(HIBURAN) Pencalonan Akhir Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM25)

ffm25

Setelah beberapa kali ditangguhkan, akhirnya Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM-25) bakal dilangsungkan pada 2 Mac ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Festival anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu bakal menyaksikan 59 filem cereka, 66 filem pendek dan 14 filem animasi bersaing untuk 23 kategori yang dipertandingkan. Majlis anugerah pada kali ini bakal dihoskan oleh dua Fahrin Ahmad dan Erra Fazira dan ini merupakan gandingan kali pertama sebagai pengacara majlis anugerah. Malam kemuncak Festival Filem Malaysia Ke 25 kali ini juga akan disiarkan secara langsung dengan format defisini tinggi (HD) melalui Mustika HD & standard melalui Astro Ria juga RTM2. Selain malam anugerah, Majlis Perasmian FFM 25 akan diadakan pada 27 Februari ini bertempat di pusat beli-belah e@Curve, Damansara. Dari senarai pencalonan, filem Bunohan dan Songlap nampaknya mendominasi kategori-kategori utama FFM25 dan ini adalah sesuatu yang menarik serta positif untuk filem-filem berkualiti seumpamanya. Filem Songlap berjaya menerima 15 pencalonan secara keseluruhan dalam FFM 25 dan menjadikan ianya filem terbanyak meraih pencalonan dalam sejarah penganjuran FFM selama 25 edisi. Kategori Filem Terbaik Festival Filem Malaysia yang sering di’nantikan saban tahun menyaksikan pencalonan Songlap, Ombak Rindu, S.A.M, 29 Februari dan juga Bunohan.

Senarai Penuh Pencalonan Festival Filem Malaysia Ke 25 (FFM25)

Anugerah Perdana:

Filem Terbaik
1.Bunohan
2.Songlap
3. Ombak Rindu
4. SAM
5.29 Februari

Filem Bukan Bahasa Melayu Terbaik
1. Seefood
2. Kepong Gangster
3. Ah Beng The Movie
4. Petaling Street Warriors
5. Ghost Buddies

Pengarah Terbaik
1. Dain Said (Bunohan)
2. Effende Mazlan / Fariza Azlina Ishak (Songlap)
3. Syafiq Yusof (S.A.M.)
4. Osman Ali (Ombak Rindu)
5. Saw Teong Hin (Hoore! Hoore!)

Pelakon Lelaki Terbaik
1. Faizal Hussein (Bunohan)
2. Pekin Ibrahim (Bunohan)
3. Zahiril Adzim (Bunohan)
4. Shaheizy Sam (S.A.M.)
5. Shaheizy Sam (Songlap)

Pelakon Wanita Terbaik
1. Maya Karin (Ombak Rindu)
2. Sara Ali (Songlap)
3. Vanidah Imran (Untuk Tiga Hari)
4. Nadiya Nisaa’ (Jiwa Taiko)
5. Farah Nazirah (Hoore Hoore)

Sinematografi Terbaik
1. Songlap
2. Ombak Rindu
3. Hoore Hoore
4. Misteri Jalan Lama
5. 29 Februari

Lakon Layar Terbaik
1. Songlap
2. Bunohan
3. Untuk Tiga Hari
4. 29 Februari
5. Seefood

Cerita Asal Terbaik
1. Bunohan
2. Songlap
3. Hantu Gangster
4. 8 Jam
5. Misteri Jalan Lama

Penyunting Terbaik
1. 29 Februari
2. Songlap
3. Hoore Hoore
4. SAM
5. Hantu Kapcai

Skor Muzik Asal Terbaik
1. Bunohan
2. Songlap
3. 29 Februari
4. Hoore Hoore
5. Misteri Jalan Lama

Anugerah Cipta:

Filem Pendek Terbaik
1. Strangers
2. Guang
3. Sanzaru
4. Pasport Ekspres
5. Leman

Filem Animasi Terbaik
1. The Best Recipe
2. Tooth
3. Fruitema-Kepala Tua & Lampu Ajaib
4. Ninja VS Pirate
5. Toi-Toi

Pengarah Harapan
1. Syafiq Yusof (SAM)
2. Ghaz Abu Bakar (Hantu Kapcai)
3. Nizam Zakaria (Cinta Kura-Kura)
4. Goh Aun Hoe (Seefood)
5. Teng Bee (Kepong Gangster)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
1. Amerul Affendi (Bunohan)
2. Husyairi Hussain (Bunohan)
3. Bront Palarae (Jiwa Taiko)
4. Syafie Naswip (Songlap)
5. Omar Abdullah (Songlap)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
1. Normah Damanhuri (Songlap)
2. Lisa Surihani (Ombak Rindu)
3. Fauziah Nawi (Hoore Hoore)
4. Nabila Huda (Jalan Kembali)
5. Lana Nordin (Chow Kit)

Penataan Seni Terbaik
1. Bunohan
2. Songlap
3. 29 Februari
4. Seefood
5. Misteri Jalan Lama

Penataan Bunyi Terbaik
1. 29 Februari
2. Bunohan
3. Hoore Hoore
4. Songlap
5. Hantu Kapcai

Lagu Tema Terbaik
1. Jagalah Diri (29 Februari)
2. Idola (Hoore Hoore)
3. Ombak Rindu (Ombak Rindu)
4. We Are Gangster (Hantu Gangster)
5. Pencinta Terbaik (Cinta Kura Kura)
6. 7 Petala Cinta (7 Petala Cinta)

Pelakon Harapan Lelaki
1. Izzue Islam (29 Februari)
2. Akim Ahmad (Hoore Hoore)
3. Hazami Azmi (Apa Celop Toqq)
4. Shahrizal Jaszle (Azura)
5. Iedil Putra (Ngorat)

Pelakon Harapan Wanita
1. Farah Nazirah (Hoore Hoore)
2. Jojo Goh (29 Februari)
3. Neelofa (Azura)
4. Mon Ryanti (Keramat)
5. Shima Anuar (Sumpahan Keramat)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
1. Muhammad Izzam Shafiq (Chow Kit)
2. Nadzirah Rosi (Chow Kit)
3. Tee Jing Chen (Hantu Gangster)
4. Muhammad Naim Daniel Baharin (29 Februari)
5. Afiq Izzudin (Alamak Toyol)

Pereka Kostum/Busana Terbaik
1. Misteri Jalan Lama
2. 29 Februari
3. Songlap
4. Chow Kit
5. Hantu Gangster

Poster Terbaik
1. 8 Jam
2. Seefood
3. Cinta Kura Kura
4. Bunohan
5. Hantu A

 

Bilangan pencalonan bagi setiap filem:

  • Songlap – 15
  • Bunohan – 13
  • 29 Februari – 12
  • Hoore! Hoore! – 10
  • Ombak Rindu – 6
  • Seefood – 5
  • Misteri Jalan Lama – 5
  • SAM – 5
  • Chow Kit – 4
  • Hantu Gangster – 4
  • Cinta Kura-Kura – 3
  • Hantu Kapcai – 3
  • 8 Jam – 2
  • Azura – 2
  • Jiwa Taiko – 2
  • Untuk Tiga Hari – 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *