(SEMASA) Meraikan rekaan ceria ICE-WATCH di ‘HIP’!

Spread the love

email ice watch003

Kegilaan terhadap jam tangan ICE-WATCH dari Belgium yang menampilkan warna ceria dan menarik telah merebak di seluruh dunia, bukan sahaja dalam kalangan masyarakat biasa malah selebriti dan juga personality turut meminati jam tangan ini. Kepelbagaian warna pada ICE-WATCH kini meniti ke dalam hati rakyat Malaysia.

Bagi meraikan pameran yang julung kalinya bagi ICE-WATCH oleh Kumpulan Habib di The Curve, Jean-Pierre Lutgen pengasas jenama ICE-WATCH turut bersama-sama turun padang bagi melancarkan secara rasmi jenamanya dengan gaya ceria, sepadan dengan persona daripada jam “ice-y”.

Acara kemuncak iaitu upacara pelancaran yang diwakili oleh Dato ‘Meer Habib dari HABIB dan Lutgen dari ICE-WATCH, diikuti dengan peragaan jam tangan terbaru musim ini oleh “Ice Girls” dan selebriti Malaysia.

ICE-WATCH turut serta bersama Habib Jewels dan Pandora di pameran Kumpulan HABIB di Curve Centre Court yang turut dikenali sebagai “HIP”. “HIP” merupakan gabungan huruf pertama setiap jenama, Habib Jewels, Ice-Watch dan Pandora. Pameran “HIP” ini akan berterusan sehingga 6 Oktober dan menawarkan reka bentuk yang menarik pada harga berpatutan daripada ketiga-tiga jenama.

Pada tahun ini, lapan Butik ICE-WATCH telah ditubuhkan di Malaysia. ICE-WATCH merupakan jenama mewah mampu milik dan dianggap setanding dengan jenama jam tangan fesyen di seluruh dunia dimana ICE WATCH menjadi kegemaran ramai sama ada golongan muda mahupun golongan yang berjiwa muda dari semua lapisan masyarakat. Jam tangan yang bergaya dan mudah digayakan ini mempunyai warna menarik lantas menjadikan ICE-WATCH sebagai aksesori yang sempurna dalam pemilihan pakaian, dari pakaian kasual, untuk bekerja atau bersantai dengan kawan-kawan. Dengan harga yang mudah di beli, lebih ramai memilih untuk memiliki koleksi jam tangan menarik ini.

Dato ‘Meer berkata, “ICE-WATCH adalah fenomena luar biasa kerana ia merupakan gabungan unik inovasi, kreativiti, mampu milik dan mempunyai nilai kesederhanaan. ICE-WATCH merupakan jam tangan yang sesuai dipakai oleh pelbagai lapisan umur, gaya dan latar belakang si pemakai. Sesuai dengan apa jua pakaian, membuatkan ICE-WATCH menjadi pilihan ramai pengemar fesyen. Kumpulan HABIB sangat mengalu-alukan kedatangan jam tangan ICE-WATCH ke dalam keluarga kami kerana kami dapat melihat potensi besar jenama ini”.

 ice2014small

Lutgen merupakan Ketua Pegawai Eksekutif ICE-WATCH menambah “Dengan harga berpatutan, kepelbagaian warna dan kombinasi reka bentuk yang menarik, ICE-WATCH boleh ditukar-tukar mengikut gaya dan mood si pemakai. Anda tidak boleh mempunyai hanya seutas jam tangan ICE-WATCH kerana ia perlu menjadi sebahagian daripada koleksi jam tangan yang menjadi pilihan anda dalam hidup. “

“Kami juga begitu teruja dengan kolaborasi antara ICE-WATCH dan Habib. Kedua-dua syarikat yang diterajui oleh usahawan yang mempunyai keinginan yang mendalam bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Dengan sokongan yang luar biasa daripada Kumpulan HABIB sebagai pengedar, ia memberi potensi dan peluang yang besar kepada kami untuk meneroka di pasaran Malaysia dan kami berharap ICE-WATCH dapat mewarnai kehidupan masyarakat di Malaysia. “

Menurut Lutgen, jenama ICE ini melambangkan nilai-nilai yang berkaitan dengan  unsur “ais” itu sendiri – ketelusan dan kesucian dan diserikan lagi bersama tabung lutsinar.

Peminat dan pengemar fesyen di Malaysia boleh mengharapkan reka bentuk baru dengan bahan-bahan baru pada jam tangan yang pasti membuatkan jenama ini teguh di atas setiap permintaannya.

Sebagai ahli baru kepada Kumpulan Habib, ICE-WATCH menyertai Kumpulan HABIB, bersama-sama Habib Jewels dan Pandora dari Denmark. Dalam HABIB Group, HABIB juga turut membawa masuk jenama berlian terkemuka iaitu Hearts On Fire. Pandora dan Hearts On Fire diedarkan secara eksklusif oleh Habib di negara ini.

Di kawasan Lembah Klang, Butik ICE-WATCH boleh didapati di Ampang Point, The Curve, Nu Sentral dan pusat membeli-belah Alamanda. Di bahagian-bahagian lain trut boleh didapati di Gurney Paragon di Pulau Pinang, Palm Mall, Seremban, Kompleks JBCC, Johor Bahru dan East Coast Mall, Pahang.

Kunjungi Pameran “HIP” di Curve Centre Court pada setiap hari dari 10.00 pagi – 10.00 malam yang sdang berlangsung sehingga 6 Oktober 2014.. Para pelanggan juga boleh lawati ke http://www.facebook.com/ice.watch untuk ,melihat ICE-WATCH dengan lebih dekat.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *