(HIBURAN) KONSERT KITA 20FORTEEN

Spread the love

EZA_1446gmo

FORTEEN bermula dengan 4 jejaka berbakat besar Izzue, Ariz, One dan Ameer disatukan menerusi ujibakat oleh KRU Music pada tahun 2011. Genap 3 tahun, sebut sahaja nama FORTEEN, pasti ramai terbayangkan alunan vokal yang mantap dengan lagu-lagu pop balada yang sering menjadi hit di corong-corong radio. Ini terbukti melalui kejayaan single pertama mereka ‘Berdua Bersatu’, FORTEEN tersenarai dalam Top 5 Artis Duo/Kumpulan ABPBH 2011. Selepas kejayaan single pertama ini, FORTEEN tampil mempertaruhkan single kedua `Seperti Dulu’ yang juga  merupakan lagu tema filem 3D pertama keluaran KRU Studios `29 Februari’. Industri muzik negara seakan merestui perjalanan seni FORTEEN apabila mereka dinobatkan sebagai Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 19 tahun 2012 dan tercalon ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 27. Diikuti pula dengan kejayaan single ketiga `Kita’ yang berjaya tercalon ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 28 dan Top 5 Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 20. Read more →


Spread the love

(HIBURAN) Apabila Emma Maembong Dibuli Fahrin Ahmad Dalam YES BOSS!

Spread the love

Yes Bos! (1)

“Yes Boss!” Itu saja jawapan yang harus diberikan oleh pembantu naif, Aryana setiap kali menerima arahan daripada bosnya, Irfan Ilham. Istimewa buat penonton TV3, drama siri arahan Emi Suffian iaitu YES BOSS! bakal menghiasi petang hujung minggu anda dengan adegan romantik pelakon-pelokon hebat seperti Fahrin Ahmad, Emma Maembong, Norkhiriah, Julia Zigler, Shamsul Ghau Ghau, Jasmin Hamid, Ryzal Jaafar, Norlia Ghani, Zafrul Nordin, Raja Ema, Chacha Maembong dan ramai lagi. Drama siri 24 episod ini akan menemui penonton bermula 15 Febuari 2014 setiap hari Sabtu dan Ahad jam 6.00 petang hingga 6.30 petang. Read more →


Spread the love

(SEMASA) 5 wanita pilihan BELLA HOPES kini diumumkan!

Spread the love

image003crop

Pencarian lima orang wanita untuk dipaparkan di dalam rancangan dokumentari istimewa Bella Hopes yang bakal bersiaran di ntv7 Mac ini, kini telah ditemui. Lima wanita itu terdiri daripada pelbagai golongan umur yang dilihat bakal menjadi inspirasi kepada pelbagai lapisan penonton yang menyaksikan rancangan dokumentari itu. Read more →


Spread the love

(SUKAN) Pelancaran Formula 1 PETRONAS Grand Prix 2014

Spread the love

IMG_5498crop

Pelancaran Formula 1 PETRONAS Grand Prix 2014 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di ruang legar Pavillion, Kuala Lumpur.  Acara sukan utama dunia ini akan mengisi salah satu slot kalendar promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 (VMY 14) di mana promosinya akan berlangsung secara berterusan selama 6 minggu sehingga kejohanan sebenar yang bakal berlangsung pada 28 hingga 30 Mac 2014. Read more →


Spread the love

(HIBURAN) MAYA & BRONT SEDIA MENCANTAS CINTA

Spread the love

untitled-38

Apakah yang akan anda lakukan jika anda dapat berdepan dengan bekas kekasih ‘perampas’ pasangan anda? Rancang untuk memusnahkan kebahagiaan pasangan baru tersebut? Itulah misi yang bakal dilakukan Maya Karin dan Bront Palarae, 20 Februari ini melalui filem SEJOLI, dari skrip garapan pengarah Cun dan Ombak Rindu, Osman Ali bersama Ikhwan Sha. Read more →


Spread the love