(HIBURAN) KERENAH DUA IBU MERTUA DALAM ” IN LAWS “

2P8C4814

Masalah campur tangan keluarga dalam rumah tangga pasangan muda

Dalam melayari bahtera perkahwinan semestinya sepasang suami isteri bakal dilanda dengan pelbagai cabaran dan masalah. Apatah lagi jika berkahwin dalam usia mentah. Terbaru, ntv7 membawakan sebuah drama bersiri Cina tempatan berjudul In Laws yang bakal mengetengahkan masalah yang dihadapi pasangan muda akibat campur tangan kedua-dua belah ibu mertua mereka. In Laws yang bakal bersiaran bermula 20 Februari pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 9.30 malam hingga 10.30 malam  pastinya bakal memberikan jalan cerita yang menarik dan lucu buat penonton ntv7. Read more →

(HIBURAN) Istimewa Tahun Baru Cina Di TV3

TV3small

Petaling Jaya, 5 Februari 2013 – Kurang dari seminggu lagi, kaum Tiong Hua bakal menyambut Tahun Baru Cina pada 10 Februari 2013 (Ahad). Sambutan Tahun Baru Cina melambangkan titik permulaan baru dalam nasib dan kehidupan kaum Tiong Hua mengikut kalendar qamari Cina. Sehari sebelum perayaan Tahun Baru Cina, sanak saudara yang belajar atau bekerja berjauhan dari kampung akan pulang ke rumah untuk berkumpul dan meraikannya bersama. Read more →

(SEMASA) Da’i – SESI PENYINGKIRAN PERTAMA UNTUK MUSIM INI

Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin

Petaling Jaya, 4 Februari 2013 – Cabaran sudah bermula! Namun begitu setiap finalis harus berdepan dengan sesi penyingkiran yang pertama untuk musim ini. Siapakah di antara 12 finalis Da’i musim ini yang bakal meninggalkan program Da’i buat selama-lamanya? Atau finalis akan diselamatkan dengan tiada penyingkiran? Read more →

(HIBURAN) Konsert Anuar Zain Beralih Arah ??

IMG_5034

Tinggal 12 hari lagi , konsert mega solo pertama bagi penyanyi tersohor Anuar Zain (Konsert 3 Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari : Anuar Zain ) berlangsung. Pihak media mendapat kejutan daripada pihak pengurusan Anuar Zain iaitu Anuar Zain Network Sdn Bhd, apabila dipanggil ke sidang media akhir yang telah berlangsung di Hotel Concorde, Shah Alam. Sidang media ini dibuat bagi mengumumkan perubahan terakhir yang akan berlaku membabitkan lokasi atau venue konsert penyanyi tersohor ini.

Read more →

(HIBURAN) SURAT DARI LANGIT BIRU di slot Samarinda TV3

Ikatan persaudaraan di antara Zarul dan Salmi tidak pernah putus walaupun Zarul dibenci oleh ayahnya sendiri

Pengorbanan Hingga Akhirnya

Petaling Jaya, 1 Februari 2013 – “Air dicincang takkan putus”. Meskipun Zarul meninggalkan keluarganya namun hubungan dengan kakaknya, Salmi tetap utuh. Akan tetapi apabila hadirnya orang ketiga, hubungan dua saudara itu menjadi renggang. Fitnah yang ditabur menyebabkan segala pengorbanan seorang adik terhadap kakak tersayang hilang sekelip mata.  Adakah Zarul akan terus berkorban demi Salmi? Read more →