal ‘Sleeq & Friends’ telah diadakan di Tune Hotel Downtown Kuala Lumpur di ibu negara hari ini. Selain kumpulan Sleeq, ia turut dihadiri Pengurus Negara bagi Malaysia Tune Hotels Kishore Suppiah serta pengarah ‘Sleeq & Friends’ Khalid Nadzri.

Teman-teman Sleeq yang turut berlakon dalam siri tersebut turut hadir memberikan sokongan.

Kumpulan Sleeq yang ditubuhkan pada tahun 2005 telah diasaskan oleh sepupu bersaudara Alyph dan Syarif. Sleeq telah melancarkan album EP bertajuk ‘In the Q’ pada tahun 2007.

Pada 2009 Sleeq telah mengeluarkan album penuh mereka berjudul Classiq yang mengandungi 13 lagu termasuk 12 lagu ciptaan mereka sendiri. Sebelum album ini dipasarkan lagi telah banyak lagu-lagunya mendapat tempat di corong radio, antaranya Pilihan Aku, Cun Saja, Sembunyi dan Moviestar.

Setelah menempuhi pelbagai pengalaman pahit-manis dan jatuh-bangun selama lapan tahun dalam industri muzik, Sleeq yang kini bernaung bawah Aaron Aziz Productions telah membuat keputusan untuk menetap di Malaysia sejak tahun lepas demi mengembang dan mengukuhkan lagi karier muzik mereka.

Tune Hotels merupakan peneraju konsep penginapan pakai-bayar yang kini amat popular dalam kalangan pelancong dan pelawat di seluruh dunia. Menerusi konsep ini, tamu hanya membayar kadar asas untuk bilik dan boleh memilih perkhidmatan yang diperlukan sahaja seperti pendingin hawa, tuala, internet dan televisyen. Dengan itu tamu bukan sahaja dapat menjimatkan belanja malah mengurangkan pembaziran dan menyelamatkan alam sekitar.

Tune Hotels menyediakan penginapan berkualiti tinggi dan bertaraf antarabangsa dengan fokus terhadap keperluan-keperluan utama tanpa kemudahan-kemudahan yang jarang digunakan oleh tamu seperti kolam renang, fasiliti korporat dan gimnasium. Tanpa kemudahan yang mahal dan memerlukan penyelenggaraan teliti ini, Tune Hotels dapat membuat penjimatan dan seterusnya berkongsi dengan pengguna dengan menawarkan kadar-kadar istimewa.

Tune Hotels adalah sebahagian daripada Tune Group, konglomerat perniagaan gaya hidup yang diasaskan bersama oleh Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun yang masing-masing merupakan CEO Kumpulan dan Pengerusi Eksekutif AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia.

Untuk maklumat dan promosi terkini, tamu boleh terus berhubung dangan Tune Hotels melalui Facebook di www.facebook.com/tunehotels dan Twitter di www.twitter.com/tunehotels.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, lawati www.tunehotels.com.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *