(HIBURAN) Watsons Malaysia dan Warner Music Malaysia Menghidupkan Kembali Stadium Merdeka dengan “Futureland” Festival

Spread the love

KUALA LUMPUR, 3 Oktober 2024 – Warner Music Malaysia bakal menyemarakkan lembaran baharu dalam persembahan muzik di lokasi ikonik, Stadium Merdeka sebagai lokasi konsert “Futureland” Festival yang akan berlangsung pada 23 November tahun ini.

Ia mendapat kerjasama daripada peneraju peruncit produk penjagaan kesihatan dan kecantikan, Watsons Malaysia sebagai penaja utama yang turut meraikan ulang tahun ke-30 mereka di negara ini. Program sehari ini turut menampilkan persembahan penyanyi dan kumpulan muzik paling hangat dan berbakat besar tanah air.

Dalam sidang media hari ini, Timbalan Menteri Komunikasi Malaysia, Teo Nie Ching turut hadir bagi menunjukkan sokongannya terhadap “Futureland” Festival yang akan berlangsung nanti.

“Futureland” Festival meraikan masa depan muzik Malaysia dengan mengetengahkan kreativiti dalam kalangan artis tempatan dan menyediakan platform untuk mereka menyinar serta mendekati peminat. Festival ini akan menampilkan artis popular dan berbakat besar seperti Hujan, Bunkface, Kugiran Masdo, Aina Abdul, Ayda Jebat, Syamel, Tuju, Zynakal, Fimie Don, Amsyar Lee, Rizal Rasid, Empty Page, Fugo dan ramai lagi.

Selain persembahan muzik, ia akan menampilkan Watsons Glow Up Zone, termasuk pelbagai bidang kecantikan dan kesihatan daripada Watsons Malaysia.

Pengunjung juga boleh mendapatkan hadiah percuma, sampel barangan dan pengalaman interaktif yang menarik. Untuk menambahkan lagi keseronokan, ia dimeriahkan dengan , ‘pop-up stores’, lukisan grafiti dan banyak lagi.

Stadium Merdeka yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur sudah menjadi saksi penting dalam sejarah tanah air, termasuk sebagai lokasi Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mengisytiharkan kemerdekaan tanah air.

Lokasi ikonik ini juga pernah menjadi lokasi persembahan ramai bintang antarabangsa dan serantau sekali gus menyemarakkan lagi landskap muzik Malaysia. Selepas menjalani proses pembaikan yang teliti dan peningkatan kemudahan sambil mengekalkan daya tarikan sejarahnya pada April 2019, Stadium Merdeka membuka semula pintunya kepada orang ramai pada 17 Ogos lalu.

Dengan kekayaan warisan dan infrastruktur yang dikukuhkan semula, ia menjanjikan satu lokasi yang sempurna untuk konsert di “Futureland” Festival nanti yang tidak akan dilupakan.

Pengarah Urusan Warner Music Malaysia & Singapura, Dinesh Ratnam berkata, pihaknya cukup teruja untuk melancarkan “Futureland” Festival sejajar dengan komitmen mereka untuk industri muzik tanah air.

“Kami amat berbangga dapat menganjurkan acara muzik pertama di lokasi bersejarah ini selepas ia menjalani proses pengubahsuaian. Ia menawarkan pengalaman muzik yang unik dalam menghormati sejarah kita sambil membuka jalan untuk masa depan muzik Malaysia.

“Kami juga gembira dapat bekerjasama dengan Watsons Malaysia. Ia bukan saja meningkatkan keupayaan kami untuk menyampaikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi pencinta muzik, tetapi juga mencerminkan komitmen Watsons Malaysia untuk menyokong seni dan budaya tempatan,” katanya.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Pegawai Operasi Health & Beauty Asia, AS Watson Group, Caryn Loh berkata, sebagai peneraju peruncit produk penjagaan kesihatan dan kecantikan nombor satu di dalam dan luar talian, Watson Malaysia teruja untuk bekerjasama dengan “Futureland” Festival yang pastinya menyeronokkan di samping meraikan ulang tahun mereka ke-30.

“Kerjasama ini bukan sekadar meraikan muzik, tetapi juga salah satu cara kami memberi ganjaran kepada ahli dan pengguna kami dengan promosi dan tawaran eksklusif.

“Di Watsons, ia bukan sekadar untuk kesihatan dan kecantikan, tetapi kami berusaha lebih dari itu. Kami juga mahu pelanggan melihat kami sebagai hab untuk gaya hidup dan hiburan. Festival ini adalah peluang terbaik kami untuk menggabungkan dua jenama ikonik dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” katanya.

Tiket ke “Futureland” Festival kini boleh dibeli dengan harga istimewa untuk promosi pembelian ‘early bird’.

Harga Tiket:

KATEGORI PERINGKAT HARGA
Early Bird Kemasukan Umum RM 50
Rock Zone RM 75
Harga Penuh Kemasukan Umum RM 75
Rock Zone RM 120

 

Untuk membeli tiket “Futureland” Festival, sila layari https://www.ticketmelon.com/warnermusicmalaysia/futureland2024

Maklumat lanjut mengenai “Futureland” Festival dan pembelian tiket, sila layari dan ikuti “Futureland” di:

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *