Sempena meraikan ulangtahun kesepuluh Bulan Bintang, sebuah pertunjukan fesyen dengan tema Sedekad Menyinar telah diadakan pada 2 Februari 2025 bertempat di KL Convention Center, Kuala Lumpur. Pertunjukan fesyen Bulan Bintang kali ini menampilkan koleksi raya “ready-to-wear” (RTW) untuk seisi keluarga merangkumi baju melayu pelbagai pilihan potongan beserta koleksi pakaian raya sedondon untuk wanita dan kanak-kanak dengan lebih 70 pilihan warna. Terbaharu, Bulan Bintang mengumumkan koleksi Baju Melayu dengan tiga pilihan potongan Slim Fit, Tailored Fit dan Traditional Fit serta penggunaan kain yang lebih lembut, ringan, sejuk dan jahitan yang kemas untuk digayakan sepanjang hari. Sebagai jenama yang inklusif, koleksi kali ini ditawarkan dengan pilihan saiz sehingga 8XL dan pelbagai pilihan kurta. Read more →
(HIBURAN) FAIZAL TAHIR ANGKAT SEMANGAT ‘JATI DIRI’ MELALUI ALBUM TERBARU, LANCAR ALBUM BERKONSEPKAN KENDURI KENDARA
Penyanyi dan komposer tersohor, Faizal Tahir, kembali dengan album terbaru berjudul Jati Diri. Album ini merupakan hasil kerjasama dengan rakan penerbit muda yang sedang meningkat naik iaitu Glowrush dan mereka bergerak sebagai duo ‘Let Zapin’. Lebih menarik apabila pelancaran album ini menampilkan konsep unik berasaskan kenduri kendara dan rewang. Konsep ini dipilih bukan sekadar sebagai tema pelancaran, tetapi juga sebagai lambang budaya dan nilai perpaduan yang ingin diketengahkan dalam karya terbaharu beliau. Read more →
(SEMASA) RISSA SKIN RAIKAN KEJAYAAN DAN UMUM PELANTIKAN DUTANYA YANG TERKINI
Mutiara Damansara, 1 Februari 2025 – Rissa Skin, jenama kecantikan yang semakin mendapat tempat di hati pengguna, melakar satu lagi pencapaian gemilang dengan penganjuran majlis Hi Tea eksklusif di Royale Chulan. Acara penuh glamor ini bukan sahaja meraikan kejayaan kempen pemasaran mereka, tetapi juga menjadi platform untuk mengumumkan pelantikan duta baharu yang bakal membawa jenama ini ke peringkat lebih tinggi. Read more →
(SEMASA) GALAKSI MEDIA ONLINE ‘UNBOXING’ SAMSUNG GALAXY S25
Samsung Galaxy S25 telah dilancarkan secara rasmi pada 23 Januari 2025. Barisan Samsung Galaxy S25 Ultra, S25+ dan S25 terkini menggunakan cip Snapdragon 8 Elite for Galaxy dan tidak lagi menggunakan cip Exynos seperti sebelumnya.Galaksi Media Online (GMO) telah dibekalkan satu daripada barisan terkini Galaxy S25 peranti telefon pintar baru Samsung untuk dinilai dan dicuba. Read more →
(SEMASA) ADI PUTRA x QALEE – KURTA WARISAN MODEN: MENYATUKAN MALAYSIA MELALUI FESYEN
Jenama tempatan Adi Putra X Qalee Eksklusif melancarkan koleksi kurta revolusioner yang merangkul semangat perpaduan dan keindahan kepelbagaian budaya Malaysia. Dengan slogan “Kurta Kita Bangsa Kita”, jenama ini memperkenalkan pakaian tradisional moden yang direka untuk merentasi sempadan etnik dan generasi. Read more →
