(HIBURAN) Tayangan eksklusif rakaman filem konsert Led Zeppelin “Celebration Day’’

Spread the love

 

IMG_6197

Warner Music Malaysia telah mengadakan tayangan eksklusif rakaman filem konsert Led Zeppelin  “Celebration Day’’ bertempat di GSC One Utama. Acara saringan eksklusif ini juga telah dihadiri oleh komuniti rock di Malaysia termasuk artis dan penerbit muzik seperti Ramli Sarip (lebih dikenali sebagai  Papa Rock Sweet Charity), Nash ( Lefthanded),  Joe (Wings), Izo (Guitarist of  XPDC), Edrie Hashim (pemain gitar dan pengarah muzik),  Fiq (Mentor) dan Shah (Slam). Read more →


Spread the love

(HIBURAN) Terbaik Daripada PARAMORE

Spread the love

527966_592468034114638_1137776351_n

PARAMORE  kembali ke Malaysia buat kali kedua  setelah buat kali pertamanya mereka mengadakan persembahan pada tahun 2010. Tahun ini merupakan detik manis buat 5,000 penonton yang hadir menyaksikan semula persembahan bertenaga selama satu jam 30 minit dari kumpulan yang berasal dari Amerika Syarikat ini dimana mereka telah mempersembahkan barisan lagu-lagu lama dan juga lagu terbaru mereka “ NOW”. PARAMORE bakal muncul dengan album terbaharu mereka yang bakal dilancarkan pada 9 April depan. Tepat pukul 9 malam, kemunculan vokalisnya, Hayley Williams dan dua anggota Paramore lain iaitu Jeremy Davis (bass) dan Taylor York (gitar) menggamatkan suasana Stadium Negara dengan sorakan peminat-peminat fanatik mereka. Pada malam tersebut PARAMORE telah  menyampaikan sebanyak 18 buah lagu. Lagu berjudul Now yang dipetik daripada album baharu mereka dijadikan sebagai lagu pembukaan konsert mereka pada malam itu. Konsert pada malam itu turut diserikan dengan kehadiran kumpulan Me Without You dari Amerika Syarikat sebagai pembuka tirai konsert Paramore dengan menyampaikan tujuh buah lagu. Kuala Lumpur merupakan bandar raya ketiga konsert jelajah Asia Tenggara Paramore selepas Manila dan Bangkok. Selepas konsert di Kuala Lumpur, mereka akan ke Australia untuk festival Soundwave pada 23 Februari ini. Read more →


Spread the love

(SEMASA) Pelancaran Blackberry Z10

Spread the love

IMG_6173

BlackBerry Malaysia (NASDAQ: BBRY TSX: BB) hari ini melancarkan BlackBerry terbaru Blackberry Z10 di Malaysia. BlackBerry Z10 (skrin sentuhan) adalah telefon pintar pertama yang dijanakan oleh platform BlackBerry 10. Platform  Blackberry ini telah direka semula (re-designed), kejuruteraan semula (re-engineered) , dan dicipta semula (re-invented ) untuk memberi pengalaman pengkomputeran  mudah alih yang terbaru dan unik. Terdapat dalam dua warna pilihan untuk telefon pintar terbaru ini iaitu Hitam dan Putih. BlackBerry Z10 akan berada di pasaran bermula 9 Mac 2013 dengan syarikat telekomunikasi  Maxis akan memulakan program pra-pendaftaran bermula esok 21 Februari 2013 diikuti oleh syarikat telekomunikasi Celcom dan DiGi pada 8 April 2013. Harga cadangan untuk Blackberry Z10 untuk pasaran Malaysia adalah sekitar RM2188. Read more →


Spread the love

(HIBURAN) Pencalonan Akhir Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM25)

Spread the love

ffm25

Setelah beberapa kali ditangguhkan, akhirnya Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM-25) bakal dilangsungkan pada 2 Mac ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Festival anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu bakal menyaksikan 59 filem cereka, 66 filem pendek dan 14 filem animasi bersaing untuk 23 kategori yang dipertandingkan. Majlis anugerah pada kali ini bakal dihoskan oleh dua Fahrin Ahmad dan Erra Fazira dan ini merupakan gandingan kali pertama sebagai pengacara majlis anugerah. Malam kemuncak Festival Filem Malaysia Ke 25 kali ini juga akan disiarkan secara langsung dengan format defisini tinggi (HD) melalui Mustika HD & standard melalui Astro Ria juga RTM2. Selain malam anugerah, Majlis Perasmian FFM 25 akan diadakan pada 27 Februari ini bertempat di pusat beli-belah e@Curve, Damansara. Dari senarai pencalonan, filem Bunohan dan Songlap nampaknya mendominasi kategori-kategori utama FFM25 dan ini adalah sesuatu yang menarik serta positif untuk filem-filem berkualiti seumpamanya. Filem Songlap berjaya menerima 15 pencalonan secara keseluruhan dalam FFM 25 dan menjadikan ianya filem terbanyak meraih pencalonan dalam sejarah penganjuran FFM selama 25 edisi. Kategori Filem Terbaik Festival Filem Malaysia yang sering di’nantikan saban tahun menyaksikan pencalonan Songlap, Ombak Rindu, S.A.M, 29 Februari dan juga Bunohan. Read more →


Spread the love

(SEMASA) ROSSA ,JOE FLIZZOW , Marcell Siahaan, Maliq & D’Essentials, Gary Chaw memeriahkan Bella Awards 2013

Spread the love

bell perfom,aceSMALL

BINTANG ANTARABANGSA KEGEMARAN ramai dikatakan bakal mempesonakan rancangan anugerah wanita pertama Malaysia – Bella Awards 2013. DIVA pop Indonesia, Rossa bakal disatukan dengan penyanyi hip hop Malaysia, Joe Flizzow menerusi persembahan duet mereka di Bella Awards pada 2 Mac nanti. Kedua-dua mereka sebelum ini pernah bekerjasama menerusi lagu “One Night Lover” pada tahun 2011. Read more →


Spread the love