Jika lapan tahun lalu mereka digandingkan bersama dalam filem Mukhsin, kini menerusi TV9 gadis kecil molek Sharifah Aryana dan pelakon berbakat besar Syafie Naswip akhirnya kembali bekerja sama menerusi drama terbaru di slot Aurora iaitu Ride. Ride yang berkisarkan mengenai kehidupan sekumpulan remaja penuh konflik dan dunia basikal fixie adalah hasil terbitan Mermaid Studios dan diarahkan oleh Faisal Ishak. Read more →
(HIBURAN) RIDE KEMBALI SATUKAN SHARIFAH ARYANA DAN SYAFIE NASWIP
(SUKAN) PASUKAN TATATERTIB DAN ERAVENGERS KONGSI PIALA TAKRAW ERA
Ratusan penonton telah membanjiri Stadium Tertutup Titiwangsa pada hari Sabtu lalu untuk menyaksikan sebuah perlawanan sepak takraw yang julung-julung kali diadakan ini. Perlawanan selingan ini menyaksikan pasukan Tatatertib terpaksa berkongsi kejuaraan Piala Sepak Takraw ERA bersama pasukan ERAvengers setelah pertarungan yang sangat sengit ini berakhir dengan keputusan seri.
(SUKAN) ASTRO ARENA DAN UTUSAN MALAYSIA TERUSKAN KERJASAMA BAGI MEMARTABATKAN ARENA BOLA SEPAK TANAH AIR
Astro Arena dan Utusan Malaysia telah menandatangani perjanjian persefahaman pada hari ini menandakan usaha sama yang berterusan dalam mempromosi, mengukuh serta membangunkan arena bola sepak di Malaysia. Upacara perjanjian ini yang berlangsung di Wisma FAM diwakili oleh Lee Choong Khay, Ketua Perniagaan Sukan Astro bersama dengan Datuk Mohd. Nasir Ali, Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd.
(SEMASA) Selawat Perdana “Malam Cinta Allah & Rasul”
Sambutan Malam Cinta Allah dan Rasul kini akan dilakukan di Putrajaya pada hari Jumaat 21 Mac di Dataran Masjid Putra, Presint 1. Pada Majlis Selawat Perdana yang bertemakan Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan itu akan menampilkan ikon agama dan pendakwah terkenal seperti Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf serta Habib Ali Zaenal Abidin dari Indonesia. Read more →
(HIBURAN) Pelancaran Album Papinka “Masih Mencintainya”
Sejak single “ Di Mana Hati Mu” diedarkan setahun yang lalu, nama PAPINKA terus mencuri perhatian peminat muzik di Malaysia. Di bawah satu label bersama DADALI di bawah ASCADA, band ini cepat dapat menarik perhatian orang ramai, mengikuti langkah suskes DADALI. Sepanjang tahun 2012, boleh dianggap tahun sukses PAPINKA memperkenalkan single “ Di Mana Hati Mu” di semua acara muzik di tv maupun undangan pertunjukan pentas ke serata tempat. Read more →